Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Famili Duo bersama abangnya, Zaki Yamani,17, tetap utuh dengan pendiriannya mahu berjaya dan seimbang dalam pendidikan.
Memetik laporan Media Hiburan, Zaki kini sedang sibuk tekun mengulang kaji pelajaran kerana bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
Sedar dengan kesibukan sebagai seorang penyanyi dan pelakon, pemilik nama Ahmad Zaki Yamani Jamal Ubaidillah mengambil inisiatif dengan mengikuti kelas tambahan di pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM (PTTI) sejak penghujung tahun lalu.
Zaki yang juga anak kepada raja pop Malaysia, Jamal Abdullah memberitahu dia menyasarkan 7A dalam SPM akan datang. Namun, dia tetap bersyukur sekiranya tidak mendapat apa yang disasarkan.
“Untuk SPM 2023, saya menyasarkan 7A. InsyaAllah, kalau ada rezeki. Kalau tidak dapat, tak apa. Apa yang penting semua subjek lulus,”ujarnya yang bercita-cita menjadi seorang pensyarah.
Disebabkan itulah dia mengikuti kelas PTTI bagi memantapkan lagi penguasaan lima subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Sains.
Ads
“Saya mengikuti kelas di PTTI sebab mahu memberi fokus pada lima subjek. Ini kerana, saya mahu ‘kejar’ semula pelajaran yang banyak tertinggal ekoran terbabit dengan kerjaya seni.
“Saya fikir, sibuk macam mana pun saya bekerja, pelajaran tetap menjadi keutamaan,”ujar Zaki.
Selain itu, Zaki juga mahu menunjukkan contoh terbaik baik dalam segala hal terutama disiplin dan tingkah laku kepada semua pelajar di PTTI memandangkan dipilih sebagai ikon akademik berkenaan.
“Sejujurnya saya sangat teruja apabila PTTI ambil saya sebagai ikon mereka. Saya tak pernah dapat tawaran macam ini. Jadi, sebagai ikon saya kena buktikan layak digelar ikon.
“Sebab itu saya kena belajar bersungguh-sungguh kerana orang akan berikan perhatian pada kita. Bukan saja pelajaran tapi juga disiplin dan tingkah laku kita. Seperkara yang saya suka di PTTI adalah mereka ajar kita lebih berdisiplin untuk datang ke kelas mengikut jadual ditetapkan,”katanya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Zaki meluahkan kesyukuran kerana bertuah dikurniakan rezeki barisan tenaga pengajar yang ‘sporting’ dan banyak membantu termasuk rakan-rakan di situ.
Sementara itu, Zaki menitipkan pesanan buat semua orang terutama golongan selebriti yang masih bersekolah untuk meluangkan masa mencari ilmu tambahan walau sesibuk mana sekalipun.
“Kepada golongan selebriti yang masih bersekolah, sibuk macam mana pun bekerja, kena cari tempat dan luangkan masa untuk menghadiri kelas tambahan atau tusyen untuk ‘cover’ semula apa yang tertinggal di sekolah.
Ads
“Selain ada kemahiran dalam bidang seni, perlu juga ada ilmu. Bukan apa, andai suatu hari nanti tidak terbabit dengan bidang seni dan tidak menyambung pelajaran, sekurang-kurangnya kita tetap berilmu,”katanya.
Didoakan agar Zaki dan semua calon SPM 2023 berjaya dalam pelajaran dan menjadi insan berguna buat masyarakat.
Sumber: Media Hiburan, Instagram @zakiyamani._
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan ada satu benda ini memang asyik hilang sahaja, lepas sorang-sorang akan berebut untuk menggunakannya. Alih-alih hilang entah ke mana, tiada siapa pun tahu.
Benda yang dimaksudkan itu lain tidak bukan adalah remote!
Tak kiralah sama ada remote tv atau remote aircond sekali pun, memang asyik ghaib sahaja dan tiba-tiba boleh pula muncul depan mata.
Jadi apa kata untuk selesaikan masalah ini, anda lakukan DIY bagi hasilkan casing untuk menempatkan segala remote di satu tempat yang khusus. Ini sepertimana yang dikongsikan oleh Lidia Rahza di group facebook Kelab Kaki D.I.Y.
DIY Casing Remote
Menurutnya asal bekas remote yang dihasilkan adalah merupakan lebihan casing aircond yang dibeli di kedai hardware dengan anggaran harga RM15 ke RM17 sebatang.
Langkah 1 : Kumpul remote dan mula agak jarak antara satu remote dengan remote yang lain.
Langkah 2 : Congak jarak dan besar lubang yang akan ditebuk nanti
Langkah 3 : Ukur saiz setiap remote dan ambil saiz remote yang paling besar supaya yang lain semua muat.
Langkah 4 : Ukur dan guna sesiku L untuk buat garisan lurus untuk jarak dan lebar lubang remote
Langkah 5 : Untuk ukur tebal, jadi kalau tebuk lubang nanti takla besar sangat atau tak muat… bila remote fit nampak kemas sikit
Langkah 6 : Bila dapat ukuran tebal dan lebar, kita plotkan pada casing.
Langkah 7 : Siap lukis dan plot, puas hati kita proceed “measure twice cut ones…”
Langkah 8 : Potong lebihan tepi, guna la apa-apa tool yang korang ada. Janji putus.
Langlah 9 : Untuk lubang tengah saya cadangkan guna drill, guna steel bit. Tebuk tepi supaya senang nak potong dengan pisau nanti. Dan ini lepas potong dan kemaskan guna pisau…. ni perlukan ‘steady hand’, samaada ko akan cedera atau tepotong pvc casing.. so be careful.
Masalah kucing kencing di dalam rumah memang buat kita marah dan tertekan. Kalau sekali sekali tak mengapa kalau setiap hari kencing pada tempat yang sama boleh buat kita rasa marah. Lagi pula kalau kencing pada karpet, sofa atau tilam, lagi buat rasa sakit jiwa.
Bukan apa, bau kucing kencing ni lain macam sikit. Lagi kuat baunya kalau kucing jantan. Walaupun dan cuba bermacam cara pembersihan misalnya guna cuka atau serai, kucing kesayangan kita ni masih lagi kencing pada tempat yang sama.
Penggunaan coklat bar yang jadi viral seketika pun sudah dicuba, malangnya masih lagi kencing. Apa masalahnya? Hasil perkongsian Almizan Fahmi dan Mohd Firdaus di facebook mengenai penggunaan air botol yang diletakkan air di kawasan yang kencing ini memang menjadi. Hebat!
Caranya mudah sahaja:
1. Bancuh air dengan pewarna seperti sirap.
2. Isikan air tersebut ke dalam botol plastik.
3. Letakkan pada kawasan yang ‘bertanda’ si bulus kita.
Isikan dengan air yang berwarna seperti sirap ros atau apa-apa warna yang ada di rumah. Biar nampak cantik sikit.
Kemudian letakkan sahaja pada tempat atau kawasan yang selalu ‘ditanda’ kucing kesayangan kita. Letak sekerap yang boleh seperti di dalam gambar. Insyaallah menjadi. Jom cuba!
Cuba Empat Cara Ini
Sambil cuba petua buat air dalam botol plastik, anda boleh juga cuba empat cara ini. Makin mantap dan harap-harapnya kucing tak kencing lagi pada kawasan ini.
# Cuka
Cuka ada bahan yang berbau tidak berapa menyenangkan buat kucing. Baunya yang kuat tidak disukai oleh kebanyakkan kucing. Jadi selepas mencuci pada kawasan ini, letakkan sedikit cuka dan biarkan sahaja kering.
# Bahan Peluntur
Selain cuka, bahan peluntur juga kuat baunya. Mop atau letakkan sedikit pada kawasan yang sudah ditanda kucing anda. Jangan banyak, takut kucing menjilatnya.
# Serai
Kucing tidak suka bau serai, jadi anda boleh menggunakan produk yang berasaskan serai atau letak sahaja sebatang serai pada kawasan berkenaan.
# Lada Hitam
Didihkan air dan masukkan 1 atau 2 sudu lada hitam ke dalamnya. Kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur dikawasan kucing kencing.
Panas..kucing memang tak suka.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hetty Sarlene kongsi gambar terkini bersama suami dan anak, “Comel betul dua beradik tu.” Hetty Sarlene, penyanyi yang cukup sinonim dengan drama bersiri Sembilu suatu ketika dulu, berkongsi gambar bersama suami dan anak-anaknya.
Hetty Sarlene Kongsi Gambar Terkini Bersama Suami & Anak
Kecomelan dua orang anak lelakinya mencuri perhatian warga maya. Untuk info, Hetty baru sahaja menimang cahaya mata keduanya pada 25 Jun yang lalu. Bayi keduanya itu dilahirkan 10 hari lebih awal daripada tarikh jangkaan bersalin. Berita bahagia itu dikongsi sendiri oleh Hetty menerusi laman Instagramnya.
“Comel Betul Dua Beradik Tu”
Anak kedua Hetty diberi nama Hayden Ashton Oakes. Terdahulu Hetty dikurniakan anak pertama, Landon Alexander Oakes yang kini berusia 3 tahun selepas empat tahun berkahwin dengan Dani Aaqil atau nama asalnya, Daniel Oakes yang berasal dari London pada 23 Julai 2016.
Hantaran Hetty mendapat perhatian para peminat dan juga warga maya. Berikut antara komen-komen warga maya.