Kesungguhan seorang ibu bila mana jadual hariannya begitu padat dan demi memastikan keluarganya dapat menikmati hidangan yang dimasak olehnya sepanjang Ramadan, 29 jenis lauk pauk telah siap dimasak. Cukup luar biasa!
Bahkan ini bukan perkara baru dilakukannya, sejak dahulu lagi dan tidak hairanlah juga bila keluarga ini tidak pergi ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa.
Jom ikuti perkongsian menarik daripadanya dan bolehlah dijadikan inspirasi buat ibu-ibu yang lainnya.
Saya dah siap sedia untuk sebulan ramadhan bab2 makan…korang dah ke? 29 lauk + 3 sate ayam..yang atas tu buat minggu lepas.. yang bawah buat semalam.
Ads
Sambal pun dah siap dua balang.. sambal kicap nanti nak makan perah limau kasturi je..
sambal hitam yang dalam bekas kecik tu nanti masa nak makan letak atas nasik yang tengah ‘keep warm’..
Ads
Sambal hitam mak buat.. tak berapa hitam sangat sebab mak guna belimbing fresh rebus sendiri. Timekasih mak hantar sambal untuk perantau huhuh
Nanti balik kerja masak sayur dan telor dadar.. panaskan lauk ni je. 15 minit je masa diperuntukkan untuk duduk di dapur nanti.
life saya sangat sibuk.. yang ada dalam contact whatsapp saya tiap-tiap hari boleh nampak saya tidor 3-4jam je sehari…
– 8am-5pm fulltime dekat ofis
– part time student
– part time baker
– part time online seller
Ads
Ini lah cara saya menjaga bab-bab makan untuk suami dan anak-anak yang langsung tak cerewet.. dah bertahun-tahun tak pernah jejak kaki ke bazar ramadhan.. makan luar jarang sekali
Apa-apa pun syukur pada Allah suami sangat memahami isteri dia yang bz macam YB dan malam-malam macam zombie tak tau mana siang mana malam dah..hihi
Keperluan baja pada tanaman umpama vitamin yang perlu diberi secara berjadual agar pokok yng ditanam di keliling rumah hidup dengan sihat dan mengeluarkan hasil yang banyak untuk dituai.
Andai perlu dibeli baja yang sedia ada, tentu sahaja perlu diperuntukkan wang dengan nilai tertentu.
Pun begitu, jika ada cara yang jauh lebih menjimatkan kenapa tidak hasilkan sendiri baja dari ikan seperti mana yang dikongsikan oleh Azuan Abdullah.
“CARA PALING MUDAH DAN MURAH BUAT BAJA IKAN SENDIRI DI RUMAH”
Fish Amino Asid (FAA) @ baja ikan ni banyak digunakan sebagai foliar untuk suburkan pokok. Boleh dikatakan semua sop tanaman saya akan ada FAA.
Hanya 2 bahan sahaja diperlukan iaitu ikan dan gula merah. Cara buatnya pun sangat mudah. Aqeel yang darjah satu pun pandai buat.
Baik, ini cara-cara nak buatnya.
PERALATAN
1. Pisau : 1 unit
2. Bekas dengan kapasiti 10 liter : 1 unit . Eloknya bahagian atas dan bahagian bawah bekas adalah sama saiz.
3. Kertas (tiada karbon)
4. Tali
5. Penapis : 1 unit
BAHAN-BAHAN
1. Ikan : 1 Kg
2. Gula Merah : 1.2 Kg
KAEDAH PEMBUATAN.
1. Potong ikan lebih kurang saiz 2-3 cm.
2. Bahagikan ikan yang telah dipotong kepada 4 bahagian (sama banyak).
3. Bahagikan gula merah kepada 5 bahagian (sama banyak).
4. Masukkan 1 bahagian gula merah ke dalam bekas. Ratakan ia di dasar bekas.
5. Masukkan 1 bahagian ikan ke dalam bekas tersebut dan ratakan.
6. Ulang langkah 4 dan 5 secara bergilir-gilir hingga semua bahan habis.
7. Perlu diingat, lapisan bawah sekali dan lapisan atas sekali mestilah gula merah.
8. Pastikan bahan-bahan yang diisi dalam bekas tidak melebihi 2/3 daripada ketinggian bekas. Ini penting supaya ia mempunyai ruang yang cukup untuk proses fermentasi.
Jika ruang udara tak sampai 1/3, tukar bekas. Jika tak tukar bekas, risiko untuk Fish Amino Asid yang kita buat tak menjadi adalah sangat tinggi.
9. Tutup permukaan bekas dengan kertas yang tiada karbon. Ikat hingga separa ketat.
10. Simpan ditempat redup dan biarkan selama 1 bulan.
11. Lepas 1 bulan, tapis campuran tersebut dan ambil cecairnya. Cecair tersebut dipanggil Fish Amino Asid (FAA) @ Baja Ikan.
12. Masukkan FAA ke dalam bekas untuk tujuan simpanan sebelum digunakan. Simpan ditempat redup.
CARA-CARA PENGGUNAAN
Ini contoh penggunaan untuk 1 liter air. Jika sahabat nak guna untuk kuantiti air yang lebih banyak, boleh darab sendiri ya berapa kuantiti yang diperlukan.
1. Masukkan 1 liter air ke dalam bekas penyembur. Nak lagi elok, guna air hujan atau air telaga. Kalau tak ada, bubuh je air paip.
2. Masukkan 2-25 ml FAA ke dalam langkah 1. Kuantiti FAA bergantung pada umur dan jenis tanaman. 5 ml ni lebih kurang 1 sudu makan.
3. Spray pada semua daun. Eloknya sembur awal-awal pagi.
4. Semburan FAA boleh dibuat bersama dengan Plant Booster dan racun organic. Bahasa mudahnya, FAA boleh dicampurkan dengan Plant Booster dan racun organic dalam satu alat penyembur.
5. Ulang langkah 4 setiap1-2 minggu sekali bergantung kepada tahap kesuburan pokok.
Sahabat,
Walaupun caranya nampak mudah dan simple, ada juga yang buat tak jadi. Bila saya perhatikan, ada beberapa sebab antaranya,
> Lapisan bawah sekali atau lapisan atas sekali bukan gula merah.
> Kuantiti gula merah kurang daripada kuantiti ikan.
> Guna kertas yang ada karbon. Contohnya surat khabar.
> Ruang udara bekas tak sampai 1/3.
FAA ni tak terhad pada tanaman sahaja. Kita juga boleh guna untuk semburan pada tanah.
Untuk hasilkan 500 ml FAA, kosnya lebih kurang 5 ringgit je. Andaikata kita beli yang dah siap, maharnya boleh cecah 5-10 kali ganda.
Seluk poket, tengok duit. Benda boleh jimat, kenapa perlu beli kan.
Selamat mencuba sahabat!
Sumber : Azuan Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Waktu-waktu tidak terduga bila berlaku bekalan elektrik terputus di tengah malam dan di rumah tidak ada pula lilin, memang kalut juga dibuatnya. Lagi-lagi bila ada anak yang takut bergelap. Memang nak tak nak, perlu diusahakan untuk adakan cahaya dalam rumah.
Paling mudah mungkin yang terlintas difikiran kita on kan ‘flishlight’ telefon, namun risau juga jika mengambil masa yang lama untuk bekalan elektrik dapat disambungkan semula, mahu habis pula bateri telefon tersebut.
Oleh itu, usah runsing ada trik yang boleh anda lakukan dengan menggunakan cotton bud untuk dijadikan lilin. Menariknya cara ini menurut Anisah Connie, ia dapat bertahan berhari-hari. Hebat bunyinya bukan?
Nak tahu detail dikongsikan di sini untuk manfaat semua.
LILIN COTTON BUD
Bahan-Bahan :
Gelas
Air
Minyak Goreng
Cotton Bud
Cara-cara :
1. Isi dasar gelas dengan batu-batu atau manik.
2. Kemudian letakkan (tegak) 1 cotton bud dibagian tengah.
3. Kemudian isi air, kira-kira setengah gelas.
4. Setelah itu isi minyak goreng bahagian atas sampai sedikit mengenai kapas di cotton bud.
5. Nyalakan guna mancis atau lighter,
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tak sabar rasanya menanti Raya Haji, saat itu dapatlah antara kita merasa keenakan hidangan berasaskan daging yang segar. Sama ada dimasak sup atau dibuat rendang yang pastinya menjadi menu istimewa di Hari Raya. Bahkan enak juga jika digoreng, dibakar atau pelbagai cara masakan boleh dibuat mengikut citarasa .
Pun begitu, dalam kita membayangkan keenakan rasa hidangan yang bakal disajikan. Pastikan juga anda tahu cara mencuci daging dengan betul untuk mengelakkan daging tersebut terasa hanyir, berbau dan sekali gus boleh membantutkan selera makan kita anak beranak.
Tahukah anda, sebenarnya ada petua yang boleh dipraktikkan dengan mudah semasa proses mencuci daging tersebut dan sekali gus membuatkan lembut dimakan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan di akaun facebook Khairul Hakimin Muhamad.
Bahan-bahan yang diperlukan
Tepung gandum
Asam keping
Penapis
Besen
Langkah 1 : Setelah daging siap dipotong, letakkan di dalam besen dan kemudian letakkan tepung gandum. Biasanya kalau 2kg daging bersamaa 1 senduk tepung gandum.
Langkah 2 : Kemudian, masukkan air sampai penuh dan gaul-gaul sebati.
Langkah 3 : Kemudian masukkan asam keping dalam 3-5 keping dan biarkan dalam 15-20 minit.
Langkah 4 : Sesudah itu, tuang semuanya dalam tapis. Bilas lagi dalam 2-3 kali.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...