Ibu kena lebih kreatif dengan mencuba pelbagai menu untuk anak-anak memandangkan tak boleh nak keluar seperti dulu. Yang penting cari resipi yang bukan hanya sedap tetapi cukup senang hendak membuatnya.
Perkongsian resipi roto bakar yang simple ini dikongsikan oleh Ziera Xiera di facebooknya buat admin rasa terliur. Paling tertarik sebab cara membuatnya cukuplah mudah. potong, sapu kaya dan bakar. Dah siap!. Jom cuba, simple tapi sedap . Anak-anak pasti suka ni!
Ads
Beli roti dari ahad hari tu, xde sorang pun yg mkn, pg ni buat kan roti bakar.. Aii licin pulak dia org mkn.. Senang hati tgok roti dh habis.. Roti bakar * potong kerak di bhgn tepi roti, klu x nk potong pun boleh ikut suka.
Ads
* sapu kaya (x kisah jenama apa) , jgn kedekut nk sapu lebih ya, ni yg buat sedap meleleh nanti seiring dgn cair butter tu..
Ads
* pastikan buttercup (klu nk lg sedap guna lh pure butter yg mhl tu) dlm keadaan keras, potong sekeping2, kemudian potong kpda 3 bhgn, susun atas roti yg dh di sapu kaya td.
Boleh dikatakan sebilangan besar anak-anak kita tidak suka memilih menu berasaskan mi. Alasan mereka pastikan rasa kapur pada mi tersebut.
Rasa kapur yang ketara dalam bahan kandungan mi kuning ini memang buat terganggu suapan pertama kita. Kalau kita cari di internet, banyak perkongsian bagi menghilangkan rasa kapur ini. Namun dalam banyak-banyak petua, mana satu paling berkesan?
Petua yang kami berikan ini mudah sahaja. Anda bolehlah mencuba petua yang diberikan ini.
BAHAN-BAHAN: Mi kuning Gula pasir
Caranya mudah sahaja.
1. Selepas mi dikeluarkan daripada plastiknya, basuh bersih mi kuning dengan air mengalir.
2. Kemudian rendamkan di dalam bekas berisi air dan taburkan gula pasir di atasnya.
3. Ratakan ke seluruh kawasan dan biarkan mi direndam selama 10 minit atau lebih.
4. Kemudian basuh bersih dan toskan airnya.
5. Masaklah seperti biasa dan hasilnya sangat membantu. Bau kapur insyaallah akan hilang.
2 Cara Lain
Rebus Mi
Selain itu, cara lain untuk menghilangkan bau kapur ini adalah dengan cara merebus mi itu sendiri. Biarkan mendidih seketika dan toskan airnya.
Jangan Celur
Jangan hanya mencelurnya tetapi merebus seketika selepas di basuh bersih. Kalau hanya mencelur, bahan kapur tidak akan tertanggal dengan mudah.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan, sepanjang musim PKP ini seakan menjadi masa terbaik ramai antara ibu-ibu untuk mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati seisi keluarga.
Salah satunya apa kata kita cuba buat kek pandan untuk menu minum petang yang dikongsikan oleh Suzana ini.
Bahkan apa yang lebih mengujakan tentang perkongsian resipi ini, bilamana kita meninjau dibahagian komen. Nyata ramai yang telah mencuba resipinya malah warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!
Campurkan bahan A dan B . Gaul sehingga sebati ,tapis ke dalam bekas . Sedia dikukus ..kukus 45 minit dlm api sederhana.
Manakala meninjau dibahagian komen u tuk perkongsian kek ini, nyata ramai yang telah mencubanya dan berjaya menghasilkannya. Bajkan warganet juga turut berkongsi gambar kek yang telah dimasak, nyata semuanya gebu-gebu.
Jadi untuk anda yang ingin mencuba, ikuti resipi ini tanpa ragu. Pasti menjadi!
Biasanya kalau buat biskut atau kek, mesti orang cadangkan gunakan tepung ros tapi bila ada yang mencari tepung ros di pasaran menyebabkan ada pula yang terkeliru. Ini memandangkan rupanya ada dua jenis tepung yang menggunakan ros sebagai logo. Jadi mana satu sebenarnya ye yang dimaksudkan dengan tepung ros untuk membuat biskut atau kek yang sering disarankan oleh otai dalam bidang pastri dan bakeri.
Menjawab persoalan itu, jom kita baca perkongsian daripada Puan Zuraini Alias II yang juga dikenali dikalangan peminat pastri dan bakeri di media sosial. Ini perkongsiannya.
Tepung Gandum Cap Ros vs Tepung Red Rose
Hai gaisss
Korang jangan keliru ye antara kuntum bunga ros tu. Satu tepung gandum cap ros
Satu lagi tepung red rose.
Tepung Red Rose
Tepung red rose tu biasanya kat bakery tak jual jenama ros tu. Kebanyakan yang di jual ialah packet sekilo repack by bakery packaging tetapi kat label ada tulis tepung red rose
Tepung red rose ni korang adalah tepung khas utk membuat biskut yang mana biskut korang akan menjadi lebih ringan dan rangup. Harga sekitar RM3 ke RM3.20 sekilo
Tepung Cap Ros
Manakala tepung cap rose tu pulak tepung serbaguna sama taraf dengan tepung gandum lain lain. Contoh tepung cap sauh, kunci, bakers choce , faeza dan lain lain
Harga sekitar tak sampai RM2. Tepung gandum cap ros beratnye 850gm sepeket ye.
Cuma kzu prefer guna tepung gandum cap sauh dan bakers choice untuk kek dan biskut
Tepung cap kunci untuk karipap
Tepung cap rose ramai juga yang guna untuk biskut
Tepung cap cempaka untuk apam senyum merekah
Tepung high protein untuk donut
Hok ni nti story lain
Tepung biskut red rose bergantung pada resepi yng guna ye
Kesimpulannye gaisss
Semua tepung gandum boleh je korang guna untuk apa apa resepi. Ikut kesukaan jenama masing masing ye. Harap dapat membantu ye. Selamat membaking ye.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.