Siap Pantun! Netizen Terhibur Pesan Shiera Buat Menantu “I Beranakkan Dia Bil Mahal Juga U”

Share

Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah selamat mendapat menantu lelaki buat anak sulungnya, Alisya yang telah berlangsung semalam.

Alisya yang juga anak vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali dilihat cantik menggayakan busana serba putih sedondon dengan suami tercinta.

Menerusi Instagram Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, Alisya telah dinikahkan sendiri oleh oleh Jatt Ali atau nama sebenarnya Tahir bin Ali disamping didampingi oleh bapa tirinya, pelakon, Ijoy Azhari.

Sebelum majlis bermula, Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired sempat memberi pesan dalam masa uang sama mengusik menantu lelakinya itu supaya menjaga anak perempuannya itu baik-baik.

Perkara itu dikongsikannya sendiri di.laman instagram miliknya sehingga mencuri perhatian ramai dan rata-rata berasa menantunya beruntung kerana mendapat ibu mentua yang kelakar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Sharifah Shahirah kerana menerima menantu sulung dalam keluarga.

Mereka juga mengatakan betapa beruntungnya menantu lelakinya itu kerana mendapat keluarga mentua yang sempoi serta kelakar walaupun ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.

Terdahulu, penyampai radio itu pernah bernikah dengan Jatt Ali pada 1993 dan dikurniakan seorang anak sebelum berpisah pada 1999. Sekitar tahun 2003, Sharifah Shahirah telah bernikah dengan Ijoy Azhari dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Sharifah Shahirah

IKLAN