Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah selamat mendapat menantu lelaki buat anak sulungnya, Alisya yang telah berlangsung semalam.
Alisya yang juga anak vokalis kumpulan Black Dog Bone, Jatt Ali dilihat cantik menggayakan busana serba putih sedondon dengan suami tercinta.
Menerusi Instagram Sharifah Shahirah atau mesra disapa Shiera, Alisya telah dinikahkan sendiri oleh oleh Jatt Ali atau nama sebenarnya Tahir bin Ali disamping didampingi oleh bapa tirinya, pelakon, Ijoy Azhari.
Sebelum majlis bermula, Sharifah Shahirah atau nama sebenarnya Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired sempat memberi pesan dalam masa uang sama mengusik menantu lelakinya itu supaya menjaga anak perempuannya itu baik-baik.
Ads
Perkara itu dikongsikannya sendiri di.laman instagram miliknya sehingga mencuri perhatian ramai dan rata-rata berasa menantunya beruntung kerana mendapat ibu mentua yang kelakar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah kepada Sharifah Shahirah kerana menerima menantu sulung dalam keluarga.
Mereka juga mengatakan betapa beruntungnya menantu lelakinya itu kerana mendapat keluarga mentua yang sempoi serta kelakar walaupun ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung.
Terdahulu, penyampai radio itu pernah bernikah dengan Jatt Ali pada 1993 dan dikurniakan seorang anak sebelum berpisah pada 1999. Sekitar tahun 2003, Sharifah Shahirah telah bernikah dengan Ijoy Azhari dan dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Instagram Sharifah Shahirah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memberi hadiah berupa bunga atau barangan lain kepada pasangan bukanlah perlu tunggu hari-hari istimewa. Sebaliknya, jika anda mahu berbuat demikian, lakukan sahaja.
Pasti pasangan anda akan rasa terharu dengan kejutan tersebut. Nak nak lagi jika anda bukan jenis yang suka surprise pasangan.
Ini yang yang dilakukan oleh selebriti yang juga chef terkenal, Dato’ Fazley yang menghadiahkan jambangan bunga kepada istei tercinta.
Menerusi laman instagramnya, bapa empat cahaya mata ini mengakui bukanlah pertama kali berbuat demikian.
“Saya sudah memang terbiasa memberikan jambangan bunga buat isteri @azrene_ahmad juga ibu saya @rsd.umi.
“Untuk adik sayang, semenjak kami bercinta jarak jauh di London, setiap bulan saya kirimkan bunga buat beliau. Dan sekarang dah kahwin, dan sudah beranak pinak, saya tetap lakukan,”Ujar Dato Fazley menerusi kapsyennya.
Cuma kali ini sedikit berbeza kerana suami kesayangan Datin Azrene ini menghantar sendiri bunga tersebut di tempat kerja isterinya.
” Hari ini saya sendiri yang hantar sejambak bunga di tempat beliau mengadakan training grooming & etiquette nya. Satu pesanan penting arwah Bapak – “Jangan mencari kelemahan pasangan, tetapi raikanlah kelebihan pasangan kita yang telah sedia ada”. Setuju?
“Yang kelakar tu, pemilik kedai bunga selalu bertanya “Kenapa bagi bunga hari ini? Special day ke?” Seringkali saya tersenyum sendiri, saya kata “Istimewanya sebab sebab saya tak pernah untuk hari istimewa untuk kirimkan bunga kerana sepanjang 13 tahun bersama, dia terlalu istimewa di mata saya.
Sifat romantis dan caring dato’ Fazley mendapat pujian dari pengikutnya. Tak kurang yang memuji dan bersetuju dengan pandangan yang diutarakan oleh Dato’ Fazley.
Saat mengetahui anak mereka menghidap penyakit yang membawa maut, hanya Tuhan yang tahu perasaan ketika itu. Biar diuji dengan dugaan berat itu, ibu bapa ini sedaya upaya memenuhi permintaan anak kecilnya.
Adik Ahmad Danial bin Ahmad Suhairi, 7 tahun telah diberi kejutan oleh Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang yang menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memakaikannya pakaian seragam bomba serta bergambar dengan anggota bomba yang lain.
Adik Danial yang bercita-cita untuk menjadi anggota bomba telah dibawa menaiki jentera jabatan bomba yang dipandu sendiri oleh Pengarah Bomba Pahang, Nor Hisham Mohammad.
Menurut Ahmad Suhairi yang juga bapa kepada adik Danial, sebelum anaknya berada dalam keadaan tidak berdaya, dia ada menyuarakan hasrat untuk menjadi anggota bomba kepada Persatuan Sokongan Anak-anak Kanser (PESONA) dan tidak menyangka impian itu direalisasikan.
Ahmad Suhairi Ali, 33, berkata walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.
“Menurut doktor yang merawatnya, tiada ubat boleh merawat atau memulihkannya lagi, jadi kami reda dan akan buat sehabis baik untuk menggembirakannya.
“Danial memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.
Ahmad Suhairi berkata Ahmad Danial, 7, dikesan menghidap penyakit kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat pada Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.
“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.
Kanser otak DIPG adalah sangat jarang ditemui dan dikatakan tidak memberi peluang sembuh kepada penghidapnya dengan kadar survival ialah sifar, namun kami masih mengharapkan keajaiban akan berlaku dan akan terus berusaha sebaik mungkin,” katanya.
Ahmad Suhairi berkata kesihatan anaknya yang sebelum ini belajar di Sekolah Rendah Agama (SRA) Al-Irsyad di sini, merosot dengan cepat dan hanya terlantar serta tidak lagi mampu memberi respons fizikal sejak Mei lepas.
Disebabkan sifat kanser itu, Ahmad Suhairi berkata Danial tidak dapat menjalani sebarang rawatan seperti kimoterapi atau radioterapi dan diisytiharkan berada dalam keadaan paliatif.
Kini dia hanya terlantar di rumah sejak Mei lalu dan hanya bergantung kepada ubat- ubatan hospital sahaja. Malah, segala urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapa untuk menguruskan selain perlu menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Permintaan terakhir kanak-kanak penghidap kanser otak.Ahmad Danial Ahmad Suhairi disahkan mengidap kanser otak tahap empat; dan urusan hariannya hanya bergantung kepada ibu bapanya selain menggunakan kerusi roda untuk bergerak.Ahmad Danial bercita-cita mahu menjadi bomba namun pakar perubatan mengesahkan peluang untuk kanak-kanak ini meneruskan hidup amat tipis…Sama-sama kita doakan mereka.***Video ini adalah suntingan amatur wartawan TV3 Fazli Ahmad selepas membuat liputan.
Hujan lebat beberapa tadi telah mengakibatkan beberapa kawasan ibu kota dilanda banjir kilat.
Menurut laporan astro awani, enam kawasan di ibu negara dilanda banjir kilat pada petang Isnin, menurut Info Trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan di laman twitter rasminya hari ini.
Setakat ini, enam kawasan yang dilanda banjir kilat enam itu termasuk terowong (di hadapan) Tabung Haji, terowong Chan Sow Lin, Jalan Pudu, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Tun Razak dan Jalan Pahang.
Beberapa laman sosial turut memaparkan keadaan banjir kilat di Jalan Kuchai Lama.
1550 :
Berhati-hati ketika memandu. Banjir kilat di sekitar Pusat Bandar.
Terowong Tabung Haji
Terowong Chan Sow Lin
Jalan Pudu
Jalan Sri Pemaisuri
Jalan Tun Razak
Jalan Pahang#kltu
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.