Sesuatu nilai yang diajar di dalam keluarga oleh ibu dan ayah, tujuannya satu untuk mendidik bagaimana anak-anak harus memberi tindak balas kepada sesuatu keadaan.
Amalan itu juga akhirnya menjadi rutin harian dan pastinya juga setiap pesanan ibu dan ayah akan terus dipraktikkan dan dikenang walau hingga mereka sudah tiada lagi di dunia ini.
Kisah yang sama juga ingin dikongsikan di sini dan semoga turut menjadi tauladan dan contoh untuk sama-sama praktikkan dalam mendidik anak-anak hargai usaha ibu dan ayah.
Ini perkongsiannya.
Arwah mak pernah pesan…kalo abah bawak balik buah ke sayur ke dari kebun…perisi-perisi simpan..hargai penat dia p amik..alhamdulillah ceq ingat pesan tuh.
Ads
1) Petai tuh fresh abah amik pagi tadi kat kebun sebelom ceq balik ke kedah..nak bagi tahan boleh jerukkan(rebus-rebus then picit bagi keluar buah,tambah ayaq dan garam)..tak pun kalo nak kekal fresh kopek-kopek,perisi dan rendam dalam ayaq sejuk..setiap 3-4 hari tukaq ayaq…yang 5 papan saja tinggai esok nak bakaq.
Ads
2) moktan…tau dah pe’el selagi tak kupas dok kecut gitu la buah nih…kupas-kupas letak dalam fridge…makan sejuk-sejuk cenggini. Moktan belakang umah tengah merahhh.
3)pisang emas….cantik kulitnya abah..pisang ni abah amik awal then peram sebab kalo lambat sehari alamatnya mat-mat dadah dok amik le…abah kata kali ni ada rezeki..sebelum ni asal p je nak amik buah mesti je magic dah hilang.
Ads
4) Air limau kasturi…ceq suka asal balik ja amik 1 bakul..perah then letak dalam bekas..nak minum baru bancuh-bancuh…ala-ala pati limau kasturi gituh.
5) cempedak..hat ni yang leceh sebab bergetah..lumur tangan dengan minyak dulu sebelum perisi buah..buat coq cempedak sedapp goh.
Saja le gatai dok taip panjang-panjang sebab suka tengok fridge penuh dengan sayur-sayur dan buah-buah hasil tanaman abah..love u pak Hamid.
Bapa balut usus anak dengan karung plastik akibat kekangan kewangan yang memaksa persekolahan ditangguhkan bukanlah kisah yang mahu dibanggakan, sebaliknya realiti pahit yang terpaksa ditelan sebuah keluarga di Jerantut, Pahang.
Demi memastikan anaknya terus hidup dan terhindar daripada jangkitan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan risiko tinggi terhadap keselamatan dan kesihatan anaknya sendiri.
Kanak-kanak berkenaan, Mohd Adam Mat Noh, 7, mengalami komplikasi usus terkeluar sejak dilahirkan selepas dikesan organ dalamannya pendek dan tersumbat sehingga gagal membuang air besar secara normal. Keadaan ini menyebabkan Mohd Adam memerlukan rawatan berterusan serta penggunaan beg stoma bagi melindungi usus yang terkeluar.
Menurut bapanya, Mat Noh Mohamed, 57, Mohd Adam pernah menjalani pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan pada tahun 2022. Namun sebahagian usus terpaksa dikeluarkan dan anaknya masih memerlukan rawatan susulan untuk memasukkan semula usus yang terkeluar.
Katanya, sejak setahun lalu anaknya sepatutnya menggunakan beg stoma, namun kos peralatan perubatan tersebut yang tinggi menyebabkan beliau tidak mampu menyediakannya.
Dalam keadaan terdesak, bapa balut usus anak dengan karung plastik biasa sebagai langkah sementara demi mengelakkan jangkitan.
“Keadaan ini sangat berbahaya dan menyukarkan pergerakan anak. Disebabkan itu, saya terpaksa menangguhkan dahulu hasratnya untuk ke sekolah,” katanya dengan nada sebak.
Ketiadaan beg stoma bukan sahaja menjejaskan kesihatan Mohd Adam, malah memberi kesan besar terhadap perkembangan sosial dan pendidikannya.
Keadaan fizikalnya yang lemah serta berisiko mengalami pendarahan menyebabkan beliau terpaksa melupakan hasrat untuk memulakan persekolahan tahun ini seperti kanak-kanak lain seusianya.
Situasi ini pastinya berat buat seorang ayah yang mahu melihat anak membesar normal, belajar dan bermain seperti rakan sebaya, namun terikat dengan kekangan hidup yang serba terbatas.
Lebih menyedihkan, Mat Noh kini tidak mampu bekerja selepas terlibat dalam kemalangan motosikal tahun lalu yang mengakibatkan kecederaan saraf tulang belakang serta tulang paha kanan memendek.
Keadaan itu menyebabkan beliau berstatus orang kurang upaya (OKU) dan kehilangan sumber pendapatan tetap.
“Kekangan kewangan ini bukan sahaja menjejaskan Adam, malah anak sulung saya, Mohd Razak, 11, juga kerap tidak ke sekolah,” katanya yang kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Nasib keluarga ini mendapat perhatian kerajaan negeri apabila Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) Jerantut menziarahi kediaman mereka.
Pengerusinya, Norsarfinaz Mohd Azman, berkata Mohd Adam sepatutnya sudah memulakan persekolahan, namun keadaan fizikalnya yang lemah berisiko menyebabkan pendarahan jika tidak dirawat segera.
Beliau memaklumkan pihaknya akan membantu memastikan Mohd Adam mendapatkan rawatan sewajarnya agar kanak-kanak itu berpeluang kembali menjalani kehidupan normal serta dapat hadir ke sekolah.
Ziarah tersebut turut disertai Pegawai Kesihatan Daerah Jerantut, Dr Muhammad Syafiq Kunyahamu, bagi menilai tahap kesihatan Mohd Adam sebelum dirujuk untuk rawatan lanjut.
Prihatin dengan nasib keluarga ini, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, turut menghulurkan bantuan segera bagi membolehkan Mohd Adam mendapatkan rawatan pada tarikh baharu yang akan ditetapkan pihak hospital.
Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan bagi membantu kos rawatan dan keperluan perubatan Mohd Adam boleh menghubungi Pejabat Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar di talian 013-907 4157 (Zila Ismail).
Kisah bapa balut usus anak dengan karung plastik ini menjadi peringatan bahawa masih ada keluarga yang berjuang dalam senyap, melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup anak-anak mereka.
Keprihatinan dan sokongan masyarakat mampu menjadi sinar harapan buat keluarga yang sedang diuji dengan kekangan kewangan dan kesihatan ini.
Jarang muncul dikhalayak ramai menyebabkan ada peminat yang tidak mengetahui penyanyi bernama Adira ini sedang hamil anak kedua. Selepas kelahiran anak pertamanya, Adira lebih banyak mendiamkan diri dan menguruskan anak dan rumah tangga.
Namun, gambar yang dikongsikan di dalam laman instagramnya membuatkan peminat beranggapan penyanyi kelahiran Negeri Di Bawah Bayu ini sudah berisi.
Nyata, telahan tersebut benar bila mana Adira yang ditemui dalam satu majlis hari raya baru-baru ini mengakui sedang berbadan dua.
Ini merupakan anak kedua Adira dan kelapan bagi Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu.
“InsyaALLAH, Adira akan bersalin pada bulan September nanti. Kali ini anak lelaki. Kali ini juga saya tak mahu letak nama panjang-panjang sebab takut lupa.
Menurut Datuk Red lagi, kandungan ini merupakan anak keduanya bersama Adira.
“Kalau diikutkan anak yang dikandung Adira sekarang adalah nombor 8 dalam keliuarga kami.
“Saya memang sukakan anak-anak. Kalau boleh nak 20 orang anak. Bagi saya inilah rezeki sebenarnya. Tak boleh dibandingkan dengan duit.
“Anak tambah tak apa tapi isteri cukup dua. Dua ini sudah mencukupi hidup saya,” ujarnya lagi.
Sumber: Sinar Harian Online
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Kun Fayakun” (“Jadilah, maka jadilah…”). Begitulah jika Allah mengkehendaki, maka akan terjadi segala sesuatu.
Seperti juga kisah benar keluarga ini meluahkan rasa syukur apabila laungan azannya telah menyelamatkan kediamannya di Kampung Jawa, Ulu Langat daripada ditenggelami banjir pada minggu lepas.
Menerusi perkongsian Qathrunnada, mangsa banjir yang dikenali sebagai Faiz menceritakan detik tersebut, selepas melihat air mulai naik memasuki rumahnya.
Bersyukur dan menganggap kejadian tersebut sebagai kebesaran ALLAH SWT apabila air yang mengalir deras hanya melalui tepi rumahnya sedangkan kawasan lain ditenggelami air.
“Hujan turun sangat lebat. Pada awalnya rumahnya masih selamat sedangkan ketika itu ada rumah lain telah naik hingga paras pinggang.
“Kemudian air mula naik di kawasan belakang rumah, namun paras buku lali. Ketika ini beritahu pada ahli keluarga untuk selamat diri ke tempat tinggi merasakan kawasan ini akan banjir.
“Saya kembali semula ke rumah untuk melihat keadaan rumah. Arus sangat deras. Ketika ini air sudah hampir memasuki rumah.
Ketika ini, saya tergamam namun dengan izin Allah, saya Azan, saya mengadap kiblat. Azan sehingga habis. Saya dapati air langsung tidak masuk ke kawasan rumah. Air walaupun deras. Lalu sahaja.
Saya syukur pada Allah. Allah Maha Baik. Saya bersyukur dalam keadaan begini, susah senang dapat ingat Allah. Rezeki. Syukur pada Allah.
Saya berterima kasih kepada Allah. Rumah ini dalam keadaan selamat dan tidak dimasuki air. Jika nak dibandingkan dengan rumah sekeliling kawasan ini
Dalam pada itu katanya kejadian ini memberikan ikhtibar kepada kepadanya bahawa segala kesusahan yang menimpa sentiasa bersangka baik kepada Allah.
“Apa-apa pun kita akan kembali kepada Allah. Susah senang menderita pun bersangka baik dengan Allah. Allah tak akan zalimi hambanya. Semua terjadi asbab kepasa kebaikan itu
Amalan surah, zikir dan solat berjemah
Melihat kejadian ini tentu ada amalan yang menjadikan keluaga ini menjadi ‘pilihan’ untuk dijadikan pengajaran kepada orang lain.
Ditanya mengenai hal itu, dia dengan rendah diri memberi tahu bahawa mengamalkan beberapa surah iaitu Al-Mulk, Al-Waqiah, Ad-Duha dan berzikir.
“Saya amalkan suah al mulk, pagi Surah Al-Waqiah dan Ad-Duha. Bersembahyang bersama keluarga. Jika saya tak bekerja akan ajak isteri dan anak-anak untuk berdoa. Dan selalu berselawat. Zikir kepada Nabi Muhammad SAW, kekasih kepada Allah, tak akan tolak.”
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.