Konsert Hello Putrajaya anjuran Astro yang berlangsung hujung tahun lalu meninggalkan kesan mendalam kepada ribuan penonton yang hadir di Putrajaya. Hari itu bukan sekadar meraikan detik pergantian tahun, tetapi menjadi ruang yang menghidupkan rasa bersama sebagai rakyat Malaysia.
Acara ini meneruskan legasi kejayaan tahun sebelumnya yang berjaya menarik puluhan ribu penonton di lokasi dan jutaan tontonan di media sosial. Pentas konsert sekali lagi diserikan dengan barisan artis ternama yang membawa tenaga tersendiri untuk menutup tirai 2025 dengan penuh semangat dan harapan baharu.
Didi & Friends dan SuperBOOMI Pun Ada!
Penampilan istimewa maskot siri animasi popular Didi & Friends dan SuperBOOMI turut mencuri perhatian apabila kemunculan mereka di pentas membuatkan anak-anak bangun berdiri, tersenyum lebar dan enjoy betul, seolah-olah watak yang selama ini hanya mereka lihat di skrin tiba-tiba hidup di depan mata, menjadikan malam itu lebih meriah dan penuh memori manis untuk seisi keluarga.
Kebersamaan Jadikan Konsert Lebih Bermakna
Setiap persembahan menggambarkan keindahan kepelbagaian rakyat Malaysia. Muzik menjadi bahasa penyatu pada hari itu, membawa penonton merasai perjalanan emosi yang menghubungkan semua pengunjung yang hadir.
Elemen kebersamaan ini menjadikan konsert tersebut lebih bermakna, terutama apabila Astro turut mengajak penonton menyumbang kepada inisiatif Bantuan Bencana Banjir Astro Kasih bagi membantu mangsa banjir yang terkesan.
Peserta Program Realiti Astro Turut Gamatkan Suasana
Sebagai pemanas suasana sebelum konsert utama, acara pra-acara Hello Putrajaya turut berlangsung dengan kehadiran selebriti daripada pelbagai program Astro. Peminat berpeluang menyaksikan persembahan ringkas serta berinteraksi secara lebih dekat bersama personaliti seperti Mark Adam, Nubhan, Naqiu, Auddra, Sharifah Shahira, ALPHA, Alvin Chong, Nicole Lai dan ramai lagi.
Acara ini meneruskan legasi kejayaan tahun sebelumnya yang berjaya menarik puluhan ribu penonton di lokasi dan jutaan tontonan di media sosial. Pentas konsert sekali lagi diserikan dengan barisan artis ternama dari Astro Home Of Live yang membawa tenaga tersendiri untuk menutup tirai 2025 dengan penuh semangat dan harapan baharu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak kira dari sisi mana pun, orang pertama yang akan dipersalahkan semestinya WANITA. Tapi sedarkah, wanita adalah golongan yang sepatutnya dilindungi, dimuliakan kedudukannya.
Jom ikuti perkongsian bermakna dari Maryam Jamadi ini.
SALAH ISTERI?
Rumah bersepah, salah isteri. Dapur tak berasap, salah isteri. Tak ada zuriat, salah isteri.
Anak lewat perkembangan, salah ibunya.
Anak ada sindrom, salah ibunya.
Anak nakal, salah ibunya.
Anak dapat nombor corot di sekolah, salah ibunya.
Keluarga tak bahagia, salah isteri.
Berdasarkan banyak penulisan di media sosial, untuk jadi orang perempuan ini kena hebat semua, barulah jadi calon menantu, isteri dan ibu yang terbaik. Kalau tak cukup “tick”, nanti takut tak jadi kahwin atau suami cari ibu lain untuk anak-anak. 🔥
Kerap kali saya mendengar keluahan ibu-ibu yang dah tak mampu nak menampung beban di kepala, fizikal penat tak apa tapi bila “kepala” pun dah penat memang parah. Ditambah lagi dengan kritikan orang sekeliling, lagi parah jadinya. 😥
Saya rasa mungkin dah tiba masanya masyarakat kurangkan expectation yang terlampau tinggi untuk kaum hawa. Bagi yang sudah ada kesedaran, tahniah! Yang mana belum ada kesedaran, mohon baca.
Saya terbaca baru-baru ini berkaitan isu rumah tangga, salah satu kenyataan yang saya tak berapa setuju:
“Jadi orang perempuan ni kenalah pandai mengemas dan pandai masak sebab cuba bayangkan kalau suami demam nak makan bubur, isteri tak pandai buat. Ataupun nanti dekat sekolah kawan-kawan anak kata rindu masakan mak tapi maknya tak pandai masak.”
Cuba terbalikkan situasi, isteri pula demam? Ataupun anak sepanjang hidup tak pernah rasa masakan ayah?
Bagi saya, bukan jadi orang perempuan sahaja perlu pandai memasak dan mengemas. Tapi jadi MANUSIA, kenalah pandai semua skil asas kehidupan tak kiralah perempuan atau lelaki.
Cuma mungkin ada orang bakatnya lebih terserlah pada skil memasak, ada orang lebih pada skil dekorasi rumah dan sebagainya.
Tapi kalau anda seorang isteri yang boleh buat 100% menguruskan urusan rumah, alhamdulillah anda wanita hebat. Tapi janganlah anda “meng-downgrade” wanita lain yang tak mampu.
Awas bila isteri jadi ‘mental load’
Pernah tak para isteri mengalami situasi:
1. Pukul 11 pagi, kita nak masak nasi untuk makan tengahari tapi masa kita nak ke dapur ternampak pula bakul baju kotor yang melimpah.
2. Kita pun pergi masak nasi sambil berfikir “lepas ini nak kena basuh baju”.
3. Dah siap masak nasi, nak basuh baju pula tiba-tiba teringat yang lupa nak keluarkan ayam nak masak masih beku.
3. Kita pun minta “tolong” pasangan kita yang tengah main game di hp untuk keluarkan ayam. Pasangan kita kata “kejap,kejap”.
4. Tengah kita angkat bakul baju kotor nak basuh, anak yang sedang belajar bebas diaper pula datang beritahu nak kencing. Kita pun terpaksa tinggalkan bakul baju kotor sebab nak kena berlari bawa anak ke tandas takut “tercicir”.
5. Sambil pantau dan tunggu anak habis membuang, mata kita melilau tengok keadaan tandas yang dah mula berlendir semula walaupun baru cuci 3 hari lepas. Terfikir nak cuci tandas lepas habis makan nanti.
6. Anak pun selesai membuang, kita sambung dengan tugasan basuh baju. Kita nampak pasangan kita masih dengan hp dengan “kejap-kejapnya”, kita pun basuh baju dan keluarkan ayam sendiri.
Pasangan kita pun kata “relakslah nanti saya buat, beritahulah nak buat apa-apa”. Tapi realitinya buat semua sendiri lagi kurang stress daripada minta orang lain buatkan sebab stress di kepala lagi penat dari penat fizikal. 🙆♀️
Cuba bayangkan perkara ini berulang SETIAP HARI? Saya yang menaip ini pun berasap kepala memikirkannya, apatah lagi nak menghadap setiap hari. 🤯
Inilah yang dipanggil “MENTAL LOAD”, keperluan merancang, menguruskan hidup diri sendiri dan hidup orang lain yang bergantung kepada kita. Semakin banyak, semakin berat beban mental yang kita alami.
Bila terlampau banyak “mental load” boleh buat seorang isteri yang lemah lembut bertukar jadi “hijau” di rumah. 🦁
Suami lebih banyak masa lapang bebanding isteri
Ada survey di lakukan di Australia (HILDA) pada tahun 2019, yang terbukti ada gap di antara kerja di rumah suami dan isteri.
1. Pasangan yang tiada anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 4 JAM seminggu menguruskan rumah berbanding suami.
2. Pasangan yang mempunyai anak, kedua-duanya bekerja:
Isteri melakukan lebih 7 JAM seminggu melakukan kerja rumah dan TAMBAHAN 7 JAM lagi menjaga anak lebih berbanding suami.
3. Memang terbukti yang suami mempunyai lebih banyak masa lapang berbanding isteri.
Perkahwinan adalah perkongsian yang sepatutnya memudahkan kaum lelaki dan perempuan, bukannya untuk menyenangkan lelaki dan menyusahkan perempuan.
Kurangkan Beban Isteri Dengan Lantik Diri Jadi Ketua
Maka, saya cadangkan para suami yang berminat untuk kurangkan “mental load” isteri, apa kata tukar daripada anda hanya tanya apa yang perlu dibantu. Apa kata pilih dan melantik diri sendiri untuk menjadi KETUA untuk mengurangkan beban di otak isteri:
BIRO DAPUR
BIRO MENGEMAS
BIRO BAJU
BIRO ANAK
BIRO LAMAN RUMAH
BIRO SAMPAH
BIRO JAGA KERETA
Bila dah pegang antara jawatan di atas, mohon ingatlah perkara-perkara yang perlu dilakukan. Percayalah isteri yang asyik bertukar jadi “hijau” mungkin boleh kembali jadi lemah lembut.
Dalam kes saya, sebelum berkahwin lagi saya dan suami dah bincang tentang kerja-kerja di rumah. Saya tak hebat memasak (selalu masak tak jadi 🤭) tapi suka urus baju, suami tak suka urus baju tapi suka memasak (dan sedap). 😋
Tapi kurang mahir dan tak suka, bila dalam keadaan memerlukan boleh sahaja buat asalkan masing-masing tahu skil asas hidup. Contohnya semasa saya berpantang, suamilah ambil alih bab mengemas dan urus baju walaupun saya Ketua Biro Mengemas. Sama juga bila suami tak ada, saya akan masak masakan mudah untuk saya dan anak walaupun suami Ketua Biro Dapur.
Mudahkan Untuk Menguruskan Rumah
Bila ada pembahagian tugas, secara tak langsung kuranglah beban mental yang kita perlu fikir. Saya tak perlu fikir
Nak beli barang basah apa? 🚗
Barang basah apa dalam peti ais? 🐓
Nanti malam nak masak apa? 🥗
Elok lagi ke ikan dalam peti ais? 🐟
Suami pula tak perlu fikir baju kotor dah penuh bila nak basuh? 🧦
Baju dah kering ke belum? 👕
Tandas dah kotor bila nak sental? 🚽
Anak nak pakai baju apa pergi kenduri? 👗
Dinding kotor macam mana nak bersihkan? 🤔
Dengan kerjasama suami dan isteri, kita tak perlu pun nak korbankan apa-apa. Sama-sama membahagiakan hidup masing-masing.
Ada orang tunjukkan cinta dengan kata-kata manis, ada orang tunjukkan cinta dengan perbuatan. Ada orang tunjukkan cinta dengan kedua-duanya.
Kalau kita rasa boleh urus segala benda di rumah dan penuhi expectation jadi seorang isteri yang sempurna seperti ditonjolkan di dalam drama TV, janganlah kutuk atau hina orang yang tak mampu lepas itu takutkan orang lain “nanti suami cari lain”.
Bila dah namanya tak ada jodoh, kita buatlah macam mana pun tak jadi apa juga. Sekecil-kecil benda pun boleh jadi penyebab.
Samalah kes zuriat, tak dapat anak salah isteri. Tahukah yang nak dapatkan zuriat perlu pastikan tahap kesuburan suami dan isteri, bukan isteri sahaja? 👫
Anak semua perempuan, tak dapat anak lelaki salah isteri. Tahukah yang menentukan jantina anak adalah sperma suami? 👶
Anak ada sindrom, salah genetik isteri. Tahukah yang anak itu adalah gabungan ovum dan sperma yang mengandungi genetik suami dan isteri yang menentukan adalah genetik siapa yang lebih dominan. 🙄
Anak nakal, salah isteri tak pandai jaga anak. Tahukah yang tugas didik anak perlukan kerjasama suami dan isteri?
Cadangan saya, bagi yang merancang untuk berkahwin. Bincanglah juga peranan suami dan isteri dalam rumah tangga supaya masing-masing sedar tanggungjawab dengan harapan tak ada kes salah menyalahkan di masa akan datang. Jangan lupa kenali bakat diri masing-masing juga! 😍
Mana yang handal melipat baju, jadilah Ketua Biro Baju. 👕👖
Mana yang lebih sedap memasak, jadilah Ketua Biro Dapur. 🍳
Mana yang lebih teliti menyental kotoran, jadilah Biro Mengemas. 🌈
Bincanglah “biro” masing-masing sebelum berkahwin supaya beban mental terbahagi sama rata. Kalau tak nak pegang semua jawatan, beritahulah pada pasangan awal-awal supaya pasangan anda boleh bersedia mental dan fizikal. 🏋️♀️
“Berkorbanlah” bersama-sama supaya kesihatan mental kita terjaga, melainkan memang tiada pilihan (PJJ, frontliners, pasangan sambung belajar dll) 💪
Semoga bermanfaat, terima kasih ❤
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Keturunan Apak Suara Sedap-sedap Eh..” Netizen Suka Lagu Sayunk I Love You, Trending No 1!
Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, itulah yang dapat diibaratkan mengenai bakat seni penyanyi lagu “Sayunk I Love You’ bernama Chombi yang juga merupakan anak kepada pemuzik, komposer dan penyanyi, Harry Khalifah atau Apak.
Mungkin ada yang tidak tahu, bahawa lagu Sayunk I Love You yang viral ini juga merupakan ciptaan ayahnya sendiri.
Difahamkan lagu ini telah dilancarkan sejak dua minggu lalu di platform YouTube dan hingga kini telah mencatat 3 juta tontonan bahkan menjadi semakin popular dan hangat diperkatakan apabila lagu ini turut digunakan dalam laman TikTok.
Apa tidaknya lagu Sayunk I Love You ini juga berjaya menarik tumpuan ramai pengguna platform tersebut apabila terdapat juga cabaran berbentuk tarian dan dijadikan lagu latar sebuah content dalam video mereka.
Ternyata penangan lagu ini, membuatkan Chombi berhasil mendapat tempat di hati pendengar. Lantaran itu penyanyi ini turut meluahkan rasa syukurnya di atas sokongan yang diberikan oleh semua.
“Alhamdulillah terima kasihh semua yang support lagu baru chombi ” SAYUNK I LOVE YOU”, terima kasih jugak buat TIKTOKERS,” ujarnya.
Siti Sarah semalam selamat melahirkan bayi lelaki pramatang secara pembedahan petang. Dalam perkongsian terbaru, Shuib Sepahtu berkata mereka sepakat memilih nama Ayash Affan untuk cahaya mata keempat itu.
Shuib turut meminta orang ramai mendoakan agar bayi mereka itu terus sihat dan dapat bertahan dalam masa dua bulan ini. Katanya, isterinya yang mahukan anak mereka itu diberi nama tersebut.
“Alhamdulillah sedikit perkembangan terkini untuk Ayash Affan. Dr Faiz dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) bagitahu, pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.
“Sarah yang nak sangat beri nama Ayash Affan. Doakan Ayash Affan jadi anak yang soleh. Doakan dia kuat untuk bertahan dalam masa dua bulan ini,” katanya.
Dalam masa sama, Shuib juga memanjatkan rasa syukur atas perkembangan tersebut dan mengucapkan terima kasih untuk doa-doa yang dikirimkan orang ramai kepada isteri dan anaknya.
“Ya ALLAH syukur. Ini juga berkat doa anda semua yang tak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.
“Saya balikkan doa-doa kalian. Semoga anda juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik dan terhindar dari segala kemudaratan. Insya-ALLAH,” katanya.
Mengakui dia hampir hilang pertimbangan di atas apa yang berlaku, bagaimanapun, Shuib berkata dia reda di atas segala kemungkinan dan ujian.
“Tipu la kalau cakap saya ni okay… 10 tahun kenal Sarah, dialah yang mendewasakan saya, dia banyak mendoakan saya.
Kini saya sangat berlapang dada, tadi saya almost lost dan tercari-cari. Saya reda dengan ujian Allah ni, akan ada kebaikan nanti.
“Saya buka mata, buka hati saya untuk apa saja yang berlaku lepas ni… walaupun benda itu tidak baik tapi itu adalah yang terbaik buat keluarga saya,” ujarnya.
SUMBER: MSTAR ONLINE
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...