Siapa ni? Cari siapa?’ – Ayah sakit Strok, Inilah Yang Azizul Hasni Lalui. Sedihnya Baca Luahan Hati Pelumba Negara Ini!

Share

Anak mana yang sanggup melihat ibu dan ayah sakit kan. Lebih-lebih lagi apabila tinggal berjauhan dan jarang berjumpa kerana ada komitmen lain.

Demikian juga dengan jaguh sukan pelumba basikal trek profesional Malaysia ini. Rupa-rupnya , disebalik beliau bertungkus lumus mengharumkan nama negara di luar negara, dia terpaksa berkorban berjauhan dengan ayahnya yang sedang sakit.

Sebagai anak lelaki dalm keluarga, bukan mudah membuat keputusan namun dek kerana negara dia terpaksa berkorban. Kisah sedih ini dikongsi oleh  Azizul Hasni Awang menerusi laman Instagram baru-baru ini.

Rupa-rupanya, ayah Azizul Hasni mengalami Minor Strok beberapa bulan sebelum beliau  ke China untuk kejohanan sukan trek berbasikal. Usai pulang dari Sukan tersebut, Azizul Hasni  turut menziarahi keluarganya di Dungun namun keadaan ayahnya tetap sama.

Tidak mengenali anaknya ini tetapi ingatannya masih samar-samar setelah atlet ini menceritakan semula tentang dirinya.

Ketika tiba di muka pintu dan memberi salam, air mata attlet ini mula mengalir apabila melihat reaksi ayahnya.

‘Siapa ni? Cari siapa?’ Itulah pertanyaan ayahnya  seola-olah  tidak mengenali wajah anaknya itu tetapi masih mengenal suara Azizul hasni.

“Saya cuba yakin ayah dengan pelbagai cerita dan gambar untuk memulihkan ingatannya namun memori itu hanya seketika. Dia kemudiannya mula bertanyakan ‘Duduk dekat mana? Isteri nama apa? dan anak dah berapa?…

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya, saya jarang ada masa bersamanya kerana komitmen saya,” cerita Azizul menerusi kapsyennya di dalam instagram.

“Ayoh adalah kekuatan untuk saya teruskan berjuang sepanjang dalam bidang ini. Ini bukan muidah  tetapi saya berharap ia akan berbaloi.

Azizul Awang  tetap berdoa untuk ayahnya itu dan dia percaya ayah pasti bangga dengan kejayaan yang telah dicapainya buat negara dan keluarga.

Semoga dipermudahkan urusan Azizul dan ayahnya kembali pulih.

Sumber: IG azizulawangofficial

IKLAN