Seriously Kalau Nak Anak Hebat & Sihat Perkembangan Otaknya, Buat Cara Yang Diajarkan Ni!

Share

Biasanya ibu ayah akan memberi tumpuan pada perkembangan fizikal anak-anak kerana ianya nampak dari luaran.

Namun tanpa disedari bahawa perlu juga memberikan sesuatu untuk memastikan perkembangan dan kecerdasan minda anak-anak dapat berkembang secara optimum.

Kajian demi kajian banyak dilakukan dan untuk  memahami tentang cara bagaimana ibu ayah boleh mempengruhinya, ikuti perkongsian daripada doktor ini.

Makin banyak saya belajar pasal kanak-kanak, tiba-tiba saya jadi makin kagum sangat-sangat dengan Nabi kita Muhammad S.A.W.

Dulu bila saya baca kisah insan mulia yang bernama Muhammad tu, saya rasa pelik kenapa lah Nabi tu baik sangat dengan budak-budak.

Saya tahulah memang Nabi akhlaknya terpuji tapi kadang tu rasa macam melampau sangat pulak baiknya Nabi dengan budak kecil.

Bila duduk dengan cucu-cucunya Hassan dan Hussain, Nabi akan selalu peluk dan cium mereka.

Sampaikan ada seorang sahabat ni nama dia Al Aqra’ bin Habis At Tamimi nampak kelakuan Nabi tu dia cakap,

“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tak pernah mencium mereka sekalipun.”

Masa ni lah Nabi balas balik,

“Barangsiapa tidak mengasihi mereka maka ia tidak akan dikasihi.”

Hebat kan.

Ada satu peristiwa lain pulak, bila Nabi terserempak dengan kanak-kanak masa tengah berjalan, baginda akan beri salam pada anak-anak tu dan kemudian mengusap kepala mereka.

Fuh!

Pernah sekali tu Nabi solat sambil mendukung anak kecil.

Nabi jugak sanggup bersujud lama sebab masa tu cucu baginda tengah main ala-ala menunggang dekat atas belakangnya. Baginda siap tunggu sampai cucunya puas bermain lalu barulah Nabi bangkit.

Nabi selalu mendoakan anak kecil.

Nabi kerap mengusap pipi kanak-kanak sambil mengucapkan perkataan yang positif.

Nabi turut panggil anak kecil dengan panggilan nama yang bagus.

Bahkan ada baaaaaaanyak lagi kisah yang lain tentang kelakuan baik Nabi pada anak kecil.

Sampaikan saya jadi tak senang duduk dan asyik tertanya-tanya, apakah sebenarnya pelajaran yang paling mahal daripada kebaikan Nabi tu.

Rupa-rupanya bila saya terbaca kajian Professor Bruce Perry, barulah saya sedar dasyat betul rupanya kesan pada otak kanak-kanak kalau tak dapat kasih sayang yang cukup dan selalu diabaikan!

Professor Bruce tu adalah chief of psychiatry dekat Texas Children’s Hospital.

Menakutkan woih bila dia dedahkan anak yang selalu diabaikan ni, perkembangan otaknya jadi terganggu dengan sangat teruk.

Dua-dua gambar CT scan otak yang Proffesor Bruce kaji tu ialah otak budak sebaya umur 3 tahun.

Yang sebelah kanan tu lah CT scan photo otak kanak-kanak yang kurang dapat perhatian, kurang stimulation, kurang kasih sayang dan kurang sentuhan.

Saiz ukuran otaknya jadi jauh lebih kecil daripada otak kanak-kanak yang lain.

Patutlah generasi anak muda zaman Nabi dulu kemain lagi bijak, rupanya teknik parenting yang Nabi praktikkan tu super hebat belaka!

Seriously kalau kita pun nak anak jadi hebat dan sihat otaknya, kita kena copy bulat-bulat apa yang Nabi buat tu.

✅ Gosok ubun-ubun anak sambil doakan benda baik

✅ Bisikkan pada anak kita ayah sayang kakak/ ibu sayang adik

✅ Banyakkan ciuman, sentuhan dan pelukan kasih sayang

✅ Selalu bisikkan pujian pada anak yang kita bangga dengan perangai baik mereka

✅ Tinggalkan handphone dan tutup TV masa duduk bermain dengan anak. Kita nak kena kerapkan eye-contact, bukan screen contact.

Semua mak ayah kat dunia ni kena praktikkan ilmu ni dekat rumah. Kita tak nak perkembangan otak si kecil terganggu sebab kita tak tahu cara yang betul nak stimulate perkembangan otak si kecil.

Terimakasih Dr. Ahmad Luqman Bukhari atas perkongsian ini. Tolong kongsikan ilmu ini pada mak ayah lain ya.

Sumber : Dr. Ahmad Samhan

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN