Tak sangka, setiap tingkat flat ini dihias cantik bagaikan dekorasi dalam rumah. Difahamkan tingkat 3 paling cantik. Melihat keunikan flat ini, wargamaya terpesona dengan persekitaran sejuk mata memandang.
Hakikatnya tidak semua penghuni sanggup memastikan tingkat lif kelihatan cantik dan bersih. Ia memerlukan komited yang tinggi dan padu.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun unik sebuah rumah flat yang dihias cantik di bahagian tingkat lif. Menurut perkongsian puan Nani Ariffin , setiap tingkat dihias cantik namun yang paling cantik adalah tingkat 3.
Jom ikuti perkongsian video yang dipaparkan oleh wanita ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“Nak share rumah flat kami di Sungai Sering Ukay Indah Block A. Setiap tingkat lif ada buat deco-deco untuk cantikkan ruang lif.
“Setiap rumah bagi sumbangan duit. Tingkat 3 ni paling cantik saya rakam. Selamat terhibur.”
Anak-anak zaman sekarang banyak yang terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat terutama hal berkaitan hubungan seksual. Malah pada usia masih kecil bagi kanak-kanak sekolah rendah mereka telah mengetahui perkataan rogol dan maksiat.
Menurut penceramah yang dikenali Akhi Fairuz Al-Jengkawi pentingnya ibu bapa alert tentang permasalah ini agar tidak menjadi masalah tegar kalangan generasi muda.
Setiap kali saya menyampaikan ceramah dengan tajuk Remaja Hebat Jauhi Maksiat, pasti saya bertanya apa perkara pertama yang bermain dalam fikiran mereka saat mendengar perkataan maksiat.
Oleh sebab saat itu pelajarnya berusia 8 tahun, maka berebut-rebutlah mereka angkat tangan mahu menjawab soalan berkenaan. Ada yang jawab couple, judi, arak, vape, dadah dan rokok.
Namun semakin banyak jawapan diberi, semakin ekstrem jawapannya. Ingat, ni budak-budak darjah 2 ya. Maka, bila seorang menyebut gay, yang lain menyambung pula dengan lesbian.
Term kunyit dan serai yang merujuk kepada homoseksual juga disebut. Cabul! Jerit seorang budak. Sehinggalah seorang pelajar lelaki menyebut perkataan ini,
ROGOL!!!
Saya terus bertanya kepadanya, apa yang dia faham tentang perkataan berkenaan. Mula-mula mengelak nak jawab, tapi rakan-rakannya kata, “Alah kau ni, kau kan tahu, malu-malu pulak.” Maka anak ini terus menjawab,
“Rogol tu bila lelaki dengan perempuan…” Dia diam sekejap. Aku tanya beliau dengan menyebut lagi?
“Kemudian masuk bilik. Kunci pintu. Tanggal baju. Baring atas katil.”
Budak-budak lelaki menjerit oooooo. Budak-budak perempuan menjerit eeeeeee. Saya yang mendengar jawapan budak ini rasa sedih sangat. Nak menitis air mata saat itu.
Bagaimana mungkin anak yang senaif ini memperincikan hubungan seks antara lelaki dan perempuan. Hanya ada 3 sebab sahaja,
1. Kawan ajar 2. Pernah tengok porn 3. Pernah tengok mak bapak beromen depan mata.
Tuan puan, ini realiti anak-anak kita hari ini. Seawal tadika sudah terdedah dengan macam-macam kelucahan yang adakala berpunca dari sikap kurapnya perangai mak bapak dalam mendidik anak-anak.
Maka, teringat saya akan tulisan sahabat saya yang ini, Puan Zeeda Aziz. Walau beliau telah deactivated fb sejak tahun lepas, tapi tulisannya ini wajib dibaca oleh semua orang.
*******************
ROGOL DIANGGAP SEBAGAI PERMAINAN
Oleh kerana saya tidak boleh kongsikan video yang dirakam, disini saya sediakan transkrip supaya anda tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebuah sekolah rendah.
Ini adalah transkrip perbualan di antara Mama (ibu) dan Abang (anak/murid darjah 2) ?
Abang: “Dia tarik abang pergi tandas belakang. Tandas perempuan kat belakang. Dia ajak abang pergi main rogol-rogol.”
Mama: “Main rogol-rogol? Rogol yang macam mana?”
Abang: “Dia tarik abang! Dia kata jom la wey. Dia kata nak pergi kencing. Tapi abang kata abang nak basuh muka je. Dia kata jom la jom la.”
Mama: “Pastu?”
Abang: “Pastu abang marah la dia. Abang kata, nak bagitau mak, abang kata macam tu.”
Mama: “Siapa lagi yang buat macam tu? Dia ada buat kat siapa lagi?”
Abang: “Dia buat kat abang je la.Tapi ada kawan abang nama A, dia ajak orang lain main rogol-rogol.
Ada budak lelaki ni dia suruh baring. Darjah dua juga. Dia rogol kawan abang. Dua-dua ni satu kelas dengan abang.”
Mama: “Esok mama jumpa cikgu awak.”
Abang: “Tak payah!!! Abang dah bagitau cikgu, cikgu diam je! Tak pukul pun dia.
Abang dah bagitau Cikgu E,… macam-macam cikgulah! Ustaz M, dah bagitau Cikgu N Sains, lepas tu bagitau Cikgu F. Cikgu F lempang dia kuat2 haritu!
Mama tolong pergi sekolah jumpa budak tu.”
Mama: “Esok mama pergi jumpa budak tu.”
Nah tuan puan. Budak darjah dua sekarang ni tidak lagi main aci ligan atau baling kasut macam kita dulu. Mereka sudah advance. Permainan mereka, rogol-rogol di tandas.
Mujurlah puan ini dah didik anaknya untuk mengenali apa yang salah, dan apa yang betul. Dari riak muka anak ni, dia betul-betul marah dengan ajakan kawannya.
Tahniah mama kerana berjaya mendidik abang dengan baik. Dia tahu melindungi diri dia dari gangguan seksual.
Cuba bayangkan jika si anak ni tak pernah diajar maksud rogol. Kawan ajak main, mau je mengikut tu.
Mereka baru darjah dua ni tuan puan. Umur 8 tahun dah mula cuba lakukan hubungan kelamin melalui apa yang mereka lihat melalui internet. Manalah mereka tahu itu salah kalau kita sendiri malu nak mengajar.
Beginilah. Kalau malu nak ajar, marilah saya terangkan kepada mereka. Siap dengan akta lagi supaya mereka tahu main rogol-rogol tu boleh dipenjarakan 20 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan.
Kenapa kita boleh ajar anak kita cara melintas jalan yang betul dan selamat. Tengok kanan tengok kiri tengok kanan lagi. Tetapi apabila ianya melibatkan maruah, masa depan dan keselamatan mereka, ancaman jenayah seksual tu dipandang ringan sahaja.
Sekiranya anda berhadapan dengan situasi begini, saya nasihatkan anda untuk membuat laporan bertulis di pejabat sekolah. Kemudian cuba berbincang dengan guru disiplin, HEM, kaunselor dan guru besar. Minta pihak sekolah terangkan cara bagaimana mereka mengendalikan kes-kes begini.
Para guru janganlah diam sahaja. Ini perkara serius. Maruah kita ada pada anak-anak ini. Bayangkanlah sekiranya mereka melampaui batas, melakukan kerja terkutuk dan ditangkap. Nama sekolah akan terpalit busuk sama.
Tugas saya media sosial ini adalah sekadar mengingatkan dari semasa ke semasa tentang bahaya pedofil dan serangan seksual terhadap kanak-kanak. Tugas kalian sebagai guru adalah untuk sentiasa bersedia mengesan kelakuan yang tidak bermoral yang berlaku di kawasan sekolah.
Tugas ibubapa pula ialah mengajar anak-anak tentang jenis jenayah yang ada di Malaysia termasuklah jenayah seksual kanak-kanak. Dengan ilmu, mereka mampu menjaga diri mereka dengan baik, walaupun kita tiada bersama mereka.
Kalau kamu rasa yang anak kamu tak akan ada masalah, mohon fikir semula. Pengaruh rakan sebaya lebih kuat tarikannya berbanding ibubapa. Ajarlah anak kamu ilmu yang penting ini sebelum mereka diajar oleh orang lain yang berniat jahat.
**************
ANAK ZAMAN TAK SAMA DENGAN ZAMAN DAHULU
Terima kasih Kak Zeeda. Walau hanya aktif di instagram, penulisan yang lama tetap bermanfaat sampai sekarang.
Buat mak ayah yang baca post ni, terimalah realiti yang zaman anak kita hari ni tak sama langsung dengan kita dahulu.
Ada je yang cakap, advance nya budak zaman sekarang. Namun saya nak betulkan pemahaman yang ini.
Mereka bukan advance, tapi mangsa kepada kenaifan memahami cause and effect dari semua ini.
Yalah, ‘guru’ pertama yang mendidik anak tentang seks kan kawan-kawannya. Tak pun, ‘cikgu’nya yang bernama handphone.
Mak ayah tak payah susah-susah. Teruskan hidup macam biasa ya. Kalau emak-emak kemain concern pada anak pun, bukan suami awak nak ambil port. Dia kan busy setiap hari dengan isu politik. Tak pun, sibuk main games.
Nak tag suami dalam post ni? Jangan haraplah dia nak baca penulisan panjang gini. Hanya pandai komen, lukis boleh tak?
Harap suami awak bukan lelaki sebegitu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anda selalu alami masalah sakit kat tekak? Macam mana nak kurangkan sakit ni sebelum berjumpa doktor? Jom cuba langkah ini dulu.
5 Cara Hilangkan Sakit Tekak
1. Kumur air garam. Ambil sedikit garam, campur dengan segelas air suam. Kajian Randomised controlled trial RCT yang saya jalankan sendiri menggunakan sodium chloride 3.0% (air garam) mampu mengurangkan simptom sakit tekak akibat jangkitan ‘non-bacterial pharyngitis’ pada tekak. Kajian ini telah diterbitkan pada tahun 2019.
2. Makan aiskrim. Kenapa aiskrim dapat kurangkan sakit tekak? ‘Soothing effect’ dan agen penyejuk pada aiskrim dapat legakan perit pada tekak.
3. Lozenges. Ini pun boleh dilakukan. Anda boleh dapatkan di farmasi terdekat. Ia dapat mengurangkan rasa sakit pada tekak.
4. Gargle. Ubat kumur seperti listerine, thymol dan difflam boleh digunakan untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Biasanya saya akan nasihatkan pesakit untuk menggunakan sebelum dan selepas makan.
5. Ubat. Antibiotik akan diberi selepas pemeriksaan doktor mendapati ada tanda jangkitan bakteria. Memandangkan kebanyakan masalah sakit tekak adalah akibat jangkitan virus, penggunaan antibiotik sebenarnya jarang dilakukan.
Semoga info kali ini berguna untuk kalian. Jemput #share dan #kongsi kepada orang yang anda sayang.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
A terrible two! Istilah ini selalu kita nampak dalam mempelajari ilmu parenting. Pada usia anak dua tahun, anak sudah mula meneroka pelbagai perkara di sekelilingnya.
Paling ketara kata Penulis Keibubapaan, Mohd Fhais Salim, anak pada usia dua tahun mempunyai pemikiran dan tingkah laku yang berubah-ubah.
Jangan biarkan sebaliknya pandu arah anak kecil kita dengan rutin harian yang sama. Ikuti perkongsiannya.
Anak 2-3 tahun kejap senang mandi, kejap susah nak mandi, kejap kuat makan, kejap susah makan.. alert!
Ini punca rutin yang tak konsisten.
1. Budak kecil usia ni mereka dalam fasa instinctive behaviour. Bukan di rancang tapi semua terjadi secara spotan.
2. Oleh itu jadual & konsistensi rutin setiap hari memainkan peranan besar kepada mood anak.
3. Kalau biasa tidur jam 9, tiba tiba tidur lambat sikit atau tidur tak dapat bawah ketiak ibu, boleh kacau mood dia esok harinya.
4. Waktu makan, tempat makan & situasi makan yang berubah ubah juga boleh efek mood anak.
5. Jadinya dengan anak-anak kecil ni penting untuk kita stick pada jadual yang konsisten setiap hari, baru tenang tenang sahaja.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.