Mak ayah mana yang tidak penat bila terpaksa menguruskan anak yang kerap kencing malam. Banyak kelengkapan seperti tilam dan cadar yang perlu kerap dibasuh.
Bukan salah anak. Kajian menunjukkan masalah kencing di malam hari akan semakin pulih bila menjelang usia 5 hingga enam tahun. Jadi bersabarlah!
Ikuti perkongsian tip yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia ini.
Penat saya doktor. Tiap-tiap pagi saya jemur tilam. Saya dah marah anak saya berkali- kali. Dia masih kencing malam. Umur sudah 7 tahun pun masih basahkan tilam. Sekarang pakai pampers adik dia setiap malam. Kalau tidak mesti basah.
Bertenang. Jangan marah anak, ibu ayah. Kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal. Pundi kencing anak anda belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam. Mereka cuma perlu masa dan pendekatan yang betul untuk menangani isu ini.
Kajian menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak.
✅ 40% berumur 3 tahun masih kencing malam
✅ 15% berumur 5-6 tahun
✅ 5% untuk 10-11 tahun
✅ 2% berumur 12 tahun
Puncanya? Ada pelbagai punca kepada kencing malam.
✅ stress,
✅ kencing manis jenis 1,
✅ struktur Pundi kencing yang tidak normal
✅ jangkitan kuman saluran kencing
Namun, 99% kebanyakannya tiada punca. Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam.
Tapi tiada masalah pun jika anda ingin berjumpa dengan doktor untuk bertanya. Doktor biasanya akan tanya beberapa soalan ini. Anda perlu bersedia.
✅ Ada sejarah keluarga kencing malam? Suami? Isteri? Ibu ayah? Adik beradik? Datuk? Sedara?
✅Adakah terdapat pemakanan yang buat/trigger anak anda kencing malam lebih kerap?
✅ Kuat tak anak anda minum sebelum tidur?
✅ Pernah alami kencing berdarah?
✅ Anak (lelaki)dah sunat ke belum? jika belum, ada tanda merah di hujung kemaluan?
Dengan beberapa perkara di atas mungkin dapat mencari puncanya dan seterusnya merawat anak anda.
* Set loceng untuk bangunkan anak kencing di tengah malam.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Lebihan roti yang dah tamat tempoh jangan dibuang, sebaliknya ada manfaatnya untuk tanaman anda.
Selain membeli di kedai, anda boleh hasilkan sendiri baja organik yang boleh membantu menyuburkan pokok agar rajin berbunga seperti pokok orkid.
Perkongsian oleh Puan Norzaiwi Ismail pastinya membantu anda menyuburkan lagi tumbuhan. Nampak mudah dan menjimatkan, jom cuba:
.
Bahan-Bahan:
4 Keping Roti
2 Liter Air
.
Cara Membuat:
1.Ambil 4 keping roti dan rendamkan didalam 2 liter *air selama seminggu.
2.Selepas seminggu tapis dan campurkan dengan sedikit air sebelum disiramkan pada pokok.
.
*Sebaiknya gunakan air hujan atau air paip yang ditadah dan biarkan semalaman untuk hilangkan klorin.
.
Selamat Mencuba!
.
Kredit Foto: Zulkifli Mamat
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam membentuk keluarga bahagia pastinya perlu ada sikap saling bertolak ansur dalam rumah tangga. Bagi isteri pula, pastinya ada petua untuk memastikan hubungan dengan suami makin intim. Perkongsian Zarini Jaafar laman facebooknya begitu bermanfaat untuk kebahagian keluarga.
Tips menjadi isteri yang sentiasa menang dan hebat dalam rumahtangga
1. Banyakkan mengalah. Hormati suami.
2. Bila bergaduh, diamkan diri. Sabar tu nanti aku claim dengan Allah.
3. Banyakkan memberi. Beri kasih sayang, beri tenaga, beri bantuan ekonomi.
4. In returns, bukan dari suami, takpe aku buat semua nak claim syurga dari Allah.
5. Manjakan suami, pegi kerja pun sikat rambut dia, siapkan sarapan, siapkan baju,
6. Suami tak nak bantu kerja rumah takpe, saya claim pahala kemudian.
7. Berlumba dekatkan diri dengan Allah. Rebut kasih sayang Allah lebih utama dari suami.
8. Saya buat kerana Allah, bukan kerana awak. Saya buat kerana tanggungjawab saya yang Allah berikan.
9. Suami balik keje, utama kan dia walaupun kita juga bekerja. Balik rumah siapkan makanan, urus rumah supaya sentiasa bersih, kemas, lapang je suami tengok.
10. Buat yang terbaik untuk dia. Sentiasa elak pergaduhan.
11. Elakkan merungut, mengungkit, berkira dalam kerja seharian, membebel, elakkan punca yang boleh cetuskan pergaduhan.
12. Kita penat, kita diam dan sabar. Kita stress dan tension urus rumah, diam dan sabar
13. Jika suatu hari, kita tetap diuji, kita akan claim. Saya dah buat semua terbaik untuk awak. Jika awak tak boleh hargai maksudnya awak bukan terbaik buat saya.
14. Dari sini, suami akan kesian kan kita dan mula bantu juga kerja rumah dan urusan rumah tangga
Diam dan senyum tu sangat hebat wakkk
Sabar itu juga buahnya sangat manis.
Tak pe, kita uruskan semua. Semoga kita semua akan menang dan dapat peluang ke syurga Allah.
Sumber: FB Zarini jaafar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sangka dalam waspada menjaga keselamatan anak, kejadian yang tidak diingini tetap berlaku.
Bukan tidak prihatin tentang soal keselamatan anak-anak terutama di sekitar rumah.
Namun anak yang lincah kadang kala ibu ayah terlepas pandang.
Begitulah yang terjadi kepada sebuah keluarga ini yang hampir kehilangan anak tersayang akibat lemas dalam kolam buatan sendiri.
Anaknya yang masih kecil tanpa disedari keluar ke halaman rumah tanpa sengaja telah jatuh di dalam kolam.
Setelah hampir 5 minit telah berjaya diselamatkan oleh ibunya sendiri dengan bantuan CPR.
Siapa yang tidak sedih dan trauma kejadian ini terjadi kepada darah daging. Lebih lagi kejadian berlaku didepan mata.
Jauh di sudut hati tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada keluarga lain, pasangan suami isteri ini berkongsi detik cemas itu. Ikuti perkongsian saudara Abdul Rahim menerusi facebooknya.
Moga jadi ikhtibar!
Pengajaran buat kami sekeluarga hari ini.
Pertama, betapa penting pengetahuan CPR. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, petang tadi Atikah Mohd Ramzan dapat kembali anak bongsu kami selepas berjaya buat CPR sejurus selepas angkat dari kolam. Hampir 5 minit ibunya buat CPR anak kandung sendiri. Super Mom.
Kedua, Penghadang yang lebih tinggi dari kepala pun dia boleh ambil kerusi dan panjat. Jadi berwaspadalah sentiasa dengan anak kecil.
Kolam ni dah pun kami simpan. Tak pasang dah lepas ni. Pasang sebelum ni pun untuk ajar anak-anak berenang dan apungkan badan. Kakaknya dah mahir, dia saja belum.
Mohon doakan banyak2 lagi untuk anak bongsu kami Alita Raysha Abdul Rahim. Update dari ward kanak-kanak HRPB yang Alita mungkin dimasukkan ke ICU malam ni.
Ya Allah permudahkanlah urusan kami.
Video untuk ikhtibar bersama
Video ini asalnya untuk rekod sahaja kepada doktor mengenai berapa lama durasi kanak – kanak tersebut lemas tanpa oksigen.
Alhamdulillah semuanya selesai dan saya boleh simpan sendiri video ni. Tapi saya tekad untuk kongsi kecuaian dan kelemahan diri saya ini supaya menjadi kesedaran kepada ibu bapa lain, bahawa ‘hazard’ ada di mana-mana dan dari perkongsian ini kemalangan seperti ini boleh dielakkan dan banyak nyawa kanak-kanak lain juga boleh diselamatkan.
Kerana kerusi atau alatan untuk anak memanjat halangan ini ada di mana – mana, bukan penghadang kolam saja, malah penghadang di rumah kondo atau flat.
Tentang pagar yang terbuka, kami berada di luar berhampiran ketika itu. Semua sedang mencuci seluruh rumah termasuk kolam tersebut. Tentang lalai kami akui. Kerana itu kami berkongsi.
Ini kelemahan kami pada waktu itu. Itu yang kami ingin kongsikan. Realiti tak sentiasa indah, Video berdurasi 3 minit. Kurang 10 saat selepas tu kami tiba dan dengan izin Allah sempat diselamatkan.
Tapi jika ingin berlaku kemalangan, 10 saat kecuaian kami pun sudah cukup. Tentang kolam pula, air akan dikosongkan atau kolam ditutup apabila tidak digunakan.
Saya mendoakan dan memohon kepada Allah SWT agar anda semua disini dihindari dan dijauhi dari perkara seperti ini berlaku kepada ahli keluarga anda. InsyaAllah.
Kronologi kejadian
Ini video & kronologi apa yang berlaku kepada keluarga kami dalam tempoh 24 yang lepas, harap jadi iktibar kepada ibu bapa yang lain;
1. (Video) Jam 3:20 petang anak bongsu kami Alita Raysha lemas dalam kolam ketika bermain. Dia telah ambil kerusi dari belakang rumah dan panjat penghadang.
2. Kemudian kebetulan abangnya lalu dan nampak Alita kaku di dalam kolam.
3. Abangnya panggil saya dan isteri. Isteri saya cepat – cepat angkat Alita yang dah kaku dari kolam.
4. Isteri saya, seorang bekas jururawat di PPUM, yang selayaknya digelar Super Mom Atikah Mohd Ramzan dengan tenang melakukan CPR keatas anaknya sendiri yang dah tak bergerak masa tu.
5. Badan Alita dah keras dan membulat masa buat CPR tu, tiada respon apa-apa langsung. Memang dah terasa seperti kehilangan anak kami masa tu.
6. Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T setelah lakukan CPR dengan sabar sambil memanggil – manggil nama anak kami tanpa mengalah, Alita kemudian merengek dengan sangat perlahan. Anak kami telah kembali kepada kami 5 minit selepas lakukan CPR. Kami terus hantar ke Jabatan Kecemasan HRPB.
7. Ketika di Jabatan Kecemasan, setelah stabil anak kami dihantar ke PHDU, namun malam itu jam 10 malam, Alita diserang sawan yang memberi isyarat mungkin ada gangguan pada otak akibat terputus oksigen seketika pada insiden petang tadi.
8. Pada jam 10:30 malam, doktor telah memindahkan anak kami ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik untuk pemerhatian rapi.
9. Alhamdulillah, (Gambar) pagi ini Alita telah sembuh sepenuhnya dan menunggu tempoh 24 jam untuk discharge.
10. Kami jadikan ini pengajaran dan pengalaman betapa pentingnya pengetahuan CPR. Tanpa tindakan pantas isteri saya semalam, kami mungkin kehilangan anak kami selama – lamanya. Dan menghabiskan baki usia kami dengan penyesalan yang tak berkesudahan. Tak dapat malah tak sanggup kami bayangkan.
11. Kami juga jadikan ini pengajaran kepada kami yang mana setinggi mana penghadang sekalipun, anak tetap boleh ambil kerusi dan panjat. Pengawasan maksima keatas anak – anak sentiasa diperlukan.
12. Kolam itu tujuannya adalah untuk mengajar anak kami pengetahuan berenang dan apungkan badan dalam air ketika kecemasan. Dua orang kakak dan abangnya dah pandai, tapi Alita belum habis belajar lagi.
10. Harini kami ambil keputusan untuk simpan kolam ini, cuma mungkin pasang kemudian apabila anak dah betul – betul dewasa nanti. Mungkin juga tidak pasang terus.
11. Saya naikkan video ini hari ini agar menjadi pengajaran kepada yang lain untuk sentiasa berhati – hati. 5 minit sudah cukup untuk insiden seperti ini berlaku.
Hari ini, anak kami telah dikeluarkan dari ICU dan mungkin akan discharge sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.
Alhamdulillah. Semuanya selesai. Terima kasih kepada yang mendoakan.
Terima kasih juga kepada Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB yang memberi layanan terbaik kepada anak kami dan anak-anak kecil yang lain. Hanya Tuhan dapat membalas jasa baik kalian.
Semoga apa yang berlaku pada kami ini akan menjadi pengajaran pada ibu bapa yang lain juga.
Anak adalah rezeki dan juga tanggungjawab. Jagalah sebaiknya.
Anak-anak bukan sumber 'income' ibu bapa masa tua, anak bukan hidup untuk ibu bapa. Di dalam budaya masyarakat kita, terdapat tanggapan bahawa anak-anak akan menjadi sumber kewangan atau 'income' bagi ibu bapa apabila mereka tua.