Bukan suatu yang pelik bila ramai antara isteri berharap sangat suaminya berhenti merokok, namun penerimaan suami pula berbeza. Katanya bukan mudah untuk melakukan itu semua walau pun telah diminta berkali-kali oleh isteri tercinta.

Pun begitu, semuanya terletak pada kemahuan dan usaha yang dilakukan oleh si perokok. Jika ingin berubah pasti boleh.

Untuk itu, bagi menyuntik semangat dan inpirasi kepada lelaki bergelar suami, elok kiranya membaca perkongsian daripada Mohd Firdaus ini. Di mana dia  telah setahun berjaya hidup bebas tanpa rokok. Dan terbukti banyak kebaikan yang bukan sahaj dirinya rasai malah terkesan buat seluruh keluarganya. Ayuh ikuti perkongsian ini.


28 Sep 2017 – 28 Sep 2018

Alhamdulillah genap setahun dah stop smoking dgn izinNYA. Bersyukur sangat kerana menjadi insan terpilih mendapat hidayah dan diberikan kekuatan. Setahun dah saya berhenti merokok apa yang saya dapat setahun ini?

KESIHATAN

Saya dah x batok sehingga sesak nafas lagi.
Saya dah x demam tonsil lagi dan x perlu dah operation tonsil.
Saya rasa kehidupan seharian semakin rasa sihat dan rasa dada lapang jek bila bernafaz.

IKLAN

 

Setahun Tak Merokok, Duit Belanja Lagi Jimat. Bukan Tu Je, Suami Ni Berjaya Bawa Anak Isteri Bercuti Ke Luar Negara!

KEHIDUPAN

Saya rasa semakin dekat dengan Maha Pencipta kerana rasa senang untuk beramal ibadah.
Saya rasa doa senang diterima dan apa yg dihajati senang termabrur.
Saya rasa lapang fikiran tanpa fikirkan nak merokok lepas makan atau nak kena mencari tempat nak merokok bila di shopping complex atau bila drive jln jauh nak kena berhenti untuk merokok, bayak lebih masa untuk family.

IKLAN

EKONOMI

First time saya dapat bawa 1 family travel overseas, biasa berdua dan selalu dapat pergi bercuti dgn family. First time dapat merasa tdo kat hotel bilik berharga 1 malam Rm1000++ di Lexis Hibiscus PD.
First time rasa nak beli apa² pon x kesah dan berkira sgt sebab fikir dulu beli rokok lagi rugi bayak.

Sehingga hari ini kos perjimatan x beli rokok yg saya untung :
-Sehari untung Rm17
-Sebulan untung Rm510
-Setahun untung Rm6,120

Setahun Tak Merokok, Duit Belanja Lagi Jimat. Bukan Tu Je, Suami Ni Berjaya Bawa Anak Isteri Bercuti Ke Luar Negara!
Kenangan bercuti di Bandung bersama keluarga baru-baru ini.

Bukan niat share nie untuk bangga diri tp sekadar perkongsian untuk memberi semangat pada yg ingin berhenti merokok tu, berusahalah untuk berhenti.

IKLAN

Pada yang belum nak berhenti tu fikir²kan untuk berhenti merokok, sebab senaraikanlah sepuluh kebaikan merokok xde 1 pon kebaikannya yang boleh disenaraikan.

Saya bekas perokok tegar 20thn dari usia 15thn sehingga 35thn, bekas perokok tegar Dunhill Red, Winston Red & Marlboro menthol.

Good luck pada nak berhenti merokok..Kita kena berusaha mencari hidayah Allah..Hidayah itu milik Allah sesiapa sahaja yg dikehendakiNYA pasti akan dapat HidayahNYA..

In Syaa Allah semoga dipermudahkan usaha kearah kebaikan. Niat berazam, berusaha dan kentalkan jiwa 2 minggu jek kena kuatkan semangat tu. In Syaa Allah lepas tu akan kembali pulih bebas dari rokok.

Terima kasih pada yg sudi baca text panjang berjela nie.

sumber : Mohd Firdaus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI