‘Settle Down’ Ketika Usia 45 Tahun, Lelaki Ini Kongsi Cara Dibuat Sejak Dulu. Ada Yang Ikut Cara Orang Lama!

Share

Siapa je yang tak nak hidup senang bebas hutang dan punyai simpanan mencukupi untuk hari tua kan? Malah, bukan sahaja dapat menenangkan diri tanpa sebarang beban, boleh ‘settle down’ awal meniti kehidupan di rumah idaman sendiri bersama yang tersayang. Semestinya itu adalah impian semua orang!

Yang mana berazam begini, boleh ikut tip yang digunakan oleh saudara Faizal Rahmat untuk perancangan masa hadapan. Yang mana bersesuaian dengan kita, apa salahnya kita jadikan inspirasi demi masa depan yang lebih baik, kan? Jom ikuti perkongsiannya..

Ramai kawan-kawan bertanya, macamana kami plan “settle down” masa usia 45 tahun.
Aku kongsikan sedikit cara yang kami lakukan masa muda belia remaja dahulu, khasnya untuk anak muda yang ada perancangan untuk settle down pada usia awal usia 40an – 50an. Ini cara kamilah, kami pun ikut orang lama khasnya dari emakabah aku yang lebih banyak makan gula asam garam kat dunia ini..🙂

# MILIKI ‘RUMAH BIASA’ TIKA MUDA – Biasanya rumah pertama bukanlah rumah impian. Ianya hanya sekadar untuk kita bina hidup baru.
Rumah pertama aku beli tika usia 27 tahun, tahun 2005, rumah teres 2 tingkat berharga RM95K di Rawang.

# MILIKI KERETA BIASA – Jiwa muda, kalau boleh kita nak kereta spotkan. Barulah exec namanya. Takkan bawak kereta kanch jer, apa barang…😉
Kereta pertama aku beli 3 bulan sebelum nak kahwin. Kereta wira aeroback tahun 2001. Down payment tong-tong dengan tunang. Hingga kini, kereta wira ni pun masih setia bersama…😉

# BELAJAR BUAT SIMPANAN – Berapa banyak pun gaji kita, belajalah buat simpanan. Berapa banyak simpanan bergantung pada cara hidup kita.
Masa bujang, aku berjaya simpan lebih 50% dari gaji iaitu RM1K sebulan masuk dalam tabung haji. Sebab masa tu target nak kahwin, kena tunjuk ada duit kat mak, baru dia nak masuk meminang anak orang…😉

# BELAJAR BUAT PELABURAN – Jika dah pandai buat simpanan, upgrade diri untuk belajar buat pelaburan. Macam-macam jenis pelaburan boleh kita buat. Jangan joint skim cepat kaya sudah…🙂

Dulu masa bujang, aku jadi tukang pergi bayar duit ASB financing yang abah buat. Dari situ aku belajar sesuatu pasal ASB. Jadinya aku pun buat ASB financing RM200K masa kerja di UIA. Tapi buat tak lama, sebab takda ilmu..🙂

# SIMPANAN & PELABURAN EMAS – Kesedaran simpanan dan pelaburan emas aku lambat sikit. Baru tersedar masa PKP yang lepas.

Masa zaman kemelesetan hidup tahun 2014, rantai emas isterilah yang aku gadai di Ar-Rahnu untuk kelangsungan hidup. Seingat aku masa beli dulu tahun 2002 hanya RM1.5K. Tapi masa pi Ar-rahnu nilainya dah RM4K. Tahu dulu bagi yang mahai lagi…😉

# PELABURAN HARTANAH – Jangan rasa puas untuk miliki satu unit hartanah sahaja. Sebaiknya, milikilah lebih. Satu untuk diami, satu untuk pelaburan dan disewakan.
Rumah kedua aku beli unit corner lot di Rawang. Asalnya kami sewa untuk taska yang diusahakan isteri. Tapi bila dapat tawaran beli, aku pun rembat. Masa tu harga tawaran RM165K sahaja (harga SPA lama) Itupun rasa mahal giler. Nasib kerja UIA, ada skim untuk staff loan. Bolehlah rembat dan kena tolak gaji selaluh…🙂

# PILIH LOKASI SETTLE DOWN – Antara keputusan besar dalam hidup yang perlu kita buat. Perlukan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan khasnya pasangan dan anak beranak. Mungkin pasangan ok, tapi anak tak berminat! Mungkin anak ok, tapi pasangan tak ok!

So, sebelum kata putus dibuat, kami berbincang pros & cons lokasi yang kami pilih. Sebelum pilih settle down di Anjung Gapam ni, sebenarnya kami dah survey beberapa alternatif lain jugak. Kluang, Batu Pahat, Muar, Negeri Sembilan dan akhirnya Melaka jadi pilihan. Orang kata Melaka ni memang negeri orang pencen, betul kot keputusan kami..🙂

# PERSEDIAAN SEBELUM SETTLE DOWN – Hidup kita akan rasa tenang jika kita bebas dari hutang – komitmen bulanan. Jadi persediaan awal kami adalah untuk melangsaikan hutang-hutang keliling pinggang. Walaupun belum selesai semuanya, tapi perlu ada perancangan kearah itu. Barulah tenang!

# PERIHAL KESIHATAN – Sejak muda remaja aku dah ambik skim takaful. Isteri dan anak anak juga buat persediaan. Dulu rasa macam rugi jer bayar, tapi tak dapat apa-apa. Tapi percayalah, jika ada lebihan, ambiklah takaful kawan-kawan. Lebih-lebih lagi kita yang bekerja sendiri ini. Ingat 5 perkara, sebelum datang 5 perkara. Salah satunya pasal kesihatan..🙂

# INCOME & PASIVE INCOME – Bila plan nak settle down, kena fikir juga pasal pendapatan keluarga. Macam kami ni takda KWSP & pencen, memang kena lebih berhati-hati. Walaupun komitmen bank dah tak banyak, tapi tetap kena soru. Dengan kenaikan kos sara hidup, hidup tetap kena teruskan. Banyak mulut nganga lagi ni dalam rumah.
So, aku masih aktif buat REN di Melaka dan Lembah Klang. Cumanya takdalah seagresif muda-muda dahulu. Sekarang lebih fokus nak bantu team & anak buah buat sales. Moga sedikit ilmu yang bermanfaat akan menjadi sebab kebahagiaan kita hidup didunia dan akhirat nanti…🙂

Oklah, sebenarnya banyak lagi nak tulis ni. Tapi dah pukul 930 pagi, nak pi bersiap masuk office, office kat dalam rumah jer. Moga bermanfaat geng. Kita hanya mampu merancang, tapi perancangan Allah yang terbaik untuk kita semua…

Abang Ngah
Bemban, Melaka

Sumber : Faizal Rahmat

Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, KELGST5 di sini

 

IKLAN