Jika ada kemahiran dalam bertukang bolehlah anda upgrade siling rumah kampung dengan menggunakan besi ‘Batten’ sepertimana yang dikongsikan oleh lelaki ini di salah satu group pertukanagan di fb.
Memang nampak cantik hasilnya dan apa yang lebih mengujakan modal yang digunakan hanyalah RM220 sahaja untuk keluasan bilik 11X12 kaki.
Berbaloi bukan?
Jadi bolehlah ikut idea yang dikongsikan oleh Shamsul Nizam ini untuk mencantikkan lagi ruang syiling rumah agar nampak kemas.
“Cuma nak share siap diy siling bilik rumah kampung pakai besi batten. Konsep sama macam siling gantung, mudah untuk maintenance bahagian atas kemudian hari. Saya buat begini kos RM220 untuk keluasan bilik 11×12 kaki. Alhamdulillah kepuasan hasil tangan sendiri”
Menurutnya lagi, besi batten ini boleh diolah dengan bermacam-macam cara dan kegunaan selain hanya untuk dibuat kekuda atau/awning, atau rak pasu bunga.
Jadi buat anda yang ingin bertukang, ini dia bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat siling seperti itu.
Bahan-bahan yang diperlukan :
Siling asbestos 2×4 – sekeping lebih kurang RM4-RM5
Besi Battern 6 meter – sebatang anggaran harga RM11-RM13
Spray hitam
Rivet
Cara Buat :
1.Fitting setiap siling. Ukuran saya buat letak siling tu dahulu baru rivet & skru besi batten. Kalau ukur siap-siap semua nanti confirmed ukuran lari. Saya buat line by line letak 1 siling setiap bahagian sebagai ukuran.
Ads
2. Gantung dawai ke kekuda setiap besi panjang sahaja untuk support. Dah spray kaler hitam separuh. Saya rivet kat semua cantuman besi melintang & menegak. Bagi kukuh & kemas. Rivet guna mata drill 3mm. adjust sikit masuklah paku rivet tu nanti.
3. Siling siap cat kaler putih untuk finishing bagi berseri dengan frame hitam.
Besi kipas tu yang asal punya sebab nak test hole yang baru tebuk tu ngam ke tak. Saya belum tukar yang panjang sikit supaya putaran angin lebih efision dan mudah diselenggarakan. Nanti cuma tolak atas dan alih ke tepi untuk buka siling. Buka ni sebab nak tukar batang kipas panjang sikit.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT. SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Kisah wanita malang yang didera suami sendiri sejak 30 tahun lalu cukup menyedihkan. 3 kali keguguran akibat disepak terajang. Belum bab dimaki hamun, disumpah seranah dan pelbagai lagi.
Ikuti perkongsian oleh Ustazah Asma Binti Harun, Ex Perundingcara Rumahtangga dari pengalaman kisah benar yang berlaku pada 2011. Moga bermanfaat untuk semua!
RUMAHKU NERAKA KU. BAHAGIA DIHUJUNG DERITA.
“Ustazah, saya datang untuk membuat permohonan CERAI FASAKH, saya tak boleh lagi teruskan hidup dengan suami, saya nak cari ketenangan di hujung-hujung usia begini”
Dari awal klien ini masuk wajahnya dilihat tenang tapi sarat dengan beban yang berat. Sambil meneliti fail, umur awal 50an, seorang guru, ada ijazah, usia perkahwinan cecah 30 tahun, anak 8 Orang.
“Adakah puan dah timbang dengan teliti kesan penceraian di usia begini, bagaimana penerimaan anak-anak, dan apakah alasan kuat puan, bukan mudah permohonan fasakh nak lulus kecuali ada alasan yang kukuh”. Pada perkiraan saya ketika itu, mungkin isu orang ke 3 baru muncul atau sekadar masalah komunikasi.
“Ustazah, sepanjang perkahwinan hidup saya sangat menderita, saya hadapi penderaan fizikal, mental, seksual dan emosi”. Nada sebak dan terketar-ketar seperti melepaskan tempikan suara hati yang sangat lama dipendam.
“Ustazah, 3 kali kandungan saya gugur kerana disepak terajang dan perut dipijak. Ustazah pernah baca kisah yang heboh satu malaysia, kes seorang isteri didera dan dipijak perut sehingga gugur kandungan?, saya hanya mengangguk. “Itu adalah cerita saya, kali pertama saya buat report dan entah bagaimana cerita itu tersebar, saya malu pada jiran, rakan sekerja, keluarga, semua tahu cerita saya. Kes itu tutup kerana saya diugut dengan suami. Suami pegawai pangkat tinggi, dia seorang yang dikenali. Selepas itu 2 kali lagi kandungan gugur kerana didera dipijak perut ketika usia kandungan dah cecah 3-4 bulan, tapi sebab saya trauma, tidak ada aduan kepada mana-mana pihak”.
“Sepanjang perkahwinan, sepak terajang, maki hamun sumpah seranah, rambut ditarik diheret kepala ke bawah menuruni tangga, tidur diluar rumah tanpa tudung dari malam sampai pagi, pernah dijirus dengan minyak lalu di ugut dengan api untuk dibakar, dan sering dipaksa dalam hubungan seksual”
Kali ini saya pula yang terketar-ketar untuk bertanya. Darah menyirap dan badan rasa berhaba. Ini bukan manusia.
“Kenapa puan bertahan begitu lama dalam perkahwinan yang sangat dahsyat seperti ini?”
“Saya bertahan kerana ANAK-ANAK dan kerana satu HARAPAN satu hari suami akan BERUBAH”
“Puan, maaf saya tanya, adakah berbaloi puan bertahan demi anak-anak?”
“Tidak ustazah, sebahagian anak saya mengalami tekanan jiwa sehingga perlukan rawatan psikiatri. Sebahagian lagi mengikut perangai ayahnya, turut maki hamun saya. Saya rasa berdosa pada anak, saya tak pernah salahkan anak, mereka membesar dengan melihat ibunya didera hampir setiap hari, mereka membesar dengan ketakutan” air mata diseka tanpa henti. Sayu sekali bila disebut tentang anak.
“Puan, 30 tahun bukan tempoh yang sekejap, bagaimana puan laluinya”
“Ustazah, orang terdekat juga tidak tahu, jiwa saya merana namun sedaya upaya senyum, sakit lebam pada badan disembunyikan. Dua perkara yang saya pegang teguh bila jatuh terduduk, saya sembamkan wajah ke bumi, SOLAT dan ALQURAN adalah teman rapat saya, hanya itu sumber tenang, bahagia dan kekuatan saya…”
Benarlah, manusia akan benar-benar merasakan Allah itu ada, ketika tiada manusia disisinya. Tapi iya sangat sakit namun sangat manis, iaitu saat jatuh cinta padaNya, saat Allah benar-benar cukup baginya.
Dua tangannya dikepal diletakkan dimulut, mata berkaca lidahnya terketar, saya tahu dia ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam fikirannya, namun dia sendiri takut untuk meluahkan.
“Ustazah, kenapa Allah tak makbulkan doa permintaan saya, bukankah doa orang yang dizalimi maqbul?, adakah anak-anak saya jadi begitu salah saya?, saya hanya minta dengan Allah supaya suami berubah, dia sayang saya sedikit pun jadi, akan hilanglah segalanya derita saya. Sia-sia saya menunggu dengan harapan satu hari suami akan berubah, SIA-SIA… akhirnya saya dsisini untuk tuntut CERAI.. memang SIA-SIA!”
Allah… inilah soalan yang akan menyimpulkan pertemuan ini, inilah saatnya setiap kali klien bertanya soalan begini, saya akan berbisik dalam hati memohon pertolongan Allah, mengharapkan Ilham daripadaNya, agar lidah saya boleh menuturkan sesuatu yang jernih dan sejuk. Ibarat air dingin dikala kehausan dibawah terik matahari. Ini persoalan berkaitan AQIDAH. Isu keyakinan dan sangkaan kita pada ALLAH.
“Puan.. 30 tahun puan menanti dengan sabar, akhirnya suami tetap tidak berubah, apakah sebenarnya puan dapat?, dia diam. “30 tahun bukan SIA-SIA, ALLAH tak pernah silap, dan ALLAH maha melihat, mendengar dan memakbulkan. Sebenarnya, dalam tempoh ini puan telah menghimpun PAHALA SABAR selama 30 tahun!, dan jika balasanNya SYURGA ALLAH, apakah puan rasa?
Dengan terketar-ketar dia bertanya, “SYURGA ALLAH?, Betulkah ustazah? Sambil tangannya genggam kuat tangan saya.
“Puan, ini bukan janji atau kata-kata saya, tapi janji Allah. Allah berfirman:
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas” (Az-Zumar 39 : 10)
سَلامٌ عَلَيكُم بِما صَبَرتُم ۚ فَنِعمَ عُقبَى الدّارِ “..sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): “Selamat sejahtera ke atas kamu, disebabkan KESABARAN kamu (di dunia dahulu). Maka amatlah baiknya tempat kesudahan itu”. (Ar-Ra’d : 24)
“Puan, ini janji Allah kepada mereka yang diuji, lalu sabar dan redha dan tetap teguh bersangka baik dengan Allah, akan menerima Salam yang istimewa daripada Allah dan para Malaikatnya, bukan dsini, tapi di SYURGA ALLAH”
Dia meleraikan tangannya, lalu tanganya disatukan sambil wajah tunduk ke bawah “ya Allah, aku redha ya ALLAH.. jika benar SyurgaMu, Aku redha.. aku maafkan suami dan anak-anakku keranaMu ya ALLAH, terimalah pahala SABAR ku ini, aku ingin SYURGA MU….”
Allahu Allah.. Kami sama-sama menangis dan aminkan doa. Dihadapan saya seorang wanita yang bukan diuji 30 hri atau 30 bulan, tapi 30 tahun. Allah hanya ingin mendengar perkataan REDHA daripada hambaNya, lalu Dia akan memberikan keredhaanNya. SyurgaNya.
Bila SYURGA ALLAH dilihat dengan mata hati. Segala berat perit derita boleh ringan ibarat debu. Sapu dan biar berlalu. Memang bukan mudah, tapi boleh.
………
Kemudian, saya membantunya untuk meneruskan permohonan Cerai Fasakh, daripada report polis dan report Dr. yang dia simpan, saya yakin permohonan fasakh ini akan berjalan lancar. Beliau menyatakan, penceraian ini adalah untuk dia mendapat KETENANGAN, “saya ingin beribadat dengan tenang dan menjadi Ibu yang tenang buat anak-anak, moga belum terlambat”.
Tiada istilah terlambat untuk kebaikan selagi belum tiba kematian.
SABAR itu bukan menyerah diri. Tapi SABAR itu adalah bertindak mengikut SYARIAT.
SABAR itu bukan setakat diam, menahan lalu menangis sampai rasa ok. SABAR itu adalah keberanian membuat KEPUTUSAN dengan petunjuk ILMU”
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin pasti menginginkan zuriat. Namun, cepat atau lambat itu bergantung pada rezeki yang ditentukan oleh Yang Maha Esa/.
Bagi pelakon, Siti Elizad itulah yang beliau doakan ketika berada di tanah suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Elizad ke sana dengan ditemani suami, Shamsul Baharin Rahman serta keluarga yang lain.
Menerusi entri di Instagram miliknya, Elizad mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.
Pelakon drama Syurga Yang Kedua itu turut melahirkan rasa syukur kerana dapat membawa bersama ahli keluarga ke tanah suci untuk kali ini.
“Assalamualaikum wahai kesayangan2 ku semua. Kami dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada mereka yg ada terguris atau terkasar bahasa dlm bergurau.
“Ku panjatkan rasa syukur ini kepada Mu Ya Allah, kali ini dpt membawa keluarga pula bersama2 ke tanah suci.
“Moga semuanya dipermudahkan. Doakan kami sekeluarga ya semua. Amin amin amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.
Dalam perkongsian lain, Elizad turut mengharapkan agar dia dikurniakan zuriat suau hari nanti.
Wahai Tuhanku , Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik . Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan dari hamba2mu.
“Doakan kami punya zuriat yg sihat , cantik & sempurna ya semua , dapat sorang pun dah memadai sgt2 . ?? Saya juga mendoakan buat para isteri seperti saya . Moga punya rezeki buat kita semua.
Elizad dan Shamsul berkahwin pada 11 Januari 2015. Selain doa untuk mendapat anak, beliau juga mengharapkan dipermudahkan segala urusan dan diperluaskan pintu rezeki supaya dapat membantu golongan memerlukan.
Lebih manis lagi, pasangan ini yang mengerjakan umrah selama dua minggu turut berkesempatan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka di sana.
Hati ibu mana yang tak luluh, jiwa bapa mana yang tak gundah bila mana anak sendiri mempunyai simptom wabak Covid-19. lebih memilukan bila mana si kecil yang tidak mengerti apa-apa terpaksa di bawa ke hospital menaiki ambulan seperti pesakit lain. Allahu cukup perit bagi kita yang melihat, apa lagi ibu bapanya yang menanggung.
Inilah yang dikongsikan oleh puan Intan Nurdiyana selepas anak nya yang baru berusia 3 tahun disyaki mempunyai simptom wabak covid-19. Video anaknya menaiki ambulan itu mendapat perhatian ramai dan tular di media sosial. Rata-rata netizen mendoakan kesihatan anaknya itu.
Sending my little boy to hospital today. My heart broke😭. Aisy belum cormfirm lagi positive covid, result kami semua belum keluar lagi tapi sebabkan dia ad show simtom, dr suggest untuk refer ke hospital dan kemungkinan dia akan isolate di ward sana untuk tunjuan pantauan. PUI pic.twitter.com/BSbyvIqC45
This is Aisy sebelum nak ambik swab covid test. Dia punya happy dapat keluar rumah tu jangan cakap lah. Siap nk pakai mask jugak pic.twitter.com/Me0YlYKDoY
Menurut Intan, suhu badan anaknya dikatakan meningkat naik selepas menjalani ujian swab Covid-19. Ini menyebabkan doktor meminta supaya anaknya dirujuk ke hospital. Apa yang menyedihkan si kecil ini kelihatan sihat dan ceria dapat menaiki ambulans tanpa mengetahui yang dia bakal dibawa ke hospital.
But everything seem ok, terkejut jugak pagi tadi lepas swab covid test , suhu dia tinggi sikit. Terus dr suruh refer hospital. Pastu mcm tak cayalah smpai ambulans kene ambik diorg kat rumah. He seem healthy and cheerful sbb ingat nk pergi jalan- jalan.
I create this video for an awareness. Imagine one of your family members will be sending to hospital to isolate and quarantine due to covid-19 . My kids maybe not infected by now, but who knows in the future if this crisis still not over. So please stay at home.
Menurut Intan lagi, kawasan tempat tinggalnya dikatakan berada dalam zon merah dan diperintahkan ‘lockdown’. Oleh sebab itu, kanak-kanak yang mempunyai simptom demam panas akan terus dirujuk ke hospital. Tambahnya lagi, penjaga kepada kanak-kanak boleh menemani pesakit tetapi mengikut had umur.
Dibenarkan keluar dari hospital
Walau bagaimanapun, perkembangan terbaru mengenai anaknya mendapati bahawa anaknya dibenarkan keluar dari hospital. Keputusan ujian saringan mereka sekeluarga masih belum diketahui namun dia berdoa agar keputusan ujian tersebut negatif memandangkan anaknya dibenarkan keluar.
Good news. Aisy dh boleh discharge and tak kene warded. Result covid test tadi kami tak pasti tapi kalau dr bagi balik tu mesti sbb negative kan. Result test kami skluarga belum keluar lagi tapi harap smeua ok dan takda lah phone call dari kkm esok. Thank you semua yang concern🥰
Alhamdulillah, update terkini. He’s feeling well and happy. I’m feeling so grateful and touched sbb ramai yang doakan yang baik – baik untuk Aisy. I harap semua extra careful lepasni, just stay at home and we can stop this covid chain. TQVM all of you❤️ pic.twitter.com/oTDIYTZNNi