“Setiap hari ketika dalam tahanan saya berdoa agar segera dikembalikan kepada keluarga dan Alhamdulillah, doa saya dimakbulkan,” kata Rosnazirah Mohd Naim.
Setelah beberapa minggu jauh dari pangkuan keluarga akibat diculik, semalam Rosnazirah atau lebih dikenali sebagai Azi selamat diserahkan kepada keluarganya.
Ejen jualan kosmetik itu berkata, dia tidak mengingati secara jelas kronologi penculikannya, namun tahu ditempatkan di sebuah rumah seakan inap desa di sebuah perkampungan di Laos selepas menempuh perjalanan panjang dari Sungai Golok di Pengkalan Kubor, Tumpat.
“Ketika tiba di tebing Sungai Golok pada hari kejadian (diculik) untuk menaiki bot, ada beberapa saksi di sekitar tapi mungkin mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku atau tidak ingin masuk campur kerana takut.
“Sebaik menyeberangi Sungai Golok, saya dibawa menaiki kereta dan terus menuju ke destinasi yang tidak diketahui, tapi menempuh perjalanan yang lama sehinggalah tiba di sebuah rumah di Laos.
“Sepanjang ditahan, setiap hari saya menangis dan bertanya bila akan dikembalikan kerana saya difahamkan mereka tidak meminta wang tebusan, malah tidak tahu apa motifnya,” katanya.
Ads
Rosnazirah berkata demikian ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Che Abdullah Mat Nawi untuk bertanya khabar wanita itu, hari ini.
Menurutnya, sepanjang perjalanan dari Thailand untuk memasuki Laos, mereka menempuh banyak sekatan jalan raya dan hatinya berdoa agar ditahan di mana-mana lokasi tetapi tidak berlaku sehinggalah mereka tiba di destinasi.
Sepanjang ditahan, Rosnazirah berkata, dia menerima layanan baik daripada kumpulan individu yang menculiknya termasuk menjaga makan minumnya, namun dalam masa yang sama berasa bimbang jika diapa-apakan.
“Dalam hati, saya ada juga ingin menjerit meminta tolong, tapi mengenangkan ia mungkin sia-sia kerana kawasan sekitar adalah sawah padi dan tiada yang faham, saya hanya mampu berdoa sahaja,” katanya.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, setiap kali ditanya bila akan dihantar pulang, lelaki itu memberi jaminan akan berbuat demikian sambil memintanya bersabar selain memberi tempoh antara tiga minggu hingga sebulan kerana keadaan masih ‘panas’ disebabkan berita mengenai penculikannya tersebar luas.
Sehinggalah pada satu hari, seorang daripada penculik itu memberitahunya ‘you back home’ dan Rosnazirah bertanya ‘when?’ sebelum dijawab ‘today’ oleh lelaki berkenaan.
“Kami menaiki kereta menuju ke Bangkok dan ditahan oleh pihak imigresen (Thailand) sebelum anggotanya perasan wajah saya yang tersebar berhubung kes penculikan menyebabkan kami semua ditahan dan saya dibawa ke depot tahanan imigresen.
Ads
“Tidak lama kemudian saya dibawa ke Kedutaan Malaysia di Thailand dan selepas itu saya dapat berhubung dengan keluarga dan proses membawa pulang ke negara ini segera dibuat,” katanya.
Dalam masa yang sama, wanita itu mengakui masih berasa trauma dan meminta diberi masa secukupnya untuk bertenang sebelum dapat memberi penjelasan penuh mengenai kejadian pahit yang dialaminya itu.
Sumber : Hmetro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kegembiraan hanya sementara, kesedihan pula menerpa. Begitulah situasi yang dialami oleh graduan ini ekoran penemuan mayat ayah tercinta setelah hilang dilaut baru-baru ini. Khabaran duka itu, mengejutkan anak mudah ini bertapa, kasih sayang ayah hingga hujung nyawa. Mencari rezeki demi membesarkan dan memberikan pendidikan kepada anak tanpa menghiraukan bahaya mendatang. Sebak dengan perkongsian Faiz Mechi yang merakamkan momen berlatarbelakangkan pantai dengan memakai baju graduasi bersama arwah ayah dan ibu. Moga arwah ayah Faiz Mechi ditempatkan bersama orang beriman.
APRIL 2018 Dalam beratus-ratus gambar, gambar ini sangat istimewa bagi aku. Gambar sebuah keluarga pesara tentera/nelayan dan suri rumah bersama anaknya. Tiada berlatar belakang kan studio gambar, cuma berlatar belakang di tempat ayahku mencari rezeki untuk keluarga.
Terukir senyuman kedua ibu ayah ku ketika ini. Anak yang dibesarkan dari kecil hingga dewasa kini telah menamatkan pelajaran di universiti. Ayah dan ibu lagi bertambah gembira kerana aku telah mendapat pekerjaan tetap ketika ini. Sekarang aku dah boleh berdikari dan membalas jasa ibu ayah aku semula.
Namun ia hanya hasrat yang sementara. 28 November 2018, tersentak hatiku mendapat berita ayah hilang di lautan ketika mencari rezeki untuk keluarga.. Allah.. 2 hari aku menanti ayah, namun ayah tidak dijumpai oleh pasukan menyelamat. Berkat rezeki doa dan takdir Allah S.W.T., ayah timbul di permukaan jam 12.45 pagi setelah 2 hari misi pencarian. Allah takdirkan seorang nelayan untuk menjumpai ayahku di lautan. Ayah selamat dikebumikan pada waktu Asar, Hari Jumaat, 30 November 2018.
Terima kasih ayah sebab membesarkan Faiz sampai ke hari ini. Segala pesan dan ilmu yang ayah berikan Faiz tak akan lupakan. Faiz dan Salmi janji akan jaga ibu sampai bila-bila.
Saya Muhammad Faiz Bin Md Rasid, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam mencari ayah dan juga mendoakan arwah ayah saya. Maaf kepada semua pihak kerana saya tidak dapat reply semua ucapan di whatsapp dan sosial media namun saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga atas keperhatinan dari tuan2 dan puan2 sekalian. Segala jasa baik tuan2 dan Puan2 tidak dapat sy balas. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa baik tuan2 dan puan2.
Assalamualaikum
Al-Fatihah PW U 1 (B) Md Rasid Bin Md Jizan (1966-2018)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, semua orang diminta untuk tinggal di rumah dan elakkan diri daripada keluar kecuali hanya untuk membeli keperluan dapur sahaja.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh bosan, mahu keluar dan pelbagai lagi rungutan apabila Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun ketahuilah ini adalah salah satu kaedah untuk memastikan kita dan keluarga tidak terdedah pada wabak yang kian meruncing ini.
Duduk di rumah bersama keluarga, boleh cipta sendiri aktiviti bersama. Seperti ibu bernama Farhana Ibrahim guna cara yang cukup kreatif.
Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..
Sapa buat kerja, dapatla duit Jutaria. Pastu kumpui2, boleh la mai singgah kedai ummi. Tapi.. tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok. 😁✌🏻
Good idea!
Kredit: Farhana Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Realitinya anak perempuan dikatakan cukup rapat dan manja dengan ayahnya. Ke mana saja, pasti akan ikut sampaikan digelar ‘anak ayah’. Sebaliknya anak lelaki pula dengan ibunya.
Terbaharu menerusi Instagram Aafiyah, anak Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat berada di sebuah salon mencuci rambut ditemani ayahnya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K.
Dengan kapsyen ringkas mengatakan bertuahnya Aafiyah ditemani ayahnya ketika mencuci rambut di salon.
Kelihatan anak penyanyi kesayangan ramai itu dalam keadaan ceria semasa ayahnya di sisi.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dalam pada itu, turut di kongsi gambar yang memperlihatkan aksi Aafiyah manja disisi ayahnya. Pelukan erat dipangkuan membayangkan Aafiyah merupakan anak manja ayah. Maklumlah anak perempuan ni lazimnya akan manja dengan ayahnya.