Rezeki tak pernah salah alamat, namun yang berlaku pada wanita ini memang istimewa dan lain dari yang lain.

Tular beberapa hari yang lalu kisah seorang wanita yang menerima sekeping npta beserta beberapa keping note RM50 daripada individu yang tak dikenali.

Kisah ini merupakan kisah benar yang berlaku kepada wanita bernama Nur Aqeela Yang Tabah. Jom kita baca kisahnya.

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

 


CERITA PENGAJARAN DARI KISAH BENAR SAYA SENDIRI….
Subhanallah, Allahhuakbar.. Tak tahu sape yg letakkn nota misteri ats kereta.

Kereta Satria sy ni sebenarnya agk jrg sy naik sbb kete dh rosak. Kete mampu hidup 15minit je then dia akn mula tersedut2 mati. Jd mmg selalunya sy akn gi kat kete utk panaskn enjin je. Last sy gi kt kete masa 21 Feb which means 11 hari yg lps. Sbb sy gi ulang alik keje naik moto je dgn LeEn TYha. Roadtax kete plak dh mati dr 19 Jan lg…

Ptg td dlm kol7 lebih (4mac) sy balik keje, sy gi kt kete. Mcm biasa niat nk pnskn enjin. Tp sy terperasan ada mcm sampah2 yg org selitkn kt wiper kereta. Dlm hati nk mrh dh ni, “sape la yg suka sgt buang sampah kt kete aku”. Then masa tgh alihkn kotak wane oren tu, tetiba sy perasan ada beg kecik wane pink, kt dlm nya ada surat. Cover dpn surat tu gmbr muka senyum. Suspen. Sy takut. Sy gigil. Sape la plak nk main2 kn aku ni. Sy ambik beg pink dgn kotak oren tu gi lari kt kwn2 sy yg ada dkt2 situ jgk.

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

IKLAN

Sy mitak kwn sy bukak kn surat tu sbb takut. Bila bukak je kertas tu, terus ternampak duit RM50 yg dilipat. Ya Allah… Apa ni. Kenapa ada duit… Bila sy bukak lipatan duit tu, rupanya ada 3 keping not RM50 dlm tu. Subhanallah… Ya Allah… Berdebar xleh nk ckp.. Gigil kt situ. Hampir nk mngalir airmata. Sy habiskn baca nota yg dia tinggalkn. Ntah berapa hari dh dia letak duit beserta surat tu kt kete sy sbb sy perasan duit tu kesan basah. Mgkin dh terkena hujan tp nsb baik dia letak dlm beg plastik.

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

Ya Allah… Tak penah lg ada pnglaman mcm ni. Nak plak tu mgkin dia selalu perhatikan sy dgn leen. Sbb dia boleh tahu sy slalu jln berdua dgn leen cuma dia xleh recognize sape owner kete. Dlm surat dia mention slalu nmpk ktorg berdua.. Sbb selalunya lps balik keje, sminggu sekali @ 2kali mcm tu sy akn gi kt kete. Kami akn gi kt kete dgn pakai helmet. Jd smpai kt kete baru akn bukak helmet tu. Mgkin difikiran dia, sy x dpt naik kete sbb roadtax sy mati, jd terpaksa naik moto. Sbenarnya ada 2 sebab x dpt naik kete. Satu, kereta mmg rosak. Dua, roadtax dh lama mati. Kenapa sy tak baiki kete? Kenapa sy tak renew roadtax? Anda tahu, semuanya perlukan duit kn….

Ya Allah…. Seriau. Meremang bulu roma. Sungguh tak sangka ada org berhati mulia mcm ni… Subhanallah, ya Allah. Kau murahkn rezeki mereka ini ya Allah… 3 hari lps, sy diuji dgn mslh berat yg mana 3 hari berturut2 sy nangis… Mmg btol2 down. Mmg btol2 sedih.. Rasa mcm putus asa. Hilang smgt.. Tp tak sangka harini, Allah gantikan dgn sesuatu yg sy tak penah sangka akn berlaku… Ya Allah, terimakasih Allah. Leen kata sbelum ni dia dh penah nmpk kotak oren tu dgn satu krts ats kete sy, tp leen ambik buang without tgk dlu tu ape dia. Sbb leen ingtkn tu sampah yg org buang merata…. Jd hamba Allah ni letakkn lg sekali kt kete sy ke?? ??

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

Kpd awk yg misteri, sy doakan awk dimurahkn rezeki selalu dan dpermudahkn sgala urusn. Sy tgglkn nombor fon kalau2 dia dtg lg kt kete sy. Tlg la contact sy.. Sy nk sgt2 tahu sape awk. Tp andai kata awk tak muncul2 jgk, sy berdoa smoga Allah temukan awk dan sy di syurga nanti…. Besar nilai RM 150 tu.. Ya Allah. In sha Allah duit ni dia amanahkan utk renew roadtax, jd sy akn gunakn seperti yg diminta.

IKLAN

Terimakasih awk, pemberi misteri…. Slm syg dari Aqeela. Tlg share cerita sy. Mana tahu kot cerita ni smpai pd tuan empunya. Sy cuma nk ucp terimaksih byk2 pd dia. Moga Allah akn balas jasa awk dan dikurniakan syurga.. Aminnn

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

 


Majalah Keluarga berkesempatan menemu bual Aqeela berkenaan hal tersebut.

“Orang pertama yang saya call untuk kongsi cerita ni adalah mama. Saya call dan ceritakan pengalaman pelik yang berlaku kat saya. Mama dia terkejut sangat-sangat dan macam tak percaya.

“Cuma mama nasihatkan saya agar lebih berhati-hati selepas ini dan jangan mudah percaya andai ada orang yang mengaku dia sebagai pemberi tu. Mama saya adalah orang yang paling rapat dengan saya,” jelas Aqeela sambil mengakui tiada rahsia antara dia dan mamanya kerana semua hal diceritakan kepada insan kesayangannya itu.

IKLAN

“Anggap Ini Amal Jariah Saya.” Wanita Ini Kongsi Kisah ‘Terima’ Duit  Atas Cermin Kereta Suruh Renew Roadtax dari Pemberi Misteri. Memang Rare!

Akuinya, niat memuat naik kisah tersebut adalah untuk menyampaikan salam terima kasih kepada pemberi misteri tu.

“Terima kasih yang teramat sangat. Sebab saya tak kenal dia dan tak  tahu cara yang macam mana nak sampaikan ucapan tersebut. Setakat ini saya belum tahu siapa orangnya dan saya dah tinggalkan nota di cermin kereta saya 3 hari pun, Namun nota masih lagi tak berusik. Jadi saya consider dia belum baca surat saya,”ujar Aqeela lagi.

Mengulas lanjut berkenaan hal tersebut apabila ada sesetengah pihak melemparkan tuduhan kononnya dia hanya membuat cerita, jelas Aqeela tiada sebab untuk dia berbuat demikian.

“Pasal yang kena kecam tu, mula-mula saya memang tak terfikir akan viral macam ni dan tak terfikir langsung pasal komen negatif. Tapi bila ada juga kecaman macam ni, saya anggp perkara tu benda yang saya tak perlu simpan dalam hati.

“Jujur, saya memang takut sebab saya rasa diperhatikan. Saya takut andai kata ada niat jahat ke ape. Sebab kena brwaspada bila dia mengaku selalu nampak saya dan kawan saya.

‘saya cuma dapat mohon perlindungan dari Allah semoga Allah jaga saya dan kawan-kawan serta dijauhi dari anasir2 jahat. Moga dia benar2 ikhlas ingin bersedekah dan berniat baik. Saya amat yakin pemberi tu memang seorang yang berhati mulia dan niat dia ikhlas. ujar Aqeela lagi.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI