Adat merisik ini telah lama dipraktikkan di dalam masyarakat Melayu dengan tujuan asalnya untuk wakil pihak lelaki mengenali anak gadis keluarga pihak perempuan dan seterusnya mencapai kata sepakat untuk kedua-dua belah pihak bagi menyatukan anak teruna dan anak gadis mereka.

Apa yang pasti melalui majlis merisik ini sendiri sebenarnya akan menjadi satu permulaan pengalaman yang manis dan indah sama ada buat ibu ayah mahupun anak-anak yang bakal diraikan sebagai raja sehari kelak.

Baru-baru ini, pelakon, penerbit dan usahawan terkenal iaitu Erma Fatima berkongsi momen indah majlis merisik anak lelaki sulungnya iaitu Syamil Ikhwan yang dilangsungkan secara online namun penuh dengan adat dan budaya Melayu, nyata menerima pujian daripada peminat dan wargamaya.

Menurutnya, “Setahun lebih tunggu..ada aja alasannya..PKP lah..itulah..inilah..jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnya dan syukur settle. Walaupun dah langgar adab..takpelah. Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyaallah.”

Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

Bahkan merakamkan rasa bahagia dan syukur, Erma turut menulis caption yang cukup membahagiakan di instagramnya bila selesai urusan merisik dilakukan. Ucapnya, “Yeahhhhhhh nak dapat menantu…walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk..tapi alhamdulillah…”

IKLAN

Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

Majlis yang dipercayai berlangsung pada petang Sabtu lalu turut disempurnakan dengan kehadiran bekas suami Erma, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, majlis merisik tersebut dilihat berjalan dengan lancar dan indah walau pun talian internet terputus-putus seketika.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Dilihat juga Erma  dan anak-anaknya mengenakan pakaian sedondon dengan tema warna merah & hitam, terpancar kegembiraan dan tenang semasa majlis tersebut berlangsung.  Rata-rata rakan artis dan netizen berkongsi rasa bahagia dan saling memberi ucapan tahniah dan tidak kurang juga ingin menjadikan sebagai inspirasi bagi menjayakan majlis secara maya memandangkan negara masih dalam tempoh ‘lockdown’.

Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat! Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

IKLAN

Setahun Lebih Tunggu Buat Majlis, Akhirnya Merisik Secara Maya. Ramai Puji Erma & Keluarga Tetap Jaga Adat!

Sumber : @ermafatima

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI