Tabiat Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub mendoa dan memaafkan semua musuh dan orang yang menyakitkan hati sebelum tidur dikongsi Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Sim Tze Tzin.
Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkata, hal tersebut membolehkan Timbalan Presiden Amanah itu mampu reda dan ceria dalam kehidupannya setiap hari.
“Itu ajaran bekas ‘boss’ saya Datuk Seri Salahuddin Ayub. Jasamu dikenang.
Ads
“Semoga ‘boss’ reda di sana. Al-Fatihah,” katanya menerusi ciapan di Twitter.
Ads
“Sim, kamu tahu kenapa saya redha dan ceria setiap hari?
Setiap malam, saya doa dan maafkan semua musuh saya dan orang yang menyakitkan hati saya… barulah saya tidur”
Ini ajaran bekas boss saya DS @MyDSA_official . Jasamu dikenang 😭
Terdahulu, Salahuddin meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah pada 9.23 malam Ahad setelah ditidurkan selepas menjalani pembedahan akibat pendarahan otak pada usia 61 tahun.
Ads
Salahuddin meninggalkan seorang balu, Datin Seri Fatimah Taha, dan enam orang anak.
Nak bina rumahtangga bahagia, ada caranya. Suami isteri kena saling melengkapi dan fahami antara satu sama lain. Perkongsian Ustaz Ebit Lew, boleh dijadikan panduan untuk suami isteri hidup bahagia melayari alam rumahtangga. Walaupun, sudah lama berkahwin, ilmu rumahtangga kena sentiasa digilap agar semakin hari semakin sayang. Jom semak.
Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.
Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.
Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya “ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut.. Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..
Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..
Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.
Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda,cantik,best,seronok…bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.
Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.
Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..
Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ramadan bakal menjelang beberapa hari lagi. Tentu para ibu bakal sedang menyiapkan menu ramadan. Tentu para ibu nak buat menu yang istimewa buat sesisi keluarga selera berbukanya.
Terbaru, melalui perkongsian viral oleh Nazia Suhaimi begitu kreatif apabila menunjukkan cara membuat nasi impit dengan mudah. Menurutnya petua yang diperolehinya daripada ibu mertuanya. Sungguh kreatif.
Suka tengok cara mak mertua saya buat nasi impit. Biasanya kita tengok orang rebus nasi dalam plastik kan? Cara mak saya, cara orang lama.
Yang ini, mak ajar 1 cawan beras : 3 cawan air. Masak macam biasa guna periuk nasi. Nanti nasi dah masak, plastik di alas minyak sikit (supaya nasi tak lekat).
Ambil nasi guna plastik kemudian dihimpit-himpit, ditekan-tekan nasi lembik-lembik panas-panas dalam tray sampai kejadiannya cantik macam ni.
Doa merupakan salah satu komunikasi istimewa yang menghubungkan antara kita dengan Sang Pencipta. Lazimnya setiap baris doa yang diucapkan, pastinya penuh dengan permohonan dan permintaan pada perkara yang membawa ke arah kebaikan sama ada untuk diri mahupun untuk keluarga tercinta.
Memahami lagi tentang doa ini, wanita ini kongsikan agar setap doa yang dipohon terkesan di hati dan seterusnya merasai nikmat doa yang termakbul. Jom semak.
Doa doa banyak kali tetapi rasa macam tak dimakbulkan. Siapa pernah rasa, dah berdoa banyak kali, doa yang sama dibaca lepas solat, tetapi macam doa itu tak ada apa apa. Macam sama jer.. Macam tak ada apa berlaku.
Lepas tu mulalah kita curious, sebab teringat “Sesiapa yang berdoa, nescaya aku akan makbulkan doanya”. Dah doa ni Allah…tapi kan… Rasa macam tak ada apa apa la ya Allah.
Pernah tak dengar pepatah ni…. “Doing a same thing over and over again, expecting a different results!”
Tanpa kita sedar.. Kita buat perkara yang sama… Berkali kali tapikan result tak berubah… Lepas tu kita salahkan perkara lain..bila orang tanya dah doa? Dah…hari hari aku doa.. Tapi kan….
Nak belajar tak buat sesuatu yang lain?
Dia gini…Rupa rupanya… Kita ni selalu sangat berada dalam mode meminta minta. Tanpa kita sedar.
Situasinya begini…
Seorang anak..merengek rengek nak itu nak ini… Sedangkan semua keperluan anak tadi sedaya upaya telah dipenuhi. Rasa dah cukup dah… Apa lagi tak kena ni… Dia minta lagi…minta lagi… Macam macam…
Selepas itu… Jika tak dapat, anak tadi akan buat perangai. Tantrum! Ada yang mengugut! Kalau tak bagi apa yang dia nak… Dia tak nak ikut arahan kita.
Ada satu lagi situasi.
Ada seorang anak ni… Suka datang kepada kita. Suka puji kita, suka ucapkan yang best best! Suka buat baik..apa yang kita bagi tak pernah dipertikaikan…sentiasa syukur… Mudah menguruskannya… Apa ada diambil..tak dapat tak merengek! Tak mengugut pula tu…
Agak agak kita sebagai orang yang mempunyai kuasa menguruskan ke dua dua situasi, situasi mana yang kita paling suka?
Macamana kita nak jadikan diri kita dalam situasi yang ke dua.
Kuncinya Allah dah bagi.
“Jika kamu bersyukur, nescaya aku akan tambah nikmat ku”
Kuncinya adalah kita kena jadi orang bersyukur. Sentiasa dalam mode bersyukur.
Sekarang ni… Kita kena tukar dari mode meminta minta kepada mode bersyukur. Kita nak jadi orang berbeza. Sebab sebelum ini, pattern kita berdoa sama jer.. Result tak berubah.
Kita kena jadi orang berbeza, baru result berubah
Persoalannya macamana nak jadi orang bersyukur?
Ini perlukan latihan.
Pertama.. Kita berhenti buat diri kita dalam mode meminta minta dengan berhenti meminta.
Ke dua.. Kita sebut kita bersyukur. Contoh kita bersyukur, cuba tahan nafas dalam seminit. Apa kita rasa… Rasa sedikit tercungap kan… Bila kita rasa tercungap tu bermaksud kita memang perlukan oksigen. Perlukan udara. Ya Allah..syukurnya…udara aku hirup ini percuma rupanya ya Allah. Kau tak caj pun satu jam kena bayar berapa. Tapi kan ya Allah..kalau aku parking kereta kat KL… Pernah ya Allah aku parking 4 jam RM25 ya Allah. Tengok pula orang yang perlu bawa tong oksigen ke sana sini… Ya Allah..syukurnya ya Allah… Aku bawa tong oksigen kalau aku diving jer Ya Allah.
Kita kena mulakan bersyukur dengan sekecil kecil nikmat.
Contoh doa bersyukur lepas solat.
“Ya Allah… Aku bersyukur Ya Allah.. Hari ni kau bagi aku peluang solat Zohor tepat waktu. Syukur sangat”
Doa tu sahaja.. Bangun…lipat telekung!
Serius.. Perasaan selepas cakap begitu sangat berbeza berbanding doa sebelum ini yang panjang lebar, meminta itu ini tetapi kita tak feel apa kita ucapkan.
Satu perasaan baru akan menyelinap masuk. Itulah ‘rasa’ syukur.
Nanti kita akan perasan, selepas kita berubah, satu persatu peluang yang best akan datang kepada kita.