Ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi memastikan anak-anak mendapat yang terbaik dalam hidup mereka. Dalam bab pendidikan misalnya, biar berhabisan duit demi memastikan kejayaan mereka.
Pelakon, Abby Abadi dan keluarga dalam satu catatan, berkongsi pengalamannya dalam memastikan anak-anaknya mendapat didikan agama yang baik.
Abby dan Norman Hakim adalah contoh ibu bapa yang sangat mementingkan ilmu baik untuk dunia mahupun akhirat. Kerana itulah, anak-anak mereka dihantar ke sekolah tahfiz.
Perkongsian Abby turut mendapat reaksi dari pengikutnya. Rata-rata melahirkan rasa kagum dan memuji sikap mereka yang sanggup berkorban demi pelajaran anak-anak.
Ads
Anak2 bertuah Mama ♥️ @danishhakimofficial @marissadaniaaaaa_ @m_danishaa . Ramai sangat yg tanya mcmana Sy mula didik anak2 dgn ALQURAN. Bila mula? Umur berapa? Mcmana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan . Sy dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah mcmana nk kongsi lagi hehe.. Tapi malam ni Sy terjumpa gmbr ni. Jadi Sy share la serba sedikit ye ☺️ . Bila nak cerita pasal anak2 ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dgn Paknya. Harap baca dan ambil yg baik2 saja ye. Jangan menambah bara hehe 🤣☺️🤪
Ads
. Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dgn pak anak2 ni, Sy masih hanyut 🤪 tapi masa depan anak2 adalah antara perkara yg palinggggg Sy risaukan . Dan setelah bercerai… walaupun Sy masih dilautan dalam (🙊) Sy nampak hanya ISLAM yg dpt menyelamatkan masa depan mereka. Dan Inilah antara perjalanannya. Dari seawal usia 2/4/6tahun Sy dah panggil Ustaz ajar anak2 mengaji dirumah supaya anak2 ni celik ALQURAN. Dan Alhamdullillah. Anak2 mudah dilentur & dibentuk sbb masih kecilkan waktu ni . Selalu juga Sy sembang dgn anak2 bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad ya Rasullullah, siapa Nabi Muhammad.. tentang kenapa kita diciptakan.. bgtau kenapa mesti solat, kenapa kena hafal ALQURAN, apa ganjarannya. Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauhhhh dari sempurna & jauh lagi perjalanan mereka. Sy nak mereka betul faham ISLAM & jadi hamba ALLAH yg benar2 beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya 🙊
Ads
. Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sbb Sy ibu tunggul waktu tu hehe.. masih berjimba ria, jadi Sy taknak anak2 Sy terabai sbb Sy tahu Sy tak buleh mengajar sendiri mereka. Menangis2 pun Sy hantar juga. Sy tekad nak anak2 Sy hafal ALQURAN & jadi org yg berpedoman. Dan waktu tu Sy nampak “Tahfiz” adalah yg terbaik.
. Bukan mudah.. tp Alhamdullillah Sy berjaya melalui fasa pertama utk didik anak celik ALQURAN & beramal dgnnya. Syukur ya ALLAH
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak menjadi seorang yang cemerlang dalam akademik. Sehubungan itu ada yang sanggup menyediakan guru khas atau kelas tambahan agar anak berjaya dalam sebarang peperiksaan.
Namun, setiap anak itu perkembangannya berbeza dengan yang lain. Begitu juga dengan daya pemikirannya. Biarpun dilakukan segala usaha untuk gemilang dalam pelajaran, namun rezeki tidak menyebelahi diri.
Jika itu sudah ketentuan yang telah ditakdirkan dalam hidup, harus terima seadanya. Pasti ada hikmah sebaliknya.
Begitulah situasi yang dilalui oleh lelaki ini, Abu Hurairah Roslan bahawa hidup ini perlu menjadi orang yang bermanfaat dan berguna sebagaimana pesanan ibunya.
Katanya, gagal dalam pelajaran membuatkan dirinya keliru mengenai cita-cita. Suatu hari, telah bertanya kepada ibunya mengenai masa depannya, jawapan ibunya sungguh terkesan pada dirinya. Ibunya berpesan agar menjadi seorang yang berguna dan bermanfaat.
Lalu ia menjadi peganganya hingga kini. Seterusnya ikuti perkongsian lelaki ini.
Pesanan ibu yang simple tapi deep!
Masa belajar dulu, Saya berfikir bagaimana nak jadi orang pandai, sedangkan saya paling gagal dalam pelajaran.
Lalu, saya bertanya pada mak.
“Umi nak amat jadi apa besar nanti?”
Mak jawab simple.
“Jadi orang yang berguna. Yang bermanfaat”
Lalu, saya jadikan cita-cita mak sebagai kekuatan. Sebagai pegangan.
Dan berkat itu,
Saya jadi seorang tukang masak dan chef selama 10 tahun.
Pusing satu Malaysia dengan kuali dan senduk. Pusing eropah dan dapat pengalaman mengendalikan cafe di luar negara.
Ya.
Jika tiada cita-cita, jadilah orang yang bermanfaat dan berguna. Sampai bila-bila Tuhan akan bawa kita menjadi manusia yang begitu bermakna.
Dalam pada itu, para netizen juga mengunakan pendekatan begitu untuk memberi kata-kata motivasi kepada anak-anak mengenai masa depan.
Sekarang ini ramai juga yang demam dan batuk berkahak. Kalau dibiarkan tentu menyebabkan rasa tidak selesa. Selain kita perlu makan ubat yang diberikan doktor, apa kata anda damalkan minum air herba yang boleh dibuat sendiri menggunakan kunyit dan halia.
Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Mastura Rashid. Semoga ianya bermanfaat dan serasi buat anda dalam merawat masalah batuk berkahak.
Hai gaiss.
Hari ni fiona nak kongsi cara buat air kunyit yang boleh lembutkan dan longgarkan kahak tebal pekat, dan mudahkan ia bergerak waktu buat proning exercise.
InsyaAllah ia sangat membantu melegakan pernafasan pesakit covid yang selalu alami sesak nafas dan batuk berkahak yang teruk.
Simple sangat resipi ni, perlukan 3 bahan utama saja, iaitu kunyi, madu dan halia.
Sebelum tu fiona nak kongsi serba ringkas tentang khasiat bahan yang kita nak gunakan ya.
1. Halia
Sifat halia ni panas dan pedas. Ia sangat membantu orang yang ada masalah paru-paru dan perut.
Untuk redakan demam, batuk selsema, kurangkan keradangan dan legakan sakit-sakit badan, halia is one of the best herbs.
2. Kunyit
Sifat kunyit juga panas dan pedas. Tapi takdelah sepedas halia. Dia ada sedikit pijar dan pahit.
Kunyit can never go wrong bila kita ada masalah batuk berkahak. Lendir pekat tebal ni insyaAllah akan cair dan lembut. Jadi bila kita buat proning exercise, dia mudah dinyahkan dari paru-paru. Dan fungsi kunyit bertambah bila kita campurkan sedikit lada hitam.
Orang yang ada masalah sinusitis teruk hingga mulut dan hingus berbau busuk yang amat, haa cubalah minum air kunyit suam untuk bunuh kuman, sekaligus melonggarkan lendir pekat busuk yang melekat di rongga sinus ya.
Fiona suka ratah kunyit muda sebagai ulam waktu dalam pantang dengan sedikit lada hitam yang ditumbuk dengan ikan bilis goreng.
3. Madu
Madu ni sifat dia neutral dan manis. Dan ia sangat bagus untuk tingkatkan fungsi hati dan perut.
Kalau cirit-birit disebabkan salah makan atau food poisoning, fiona hanya makan madu 2 sudu besar, 2 kali sehari je. InsyaAllah cepat je sembuh. Anak-anak juga fiona train begitu. Jarang sangat-sangat nak makan pil karbon atau ubat cirit-birit.
Madu juga ada healing effect. Cubalah sapu madu di luka, insyaAllah cepat je sembuh.
Kata doktor yang kongsikan proning exercise ni, pesakit covid sentiasa rasa sesak nafas akibat kahak tebal seperti gam dan juga sisa sel-sel yang dah mati.
Bayangkan bila dah serupa gam, mana nak keluar jika tak dilembutkan terlebih dahulu, kan.
Maka dengan sifat madu yang menyembuh dan mempercepatkan pertumbuhan sel baru, fiona harap air kunyit ni dapatlah membantu paru-paru pesakit covid sihat dan berfungsi semula.
Langkah-langkah buat air kunyit ni ada di setiap gambar. Jemput baca dan buat ya.
Semoga bermanfaat.
1. Bahan utama: Kunyit dan halia 1 inci setiap satu, atau lebih kurang 5 gram.
Bila kita buat minuman guna bahan segar macam ni, sebaiknya tak lebih 5 gram ya. Better be safe than sorry. Herba ni ada limit dan boleh bawa mudarat jika terlebih dos.
Oh ya, fiona guna halia bentong. Sebab tu rasa dia pedas tapi best sangat!
Kalau tanya air kunyit halia ni sama atau tidak dengan happy juice, jawapannya tidak. Langsung tak sama.
Happy juice tiada kunyit, dan fungsinya juga lain. Dia lebih kepada weight loss, turunkan tekanan darah tinggi, jaga kesihatan jantung dan saluran darah, kurangkan water retention
dan minuman ibu berpantang. Boleh diminum setiap hari.
Tujuan kita buat air kunyit ni pula untuk clearkan thick glue-like mucus dalam saluran pernafasan, paru-paru dan regenerate dead cells. Minum bila perlu saja. Dah sembuh, stop.
2. Madu asli 2 sudu besar.
Gunalah madu apa pun, asalkan asli dan bukan madu baru untuk bini kau. Larikkkk!
Oh ya, ni madu hutan sarawak yang pernah fiona jual tahun 2017 dulu. Bila simpan dalam peti, sikit pun tak rosak. Actually kalau 10 tahun pun takde masalah selagi tak crystallized.
Once dah crystallized, nak guna pun susah. Satu kerja pulak kena rendam botol dalam air panas sebelum guna. Tak koserrr es
3. Air suam panas 1 cawan atau
1/2.
Blend je semua dalam blender. Kemudian tuang dan minum.
Tadaaa! Dah ready to drink.
Ni portable blender Midea. Khas untuk buat smoothie atau jus. Mudah sebab dia bagi 2 tumbler bersama penutup di mana tumbler ni kita boleh attach dengan blade
dia.
Blend, close and go. Gitteww.
TAMBAHAN: Ada yang tanya perlu tapis tak. Okay ini fiona minum raw dari tumbler. Tak tapis sebab fiona suka mengunyah. Jadi serdak-serdak tu bila dikunyah layannnn habis okay. Ses
Tapi kalau kau tak tahan, takyahlah sibuk mengunyah jugak. Takut tersekat kat tekak, nayaaa. Atau jenis tekak kering tak berapa suka minum air kosong, tak pasal-pasal tercekik. Jadi tapis ya.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Berat mata memandang berat lagu bahu yang memikul. Kisah pasangan suami isteri ini cukup memilukan. Mungkin ini satu ujian buat mereka apabila diberi dugaan hebat apabila dikurnia anak syurga.
Aishah Mohd Saleh, 30, dan suami, Mohd Shahrul Hassan, 30, tidak pernah menjangka menempuh dugaan membabitkan kesihatan anak.
Ujar suri rumah ini lagi, mereka dikurniakan 4 orang anak. Nor Izzul Islam, 4, yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu dilahirkan normal. Manakala anak sulung, Nor Iman Shah dan anak bongsu, Nor Rahil Raihan disahkan menghidap hydrocephalus atau penyakit kepala besar akibat lebihan cecair dalam kepala sejak lahir.
“Waktu mengandung tiada sebarang perubahan dan rasa sakit. Hanya selepas doktor melakukan imbasan nampak penuh air di kepala. Waktu itu kandungan dalam lingkungan 19 minggu.
” Cuma sekarang doktor kata daripada anak pertama hingga k-2,dan k-4.. ada satu sindrom yang sama.. iaitu TRO L1 sindrome.. jenis sindrom ini ibu jari 2-2 lipat ke dalam dan ianya akan kena lebih pada anak lelaki.. kebetulan anak-anak saya semua lelaki.
“Mungkin ujian ini amat berat namun saya pasrah dan reda. Allah SWT tidak menguji hambanya di luar kemampuan. Anak kedua juga menghidap hydrocephalus dan meninggalkan kami selepas 42 hari dilahirkan.
“Tapi saya tidak patah semangat dan terus berusaha merawat dua lagi anak menghidap hydrocephalus,” kata Aishah yang bersyukur kerana Allah mengurniakan seorang anak yang normal.
“Anak kedua, Nor Raihan Shah meninggal dunia selepas 42 hari dilahirkan kerana penyakit sama. Saya bersyukur Nor Izzul Islam dilahirkan normal.
“Saya tidak pernah anggap anak istimewa ini beban tetapi kurniaan Allah SWT yang tidak ternilai dan sanggup menjaga mereka sehingga hujung nyawa,” katanya.
Dia yang menetap di Taman Ilham, Kluang, Johor berkata, Nor Rahil Raihan masih mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dan perlu menjalani pembedahan di kepala.
Aishah berkata, pembedahan itu bagaimanapun ditangguhkan kerana Nor Rahil Raihan mengalami komplikasi jangkitan kuman di kepala dan air kencing.
“Syukur kepala Nor Iman Shah tidak lagi membesar selepas menjalani pembedahan VP Shunt bagi mengelak cecair bertakung dalam saraf otak yang dikesan berlaku selepas berusia lima hari.
“Selepas pembedahan fizikalnya dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) terlantar kerana tidak boleh berjalan dan bercakap. Alhamdulillah, dia menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM350 sebulan bagi membeli susu dan lampin pakai buang.
“Saya juga hantar permohonan ke Baitulmal Kluang untuk pembiayaan kos rawatan Nor Rahil Raihan,” katanya.
Menurutnya, buat masa ini suaminya bercuti sakit selepas terbabit kemalangan jalan raya Jun lalu.
Katanya, dengan pendapatan suami hanya RM1,500 sebulan sebagai buruh, mereka tidak mampu membiayai kos rawatan dua beradik berkenaan termasuk perbelanjaan rawatan Nor Rahil Raihan di HSA.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkannya ke akaun Maybank milik Aishah, 151061655960.