Biasanya ibu ayah akan memberi tumpuan pada perkembangan fizikal anak-anak kerana ianya nampak dari luaran.
Namun tanpa disedari bahawa perlu juga memberikan sesuatu untuk memastikan perkembangan dan kecerdasan minda anak-anak dapat berkembang secara optimum.
Kajian demi kajian banyak dilakukan dan untuk memahami tentang cara bagaimana ibu ayah boleh mempengruhinya, ikuti perkongsian daripada doktor ini.
Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.
Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.
Saya tahulah memang Nabi akhlaknya terpuji tapi kadang tu rasa macam melampau sangat pulak baiknya Nabi dengan budak kecil.
Bila duduk dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussain, Nabi akan selalu peluk dan cium mereka.
Sampaikan ada seorang sahabat ni nama dia Al Aqra’ bin Habis At Tamimi nampak kelakuan Nabi tu dia cakap,
“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tak pernah mencium mereka sekalipun.”
Masa ni lah Nabi balas balik,
“Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.”
Hebat kan.
Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.
Ads
Fuh!
Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.
Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.
Nabi selalu mendoakan anak kecil.
Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.
Nabi turut panggil anak kecil dengan panggilan nama yang bagus.
Bahkan ada baaaaaaanyak lagi kisah yang lain tentang kelakuan baik Nabi pada anak kecil.
Sampaikan saya jadi tak senang duduk dan asyik tertanya-tanya, apakah sebenarnya pelajaran yang paling mahal daripada kebaikan Nabi tu.
Ads
Rupa-rupanya bila saya terbaca kajian Professor Bruce Perry, barulah saya sedar dasyat betul rupanya kesan pada otak kanak-kanak kalau tak dapat kasih sayang yang cukup dan selalu diabaikan!
Professor Bruce tu adalah chief of psychiatry dekat Texas Children’s Hospital.
Menakutkan woih bila dia dedahkan anak yang selalu diabaikan ni, perkembangan otaknya jadi terganggu dengan sangat teruk.
Dua-dua gambar CT scan otak yang Proffesor Bruce kaji tu ialah otak budak sebaya umur 3 tahun.
Yang sebelah kanan tu lah CT scan photo otak kanak-kanak yang kurang dapat perhatian, kurang stimulation, kurang kasih sayang dan kurang sentuhan.
Saiz ukuran otaknya jadi jauh lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain.
Patutlah generasi anak muda zaman Nabi dulu kemain lagi bijak, rupanya teknik parenting yang Nabi praktikkan tu super hebat belaka!
Ads
Seriously kalau kita pun nak anak jadi hebat dan sihat otaknya, kita kena copy bulat-bulat apa yang Nabi buat tu.
✅ Gosok ubun-ubun anak sambil doakan benda baik
✅ Bisikkan pada anak kita ayah sayang kakak/ ibu sayang adik
✅ Banyakkan ciuman, sentuhan dan pelukan kasih sayang
✅ Selalu bisikkan pujian pada anak yang kita bangga dengan perangai baik mereka
✅ Tinggalkan handphone dan tutup TV masa duduk bermain dengan anak. Kita nak kena kerapkan eye-contact, bukan screen contact.
Semua mak ayah kat dunia ni kena praktikkan ilmu ni dekat rumah. Kita tak nak perkembangan otak si kecil terganggu sebab kita tak tahu cara yang betul nak stimulate perkembangan otak si kecil.
Terimakasih Dr. Ahmad Luqman Bukhari atas perkongsian ini. Tolong kongsikan ilmu ini pada mak ayah lain ya.
Dalam melayari kehidupan berumah tangga, pasti apa yang kita semua inginkan adalah kebahagiaan dan keharmonian hidup bersama dengan pasangan kita. Semahunya bahagia yang pernah dikecapi diawal perkahwinan akan terus dirasai hingga hujung nyawa.
Untuk itu, dengarkan apa kata ustaz Syamsul Debat ini tentang bagaimana mencipta bahagia untuk pasangan suami isteri. Jom lihat satu persatu apa yang dimaksudkan dengan 4 S (Sama-sama)itu.
Solat sama-sama
Ingat orang lelaki, sibuk macam mana pun pilihlah sekurang-kurangnya satu waktu untuk solat bersama-sama. Jika si suami tidak yakin untuk jadi imam, bermulalah dengan waktu Zuhur. Bila sudah terbiasa akan memberi lebih keyakinan kepada suami untuk menjadi imam untuk waktu Maghrib mahu pun Isyak. Biasanya bila isteri mendengar bacaan suaminya di dalam solat akan tersentuh hatinya. Lantaran itu isteri juga harus beri galakan dan mintalah untuk solat bersama-sama. Isteri perlu berlembut dengan suami.
Tidur Sama-sama
Yang muda-muda mungkin tiada masalah namun bagi pasangan yang telah lama berkahwin, hal ini sering diabaikan.
Makan Sama-sama
Mencipta kemesraan suami isteri juga boleh dilakukan ketika sesi makan bersama-sama. Sebaiknya sebagai penghargaan kepada suami, isteri sebaiknya membezakan pinggan dan cawan suami yang lebih istimewa. Kemudian letakkan lauk ke dalam pinggan pasangan malah jika si ibu ambilkan lauk anak ke dalam pinggan juga, ibu dapat pahala. Lagi mesra, jika suami isteri bersuap-suapan sebagai salah satu lagi komunikasi kemesraan antara suami isteri.
Jalan Sama-sama
Ambil masa untuk anda suami isteri dapat berjalan berdua-duaan. Contohnya tetapkan masa untuk berjalan-jalan dengan menunggang motor di tengah malam. Saat romantis ini pasti akan memberi memori indah untuk berdua.
Sepertimana mulianya kedudukan seorang ibu, begitulah juga mulianya doa ibu. Jika tidak masakan disisi Allah meletakkan doa seorang ibu adalah diperingkat yang paling tinggi doanya untuk dimakbulkan.
Disebabkan itulah reda dan restu dari ibu sangat penting dalam kehidupan anak-anak.
Bahkan kita juga faham bahawa kata-kata juga adalah merupakan suatu doa.
Lantaran itu, wajar untuk kita berjaga-jaga dalam menuturkan kata-kata terhadap anak-anak kita walaupun ketika sedang dalam keadaan marah sekali pun.
Berkongsi pandangan tentang kata-kata dan doa seorang ibu, Ustazah Isfadiah memberikan buah fikirannya untuk kita renung-renungkan.
Semoga apa yang ingin disampaikan oleh ustazah dapat dimanfaat bersama.
Ini perkongsiannya.
Jangan tikam belakang anak-anak dengan doa keburukan.
Ada seorang lelaki bertemu Abdullah bin Mubarak mengadukan sikap durhaka anaknya.
Abdullah bin Mubarak bertanya “Apakah engkau telah mendoakan keburukan atasnya?”
Dia menjawab, “Ya! Benar.”
Lantas Abdullah berkata,” Kalau begitu engkau telah memusnahkannya”.
Doa ibuayah mustajab, ibarat senjata canggih yang mantap, bila salah guna akan merana, bila betul caranya akan terhijab nikmatnya.
Jika anak menyakiti hati kita, biadap dan kurang prihatin walaupun sakit di hati pujuklah hati sendiri.
Sebelum mendoakan dia ampunkan dulu segala kesalahan anak. Tarik nafas berulang kali, jangan tarik muka! Cepat kedut nanti.
Selepas memaafkan anak cepat-cepat doakan anak kita agar dia sedar silapnya, diberi kekuatan untuk mentaati ibubapanya. Mohon Allah ampunkan dosa anak kita tu.
Kalau nak doa keburukan buat anak memang boleh tapi percayalah ‘badi’ buruk tu akan terkena kita juga!
Bila susah anak tu akan cari kita juga, dia mengadukan nasibnya lah, minta pinjam duitlah, minta bantuan kita lagi dan lagi akhirnya kita sendiri yang sakit jantung mengenangkan masalah dia.
Semoga Allah bantu kita untuk mudah maafkan anak, bersabar dengan mereka dan mendoakan mereka memperolehi hidayah dan rahmat Allah sentiasa.
Anak kita berbeza-beza. Ada yang dilahirkan dengan seribu satu macam karakter dan perangai yang berbeza biarpun dilahirkan dari satu rahim ibu yang sama. Semuanya punya karakter tersendiri.
Berkongsi jenis dan karakter anak, menerusi Webinar Penyusuan Syoknya Susukan Anak yang berlangsung pada Sabtu lalu, Master Coach Pentagon Math Sdn Bhd, Che Man berkongsi cara menidurkan anak mengikut jenis anak-anak itu sendiri samada Visual, Auditory, Kinestetik, Reading and Writing atau Flexible Kinestetik.
Jom ikuti perkongsian daripada beliau.
Kalau mak ayah dapat kenal pasti anak yang mana satu, samada visual, auditory, kinestetik, reading and writing atau flexible kinestetik, mak ayah akan dapat menetapkan cara pembelajaran anak dengan lebih baik.
Malah dapat memudahkan anak senang tidur dengan cara yang mudah. Ini tip yang dikongsikan olehnya.
Tidurkan anak mengikut karakter anak:
Visual
– Suasana bilik kena cantik lebih tepat lagi suasana hendak tidur
– Usaha untuk tenangkan anak
– Lampu jangan terang, malapkan cahaya lampu seperti mood hendak tidur
– Pilih bacakan buku bergambar sebelum tidur dan secara santai
– Suasana cantik, lama-kelamaan buat anak mudah tidur.
Auditory
– Pasangkan muzik yang tenang pada anak.
– Bunyi-bunyian segar atau ‘white noise’ antara yang disarankan untuk anak
– Pilih membawa buku cerita atau bercerita yang lembut
– Dua elemen ini boleh buat anak Auditory lebih cepat tidur
Kinestetik
– Anak dengan karakter ini memerlukan tepukan dan urutan sebelum tidur.
– Lebih tepat lagi perlu diteman sebelum tidur
Reading Writing
– Perlu tidur dengan rutin tidur tanpa berubah cthnya, tidur mesti dikatil.
– Rutin tidur yang sama
– cth minum susu seblum tidur
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.