Siapa Ada Ayah Lagi Jangan Lupa Peluk, Cium Dahi & Pipi Mereka. Mungkin Dulu Garang, Tapi Mereka Cuma Seorang Ayah Yang Rindukan Anak-Anak

Share

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Mungkin kita jarang mengungkapkan kata-kata indah atau penghargaan buat ayah kerana yang lebih dipandang adalah pengorbanan ibu.

Namun percayalah, baik ibu mahupun ayah, kedua-duanya telah berkorban jiwa dan raga dalam membesarkan anak-anak. Mungkin pendekatan ayah yang garang, tegas dan tidak banyak cakap membuatkan anak-anak lebih terarah pada ibu dalam segala hal.

Perkongsian Ustaz Ebit Lew ini cukup menyentuh hati. Memuat naik ucapan selamat hari lahir buat bidadarinya minggu lalu, pendakwah yang cukup terkenal dengan menyantuni pelbagai pihak dengan pendekatan yang lembut menyarankan anak-anak supaya menghargai pengorbanan ibu bapa.

 

Nikmat dapat peluk ayah tercinta. Setiap kali peluk ayah mesti ayah nak nangis sebak. Mencium ayah. Siapa ada ayah lagi jangan lupa peluk. Cium dahi, pipi mereka lama-lama. Walau dulu mungkin ada ayah garang. Tapi mereka cuma seorang ayah yang rindukan anak-anak.

Begitu juga siapa ada ibu jangan lupa ziarah mereka. Hargai adik beradik dan keluarga semuanya. Mertua keduanya yang berkorban memberi anaknya menjadi peneman dalam hidup. Begitu juga menantu yang telah menikahi dan menjaga anak kita

Tahu tak selama kita pegang tangan di dunia dengan niat dan doa nanti selamanya pegang tangan dalam syurga. Hari raya sebenar kita nanti dalam syurga

Selamat hari raya buat semua ahli keluarga. Selamat hari raya buat semua sahabatku sekalian. Hargailah mereka yang disisimu dan ahli keluarga serta orang miskin dan anak yatim. 

Siapa dah takde orang tersayang jadilah orang baik dan selalu doakan ahli keluarga kita. Selamat hari raya semua. Taqabballlahu minna wa minkum. Allah sayang semua. Saya doakan buat semua sentiasa bahagia sampai syurga-ebitlew #ebitlew#Allahsayang #selamathariraya

Sumber: Ebit Lew

IKLAN