Bagi yang mengikuti perkembangan mengenai kehilangan anak sulung Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, Emmeril Kahn Mumtadz , maklumat terkini dilaporkan telah ditemukan oleh pihak polis Switzerland pada Khamis (9 Jun) selepas 14 hari dilaporkan hilang ketika sedang berenang di Sungai Aare, Switzerland.
Jasad Emmeril atau lebih dikenali dengan panggilan Eril ditemui pada 6.05 pagi Rabu (waktu tempatan) di kawasan empangan Engehalde dalam keadaan tidak bernyawa dan terapung di permukaan air, lapor pihak berkuasa Switzerland.
Khabar duka ini juga dipaparkan di Instagram milik gabenor berkenaan. Kata-kata puitis indah untuk anak tersayang, buat yang membaca pasti mengalir air mata. Sesungguh kasih sayang seorang ayah tiada penghujung buat anak.
“Akhirnya Engkau memberikan kesempatan saya untuk kembali memeluk, membelai dan memandikan anak saya sesuai syariat Islam, juga mengadzankan dengan sempurna di telinganya persis seperti saat Eril lahir.”
dan MASYA ALLAH, Walau sudah lewat 14 hari, jasadnya masih utuh lengkap tidak kurang satu apapun, wajah rapih menengok ke kanan dan saya bersaksi, jasad Eril wangi seperti wangi daun eucalyptus.
Sungguh mukjizat kecil yang sangat kami syukuri.
Maha Besar Allah, atas ijinMu, selama 14 hari sungai Aare benar-benar melindungi dan mensucikan jasadnya dari marabahaya.
Hai Eril, saatnya kamu pulang ke tanah air, untuk menghaturkan terima kasih kepada jutaan yang mendoakanmu.
Manakala menerusi perkongsian di Instastory beliau menjelaskan secara ilmiah kenapa jasad anaknya tetap sempurna walaupun setelah 14 hari hilang di Sungai Aare, Switzerland.
Ada sesetengah wanita yang mengalami kegatalan luar biasa. Mereka tidak dapat menahan kesakitan dan kepedihan untuk menghilangkan kegatalan pada farajnya.
Disebabkan itu ada yang akan menggaru dan akhirnya melecet dan pedih. Disebabkan pedih yg amat ini,mereka tidak dapat nak berjalan dan akan membuatkan mereka stress. Apa kata cuba kaedah Rendaman Faraj bagi mengatasi masalah tersebut.
Selain itu, masalah keputihan yang teruk terutama bagi wanita berkahwin, anak dara juga boleh mencuba kaedah ini selain dapat membantu mewangikan faraj .
Rendaman faraj adalah amalan perbidanan melayu lama dan sampai sekarang, ia sangat digalakkan, seeloknya dibuat seminggu sekali.
Rupanya masih ramai yang tak tahu cara rendaman faraj dan cara membuatnya. Banyak manfaat untuk orang berpantang dan selepas haid sebenarnya. Cuma tinggal rajin dengan malas ja nak buat.
Khasiat rendaman faraj ialah sebagai antiseptik pada kawasan sulit wanita dan mengelakkan masalah sulit seperti faraj berbau, keputihan, merapikan, dan merapatkan dinding faraj juga mampu merawat buasir.
Bahan-bahan rendaman faraj ialah daun sireh, garam kasar dan asam keping yang direbus. Senang kan nak dapat bahan. Air rebusan ini diletakkan ke dalam besen dan rendam bahagian sulit sehingga paras pinggang.
Bahan-bahan
Daun sireh
Asam keping
Garam kasar
Cara Membuat:
1. Rebus ketiga-tiga bahan ini sehingga menggelegak. Sukatan air ikut kesesuaian. Yang penting bila berendam tu, air akan meliputi faraj.
2. Bila dah menggelegak, tuang dalam besen. Biar suam dulu. Then duduk dalam besen tersebut. Kalau miss v dah melecet akan rasa pedih sikit. Bertahan ya. Lama kelamaan pedih nya akan hilang dengan sendiri.lakukan selama 10-15minit sahaja .
Lakukan selama 3 hari berturut.masalah keputihan dan masalah bau faraj akan beransur hilang.
Air rebusan perlulah bersifat panas-panas yang hangat (jangan sampai melecur) dan bukan suam. Jika susah nak cari daun sireh boleh pakai sabun sireh suzyhoney, potong kecil dan direbus dengan bahan-bahan lain tadi. Yang duduk bandar memang susah.
Cara rendaman untuk anak dara :
– Setiap kali lepas haid hari ke 6, 7 & 8
Cara rendaman untuk wanita sudah berumahtangga :
– Setiap kali lepas haid hari ke 6-12 (7 hari berturut) – boleh campurkan 3 biji manjakani ke dalam air rebusan. – hari ke 30- 44 di dalam pantang.
Sebelum nak mandi tu bolehlah buat rendaman faraj. Wanita yang rajin amalkan rendaman faraj ini mampu mengatasi masalah miss V dan juga mengekalkan “keremajaan” kawasan intim. Kulitnya sukar menjadi hitam dan berkedut.
Nak buat rumahtangga bahagia bukannya mudah. Jika salah cakap atau bersikap tidak sepatutnya akan buat pasangan memendam rasa hingga mengakibatkan hubungan menjadi hambar.
Malah hingga nak terlalu sempurna hingga lupa untuk bertolak ansur dan sanggup membohongi pasangan tanpa fikir akan ada kesannya kelak dalam rumahtangga.
Sebagaimana perkongsian saudara Mohd Fhais menerusi coretannya mengenai sikap segelintir suami isteri. Menurutnya demi bahagia, sikap itu harus ‘dibuang’ agar hubungan kekal harmoni.
Buang 6 Sikap Ini.
Suami isteri kena buang 6 perkara ini agar rumahtangga kekal bahagia. Ya, ambil peduli hal ini, walaupun nampak biasa aje! Tetapi jika dibiarkan berlarutan jadi ‘barah dalam hubungan anda dan pasangan.
1 – Rasa Ego
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish )
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Tiada manusia yang sempurna, tapi tak sekali pun jadikan ketidaksempurnaan diri sebagai alasan.
Gelagat comel pasangan pengantin baru, Nur Suriati yang mengangkat suaminya, Muhammad Syamir ketika bergambar kenangan di pelamin sewaktu majlis persandingan mereka menarik perhatian ramai.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Muhammad Syamir berkata, dia dan isterinya berkenalan sejak Januari lalu selepas diperkenalkan seorang rakan.
Walaupun isterinya bersaiz comel namun ia bukan halangan untuk menolak cinta gadis itu dan disunting menjadi isterinya.
“Waktu beritahu nak kahwin dengannya, memang ada orang terdekat minta saya cari orang lain, tapi saya tak ambil pusing dan terimanya sebab dia comel,” katanya berkongsi.
Katanya dia tidak memandang penampilan luaran kerana ikhlas menjadikan Nur Suriati Abu Bakar, 27, sebagai suri hatinya.
Bahkan suami penyayang ini tidak pernah meminta isterinya menurunkan berat badan. Berkat restu dan doa keluarga, pasangan ini sah bergelar suami isteri selepas diijabkabulkan pada 25 Ogos lalu.
“Sebenarnya, saya memang minat dan lebih tertarik dengan wanita bertubuh besar. Isteri pula ada ciri wanita saya inginkan, jadi sejak awak lagi dia sudah buat saya jatuh cinta.
“Keluarga pun tak kisah dan serahkan bulat-bulat kepada saya untuk pilih pasangan, maka jadi tak ada masalah atau halangan.
“Isteri pun sama, terima saya seadanya dan saya tak pernah langsung minta dia kuruskan badan.
“Kalau badannya lebih besar pun saya okay saja kerana lagi seronok nak peluk. Paling penting bukan penampilan, tapi bagaimana dia jalankan tanggungjawabnya sebagai isteri,” katanya.
Bagi Suriati pula dia pada mulanya tidak menyangka bakal menempuh alam perkahwinan dek kerana perasaan rendah diri dengan saiz badan.
“Mulanya ingat suami main-main dan tak berapa yakin sehingga saya tanya adakah dia nak saya kuruskan badan.
“Suami jawab tidak, malah selepas berkenalan lebih rapat, saya sedar yang dia (suami) memang ikhlas.
“Dia pun cakap tak kisah, malah terima saja kalau saya nak makan apa pun.
“Ikutkan, saya tak sangka akan berkahwin, malah pernah cakap dengan emak yang saya tak nak kahwin kerana sedar diri. Tapi syukur, ada juga lelaki terima dan daripada awal perkahwinan sampai sekarang, suami tetap begitu.
“Saya pun tertarik dengannya kerana dia penyayang dan pandai ambil hati. Jadi berdoa semoga perkahwinan kami berbahagia sampai syurga kerana kalau boleh nak kahwin sekali saja,” katanya yang turut bekerja sebagai pembantu kedai makan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.