Selagi kita hidup ni, selagi itulah kita dituntut untuk menimba ilmu. Untuk anak-anak, bukan sahaja ilmu di sekolah yang perlu mereka pelajari. Ilmu fardu kifayah juga dituntut untuk dipelajari. Misalnya dalam pengurusan jenazah.
Menurut syarak, apabila seseorang yang beragama Islam itu meninggal dunia, maka jenazahnya wajib untuk dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Menurut syarak ia adalah wajib dan kewajipannya adalah Fardu Kifayah kepada mereka yang masih hidup.
Dalam situasi begini, biasanya ahli keluarga atau sanak saudara yang berkenaan perlu tahu apakah yang sepatutnya dilakukan agar pengurusan jenazah ini berjalan dengan lebih lancar dan teratur.
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Memuat naik perkara ini di laman Instagram miliknya, kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley. Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
Dia orang lama dalam industri seni. Lakonannya cukup mantap dan disukai peminat seni tanah air. Baru-baru ini dia tampil dengan imej baru dengan mengenakan hijab. Perubahan tersebut menurut Norish Karman patut dilakukan sejak kecil lagi.
Sementelah adik-beradiknya yang lain sudah berhijab, dia pula memilih jalan berbeza dengan menumpukan ke arah duniawi.
Akuinya, ilmu agama itu sudah dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi, sementelah ayahnya, Ustaz Karman seorang yang kaya dengan ilmu agama selain memiliki pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran.
Better late than never, mungkin ungkapan tersebut sesuai untuk perubahan terbaru Norish Karman ini. Mula mengenakan hijab awal Februari yang lalu, pelakon ini mengakui itu sebagai ‘hadiah hari jadi’ untuk ayahnya.
Malah dia turut menjawab persoalan mengenai langkahnya ‘berhijrah’ dan memilih untuk berhijab menerusi ruangan ‘ask me’ di Instagram.
Ketiku itu, Norish ditanya mengenai bagaimana boleh terniat untuk berubah serta tip untuk istiqamah.
Iman itu bukan ketika berHijab semua kealiman dan ilmu agama diserap terus melalui tudung..:NO !! Ilmu agama itu sudah semestinya dipupuk ,dididik diterap dari kecil lagi… Alhamdulilah Ku dikurniakan seorang Bapak yang sangat kaya dengan Ilmu agama dan pendirian hidup yang sangat mewah dengan panduan Quran ,Ustadz Karman yang telah banyak mendidik segala ilmu agama yang ada pada ku dan adik-beradik.
Pada usia ,6 tahun Bapak dah guna rotan kalo tak solat dan Puasa.. 7 tahun dah kena diri atas kerusi utk hafal Muqaddam , Ayatul Qursi,Surah Yusoff .
8 tahun dah kena hafal makna Yaasin kemudian perlahan2 hafalkan surah Yaasin setiap hari Khamis kami dimestikan solat berjemaah dan Yaasin beramai2…atau kena hukum?
9 tahun kena paksa bertanding Berzanji,Syarahan agama masa Maulidur Rasul di majlis2 ilmu dan juga di Masjid… Waktu petang kena pegi Sekolah agama Isnin sampai Khamis lepas balik dari sekolah circular…
Bila balik rumah ,ramai org datang belajar agama dengan Bapak dan ramai juga yang Bapak bantu didik untuk peluk agama Islam, jadi dulu Bapak serahkan pada me tugasan mengajar Syahadah dan Muqaddam untuk yang baru mula class….
Berpuluh2 tahun dididk JANGAN miss solat Sunat sebelum Subuh ,jangan lambatkan Subuh ,lepas solat Subuh cuba baca Yaasin sekali… JANGAN miss Dhuha walau ape sekalipun 2 rakaat atau 8 rakaat paling best Bapak pesan…lepas Dhuha cuba Yaasin 1-3x jika mampu…
Itu semua la yang me laksanakan setiap hari dan dari anak2 me kecil me dah didik anak2 semua cara yang sama Bapak didik me….
Ermm i think im more stern n strict to my children as a single mum d world constantly eyein for my mistakes in raising my kidz almaklum rumah takde Father figure jadi org2 selalunya bertanggapan bahawa anak2 yang bercerai ibu bapa pasti punyai akhlak yang tidak baik, gagal dalam pelajaran dan banyak lagi tanggapan negative yang kini me tangkis dengan segala usaha mendidik anak2 dengan sepenuh hati dan didikan agama yang me dahulukan…
iyer sampai me hilang segalanya career ,hilang kawan2 duniawi, hilang harta dunia hanya kerana me berkorban demi masa jiwa raga utk tumbesaran anak2 senantiase dalam pengawasan me…. My One & biggest regret ?? Lambat berHijab??? Sumtg i shuld hv done long agO…. #hidayahituindah #cintaBapa
Menikmati hidangan laksa Sarawak mempunyai keunikan rasanya yang tersendiri dengan rasa lemak dan aroma berempah. Jika sebelum ini anda pernah menikmati dan amat menggemari rasanya, tentu teringin untuk mengetahui resipi dan mencuba sendiri untuk menyediakan menu istimewa ini untuk dinikmati seisi keluarga.
Jadi dikesempatan masa yang ada sepanjang PKP 3.0 ini bolehlah dicuba resipi Laksa Sarawak dengan menggunakan pes yang dibuat sendiri seperti mana yang dikongsikan oleh Adnil Sam ini.
Alhamdulillah..Pertama kali mencuba masak Laksa Sarawak.. pes laksa & sambal udang kering buat awal-awal.. Memang sedap dan berbeza dari laksa-laksa yang lain.. Laksa-laksa lain pun sedap, tapi sedap segi lain.. Pada saya, semua menu ada sedapnya tersendiri yang perlu kita hargai keistimewaannya.. yang paling penting masaklah dengan ikhlas dan penuh kasih sayang..
Resepi Laksa Sarawak
Bahan-bahan Untuk Pes Laksa:
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
7 tangkai cili kering- rendam air panas hingga lembut *
1/2 inci lengkuas* (potong kecil2)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 biji buah keras *
1 batang serai- hiris nipis*
1/2 inci belacan bakar*
4 sudu besar bijan – disangai
4 sudu besar kacang tanah – digoreng tanpa minyak & dibuang kulit
Minyak masak utk menumis
Gula,perasa dan garam secukup rasa
Cara Penyediaan Pes Laksa :
– kisar halus bahan2 yang bertanda*
– Sangai dahulu bijan dan kacang tanah hingga garing.. kemudian kisar halus menggunakan pengisar kering..
– satukan semua bahan2 dalam satu bekas dan gaul sebati…
– Panaskan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak dan cukup masak dgn api sederhana.. jangan lupa perasakan dengan garam, gula & perasa secukupnya..
Bahan-bahan untuk Kuah Laksa Sarawak:
Pes laksa yang dah siap
500gm Isi ayam
300gm udang saiz sederhana ( cuci udang bersih-bersih dulu kemudian baru tanggalkan kepala dan kulitnya ye.. asingkan isi dan kulit ye…tapi jangan buang kepala & kulit tu..sebab nak guna untuk di rebus nanti)
1/2 bungkus mee hoon dicelur
1 batang serai
300gm pati santan pekat
3 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
1/2 biji bawang besar – potong kasar
2 rumpun akar daun ketumbar- diketuk
Air secukupnya
Cara-cara penyediaan kuah laksa:
– Sediakan periuk yang berisi air lebih kurang 800ml – 1liter.. berapa banyak air bergantung pada anda samada nak kuah pekat atau sederhana.. sebab air boleh juga ditambah kemudian ye jika nampak kuah terlalu pekat… masukkan serai, bawang besar & akar ketumbar.. masak hingga kuah mendidih..
– kemudian masukkan isi ayam.. masak hingga ayam empuk..dan angkat, toskan.. bila ayam dah hampir sejuk carik-carikkan isi ayam… ketepikan..
– Menggunakan air rebusan yang sama, rebus isi udang selama 4-5minit je..angkat toskan & ketepikan..
– seterusnya rebus kulit dan kepala udang tadi.. rebus dalam 15 minit… tutup api..dan tapiskan.. kulit-kulit dan kepala udang tu masukkan dalam blender, tambahkan sedikit air dan blend.. bila dah halus tapiskan air kisaran udang masuk semula kedalam periuk air rebusan tadi…
– hidupkan api semula dan tambahkan pes laksa bersama asam keping.. kacau 5 minit dan masukkan santan pekat.. masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, aji & gula.. sebelum masuk garam rasa dulu ye.. sebab jangan lupa, pes kita pun dah ada rasa..
– sesuaikan rasa.. biarkan kuah hingga sedikit pekat.. siap..
Bahan-bahan pelengkap menu:
Mee hoon – dicelur hingga lembut
3 biji telur ( dijadikan telur dadar yang digulung)
50sen taugey
Cili Merah dimayang – optional
Daun ketumbar
Daun pudina
Limau Kasturi
Bawang goreng
Bahan Sambal Udang Kering Laksa
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili merah
5 sudu besar cili blend
1 sudu kecil belcan
5 sudu besar udang kering tanpa kulit – di tumbuk
Pes asam jawa secukupnya
Gula
Garam
Perasa
Minyak menumis
Cara Penyediaan Sambal Udang Kering:
– Panaskan sedikit minyak,tumis ke semua bahan2 kecuali air asam,gula, perasa dan garam…
– Masak hingga sambal garing atau pecah minyak..
– Kemudian masukkan air asam dan perasakan dgn, perasa,gula dan garam,tumis lagi seketika dengan api kecil sehingga garing…
Cara hidang Laksa Sarawak:
Celurkan mee hoon hingga lembut…angkat & toskan.. masukkan mee hoon kedalam mangkuk yang sesuai.. masukkan kuah laksa,isi ayam,udang,hirisan telur dadar,sambal ,taugeh ,daun ketumbar,daun pudina,limau kasturi,bawang goreng dan cili merah.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.