
Tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok apabila pasangan penyanyi, Ernie Zakri dan Syamel menyanyi sambal menjaga anak mereka, Nur Khawla Soleha.

Persembahan nyanyian itu dilakukan Ketika sambutan majlis hari jadi Ernie yang ke – 31 tahun.
Melalui video tersebut, mereka berdua menyuruh Khawla untuk turut menari bersama bagi menghiburkan lagi suasana dan menikmati persembahan tersebut.
@ntshleeya Cute je tiga2❤️😍#erniezakri #syamel #fyp #fyp #fypシ #birthday ♬ original sound – ntshleeya
Gelagat lucu Khawla yang menari tepuk tangan ketika ibu dan bapanya sedang menyanyi menarik perhatian penonton yang hadir dan juga warganet di laman sosial.
“Majlis PIBG kat sekolah nanti jemput mak ayah jelah nyanyi.
“Si kecil ni seronok menari.
“Mak yang terlebih excited,” komen netizen.
Ada juga pengguna TikTok yang lain komen mengatakan bahawa mereka bertiga boeh membuat kumpulan trio.
“Lepasni dah boleh keluar single trio.
“Dah jadi berkumpulan ek sekarang,” ulas netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Ernie dan Syamel telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Khawla Soleha.
Sumber: TikTok ntshleeya
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tak Selesa Guna Cairan Pembersih Lantai Komersial. Hasilkan Sendiri Seperti Mana Wanita Ni Lakukan.

Cairan pencuci lantai adalah antara bahan-bahan pencuci yang pasti ada di setiap rumah. Apatah lagi jika lantai kediaman dibina daripada jubin mozek, marmar dan sebagainya. Jika tidak dimop dengan bahan pencuci tentu sahaja terlihat kusam dan tidak selesa untuk dipijak.
Semua sedia maklum juga, bahawa cecair pencuci lantai ini begitu mudah didapati dipasaran dengan pelbagai aroma dan jenama. Ini secara tidak langsung memberi alternatif buat kita sebagai pengguna mencari dan membandingkan yang terbaik untuk keluarga.
Namun berbeza dengan Ummu Uwais Azizah ini yang pernah rasa tidak selesa setiap kali menggunakan bahan pencuci yang sedia ada dipasaran. Dan ini membuatkan dirinya beralih untuk menggunakan bahan-bahan yang bersifat natural dan bebas kimia.
Nak tahu apa kisahnya lagi, jom semak perkongsian ini.
Sejak bertukar secara sikit-sikit kepada produk natural ni memang jarang guna pencuci lantai. Biasa guna sabun yang ada atau tanpa sabun.
Mop lantai pun guna air je. Ada beli pencuci lantai mozek tu, keluaran Muslim. Tapi itulah produk bumiputera pun kena tengok ‘ingredients’ ya. Dah bertahun2 beli tapi tak habis2 sebab jarang guna. Pernah sesekali guna untuk cuci lantai bilik air, sekali bau dia buatkan terbatuk dan rasa sesak nafas.
Apatah sejak ada anak yang mula masuk fasa meniarap menyusur ni. Mula buat kerja sapuan atas lantai, pastilah seboleh mungkin elakkan penggunaan pencuci komersial yang berisiko menyebabkan alahan.
Aha, dah lama tak buat pencuci homemade ini. Mudah sangat guna dua bahan sahaja. Yang pasti wangi Oren tu macam EO Oren dah. Aroma Oren / lemon ni boleh release stress tau.
Dan apa bila ditanya bagaimana timbul idea untuk menghasilkan bahan pencuci lantai tersebut, ini jawabnya.
“Sebenar saya pernah baca orang share kebaikan soda bikarbonat dalam kepelbagaian guna untuk cucian dan pembersihan. Baik untuk kulit, sayuran, makanan, dan peralatan. Then Ada kawan juga kongsikan idea rendaman buahan citrus ni guna cuka. Saya pernah buat dan tahu idea ni sejak 3 tahun lepas. Kira idea ni banyak dikongsikan daripada web luar negara.”
Bahan-bahan :

Cuka tiruan
kulit oren/ lemon.
Cara penyediaan :
- Gunting kulit oren/lemon jadi kecil
- Tambah cuka tiruan sampai penuh / menutupi semua kulit oren/lemon
Tutup. - Peram selama seminggu dua.
- Dah boleh guna.
Cara Penggunaan :
Untuk cuci ‘table top’ dapur

Lembapkan kain dengan air, tambah sedikit larutan cuka citrus ni.
Boleh buat sapuan di dapur tanpa bilas.
Jika nak jadikan pencuci lebih berkesan terutama kesan minyak, campurkan larutan cuka citrus ini dengan sesudu dua soda bikarbonat. Tapi yang ini kena bilas semula dengan air.


Untuk Lantai
Lembapkan mop atau apa-apa kain untuk lap lantai. Tambah sedikit larutan citrus ini. Wangi je bau lantai nanti. Oren segar. (Tak perlu tambah soda dan tak perlu bilas kecuali lantai terlalu Kotor boleh tambah soda bikarbonat)
Berapa lama tahan?
Selagi kulit oren terendam penuh atau tak terdedah udara, tahan lama sebulan atau mungkin lebih.
Ekstra Info :
Jika dah ambil cuka rendaman kulit oren tersebut, boleh tambah cuka baru hingga penuh menutupi kulit oren.
Kulit Oren yang tidak terendam penuh akan berkulat dan berbau tak wangi.
sumber : Ummu Uwais Azizah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Tahun Ke-6 Lebih Menarik & Istimewa. Tidak Boleh Jangka Masa Depan, Doakan Untuk Keluarga Kecil Kita,” Ucapan Diana Danielle Untuk Suami!

Biarpun dihambat kontroversi sebelum ini, namun kasih sayang antara mereka tetap utuh. Gelora yang melanda sudah kembali tenang dan pasangan sama cantik sama padan ini melayari rumah tangga dengan penuh bahagia dan cinta antara mereka juga semakin kuat.
Lebih-lebih lagi mereka baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan ke 6 baru-baru ini. Melepasi fasa pertama dalam alam perkahwinan, akui Datin Diana Danielle, tahun ini cukup istimewa buatnya dan suami, Datuk Farid Kamil.

“Biarpun cinta kami bermula dengan pelbagai dugaan namun hubungan itu kini sudah memasuki usia 11 tahun. Ini adalah ulang tahun perkahwinan yang keenam. Untuk tahun keenam ini sangat istimewa. Ia merupakan salah satu tahun kami yang menarik.
“Kami berada di paras yang paling lemah dan mengejutkan, kami mendapat lebih cinta daripada yang saya boleh tahan dengan hati dan tangan saya.
“Kami tidak lagi memerlukan banyak perkataan, hanya melihat, sentuhan, ekspresi, dan itu sudah membuatkan anda faham apa yang diperlukan.
Diana dan Farid berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.
Dalam pada itu, pelakon filem Gol & Gincu 2 ini juga memberitahu dia hanya mampu berdoa perkahwinan serta hubungan kekal seperti mana mereka dan anak-anak inginkan.
Dalam pada itu, Diana Turut bergurau mengatakan mereka berdua perlu belajar dan berlatih untuk mengambil gambar sebagai pasangan supaya tidak lagi kelihatan kekok di hadapan umum.
“Saya selalu berkata, saya tidak boleh menjangka masa depan, saya hanya boleh berdoa ia berjaya seperti mana kita mahukan dan macam mana anak-anak kita mahukan, untuk keluarga kecil kita.
“Saya juga berharap yang kita boleh berlatih untuk gambar kita sebagai pasangan kerana kita sentiasa lakukan… secara kekok untuk tonjolkan kasih sayang depan orang ramai. Saya sayang awak @faridkamilz,” ujarnya.
View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Dalam perkongsian lain, Diana turut bergurau mengatakan kedua-dua anaknya sudah bertanyakan tentang baby ke 3.

View this post on InstagramA post shared by Diana Danielle (@dianadanielleb) on
Dalam masa yang sama, pengikut kedua-dua pelakon ini mendoakan kebahagian mereka supaya kekal berpanjangan.
jur_ibrahim Semoga menjadi keluarga yg sakinah mawaddah warrahmah.. Aamiin ya rabbal’alamin..
farafarrafarrah May Allah grant endless happiness to u & Farid..
nurafeefafauzi fav couple since forever ?? moga kekal bahagia hingga ke syurga. amin!!!
amnialiesya Semoga kekal abadi hingga akhir hayat dan hindarkan serta abaikan gosip liar jika diri sendiri tidak melihat.. sesungguhnya kamu berdua telah diberi nikmat oleh Allah SWT.. amin….
iestatiptra Happy anniversary @faridkamilz & @dianadanielleb – semoga dipanjangkan jodoh & gembira selalu. Always a very friendly couple to my wife and me – we truly appreciate it.
far0001 Stay inlove everyday and everyday is new day? u’r perfect couple wt lovely kids kept ur marriage last forever? happy annivesary to both of u?
Sumber: IG dianadanielleb
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tip Kawal Anak Suka Online. Awas, Guna 5 Cara Ini Jika Tidak Mahu Mereka Jadi Mangsa Pedofilia.

Sebelum ini, dunia digemparkan dengan berita pesalah pedofilia, Richard Huckle, seorang warganegara Britain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh sebuah mahkamah di London selepas didapati bersalah terhadap 71 pertuduhan berkaitan penderaan seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.
Memandangkan golongan pedofilia sering mencari mangsa-mangsa mereka melalui ruang siber dan anak-anak kita sejak kecil lagi didedahkan dengan aktiviti alam maya adalah penting untuk kita menyedarkan mereka tentang bahaya ini.
Lebih daripada itu ibu bapa sendiri perlu bertindak melindungi mereka daripada anasir negatif alam siber dengan langkah berikut.
1. Jika anak mengadu ada orang cuba mendekatinya di atas talian, segera catat seberapa banyak maklumat termasuklah nama skrin atau alamat e-mel individu yang menghubungi anak anda. Catatkan URL chat room berkaitan dan catatkan tarikh serta masa individu berkenaan menghubungi anak anda. Kemudian, segera laporkan kejadian itu kepada polis atau CMCF.
2. Alihkan komputer ke ruang keluarga dan jangan diletakkan di dalam bilik mereka. Jangan biarkan anak melayari Internet atau peranti mudah alih tanpa pengawasan. Awasi dengan menetapkan kod akses untuk wifi.
3. Beritahu anak tentang bahaya yang boleh berlaku di atas talian seperti penipuan, ancaman, ugutan, cacian dan penganiayaan seksual. Pastikan mereka sedar tentang kewujudan bahaya berkenaan dan tempat di mana mereka boleh membuat aduan atau laporan bagi menangani jenayah Internet.
4. Sentiasa ingatkan anak supaya Internet dan laman sosial memang menarik, tetapi hati-hati dengan apa yang mereka tulis dan muat naik ketika atas talian. Ia mungkin memberi kesan buruk pada diri sendiri.
5. Wajibkan anak menjadikan anda sebagai rakan di laman sosial supaya anda mudah mengawasi aktiviti mereka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

