
Melipat dan menyusun set cadar agar rapi terlihat kemas di dalam almari, pastinya ada teknik yang harus dilakukan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Nurul Azni yang mempunyai cara dan tekniknya yang tersendiri untuk pastikan cadar bukan sahaja kemas malah mudah untuk dicapai.
Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Assalammualaikum.Saya nak share cara saya simpan kesemua set cadar saya.Untuk memudahkan saya ambil comforter, saya simpan ikut size.Bawah sekali comforter untuk King, Queen dan atas sekali single.

Hampir 90% cadar dan comforter ni saya jahit sendiri memandangkan saya memang tukang jahit cadar.Memang dah tak pernah beli, semuanya saya jahit sendiri.
Sarung bantal pula saya lipat ikut yang ada border dan takde border.
Seminggu sekurangnya sekali saya salin cadar dan saya akan cuci comforter guna mesin basuh.
Kalau sahabat ada cara atau idea lain untuk penyimpanan, boleh share sekali untuk saya dan sahabat lain jadikan panduan.
Ini antara yang dikongsikan oleh warganet.

Sumber : Nurul Azni via Deco Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua Turunkan Kadar Gula dan Kolestrol Serta Gout, Lelaki Ini Guna Bahan Ni Aje

Kesihatan adalah aset paling berharga dalam hidup. Ramai yang hanya mula mengambil berat tentang kesihatan selepas mengalami masalah seperti kolesterol tinggi, diabetes, gout, dan sakit sendi.
Antara punca utama penyakit ini adalah gaya hidup tidak sihat seperti pemakanan berlemak, kurang bersenam, dan stress yang tidak terkawal.
Salah satu perkongsian menarik dari Azad Jasmi mengenai cara semula jadi untuk turunkan kadar gula, kolesterol, dan gout adalah dengan amalan minum air rebusan daun pandan.
Menerusi perkongsiannya, dia mendedahkan seorang individu yang mengalami masalah diabetes, kolesterol tinggi, dan gout selama bertahun-tahun mendapati kesihatannya bertambah baik hanya dalam beberapa bulan selepas mengamalkan petua ini.

1. Saya baru mendapat petua ini dari seseorang yang menghadapi sakit kencing manis bertahun-tahun serta tahap kolesterol yang tinggi.
2. Semalam apabila berbicara dengan beliau, beliau menberitahu saya sejak 3-4 bulan lepas kadar gula beliau yang berada pada tahap “20” ke atas dan masalah beliau juga ada “gout” dan bisul selalu naik di badan disebabkan kadar gula yang tinggi.
3. Selain itu beliau juga ada masalah sakit lutut. Umur beliau 62 tahun.
4. Namun beliau menyatakan, pada 4 bulan lepas beliau amalkan minum air daun pandan. Minum air daun pandan tanpa masukkan sebarang campuran lain. Hanya air rebusan daun pandan.
5. Ini cara-caranya menurut beliau:-
i. Ambil 10 daun pandan dan rebus dalam periuk.
ii. Daun pandan itu boleh dipotong atau biarkan tanpa potong.
iii. Masukkan air penuh dalam periuk. Rebus sehingga air pandan jadi kekuningan.
iv. Jika kita rebus dan air dalam periuk akan berkurangan separuh, tambah lagi separuh sehingga penuh. Ulang 1-2 kali sehingga air rebusan menjadi kekuningan.
v. Simpan air dan boleh diminum secara suam atau sejuk.
vi. Beliau simpan dalam jar dan minum segelas pagi, segelas tengahari dan segelas malam.
6. Selepas 3 minggu beliau minum dan sehingga sekarang kadar gula dah turun ke 5 dan beliau dah tak makan ubat diabetes, tiada lagi gout, tiada sakit lutut.
7. Selain itu, masalah susah buang air besar (beliau biasanya ambil masa 3-4 hari sekali untuk buang air besar namun sekarang setiap hari beliau buang air besar)
8. Bagi yang sihat tanpa diabetes juga boleh amalkan tapi segelas sehari kerana bimbang akan turunkan tahap gula terlalu renda yang jadi “hypo”. Saya belum mencuba namun saya ingin kongsikan agar masing-masing dapat manfaat insyAllah.

Semoga Allah rahmati usaha kita. Yang baik dari Allah dan buruk itu pasti dari saya.
Sumber:Azad Jasmi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bahayakan Nyawa Demi Peperiksaan, Murid Ini Tempuh Laluan Paip Licin, Netizen Sebak!

Bahayakan nyawa demi peperiksaan, murid ini sanggup tempuh laluan batang paip yang l licin. Situasi ini membuatkan wargamaya meluahkan rasa sebak.
Tular video mengenai kepayahan murid-murid ini untuk menuju ke sekolah. Lebih mengejutkan keberanian murid ini untuk melalui batang besi dalam keadaan ais sungai yang deras. Difahamkan kejadian itu berlaku di Kg Mangsian Baru Keningau, Sabah.
Menerusi perkongsian Siti Hafizah Leezah ini meluahkan rasa sayu melihat situasi itu. Jauh di sudut hatinya mengharapkan ada pihak yang dapat membantu.
Dia juga ada menjelaskan bahawa sebelum ini telah mendapat perhatian daripada Yang Berhormat.
Namun sehingga kini masih belum mendapat sebarang tindakan susulan yang dilakukan di kawasan berkenaan.
Seterusnya ikuti perkongsiannya.

Setiap kali musim hujan terpaksa ambik risiko lalu di paip tu biarpun licin.
Sudah pohon jambatan gantung. YB Flovia sudah lawat lokasi dan kg Mansiang Baru. Dengan yakinnya bulan 4 ni tahun jambatan akan di buat.
Kami sebagai penduduk,lega dan gembiranya dengar janji YB. Tapi tunggu punya tunggu sekarang bulan 7 sudah.
Belum nampak tanda-tanda pembinaan. Sampai bila kami mau tunggu. Tunggu ada nyawa melayang dulu kali baru kena buat kan…

Ambil Risiko Demi Peperiksaan
Difahamkan kanak-kanak berkenaan terpaksa mengambil risiko ekoran sedang menjalani peperiksaan. Terpaksa ke sekolah walaupun mengetahui laluan yang bahaya bakal ditempuhi.
Moga perkongsian ini menjadi pencetus jambatan dapat dibina bagi membantu masyarakat di sana menjalani rutin harian dengan sempurna.


Sumber: Siti Hafizah Leezah
Baca Juga: [VIDEO] “Dah Sampai Panggilannya. Saya Berdoa Mana Yang Terbaik Buatnya.” – Fizz Fairuz Luah Syukur.
Baca Juga: 10 Tahun Akan Datang Harga Durian Menjunam? Pensyarah Ini Tunjukkan Kronologinya.
Keluarga Talk: Mengukir Bahagia Tidak Semestinya Harus Korban Diri
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pulang Dari Sekolah Tangkap Ikan, Tak Kisah Bau Busuk, Adik Nazrin Nekad Tambah Duit Keluarga

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kisah seorang kanak-kanak yang tidak berkira membantu orang tuanya menambah pendapatan meraih perhatian ramai.
Bahkan ia mengundang sebak. Mana taknya kala kanak-kanak seusianya yang leka bermain, dia sebaliknya. Bermain di hutan mencari sumber rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
Perkongsian di facebook milik Cikgu Zahran berkisah mengenai kegigihan seorang anak yang juga pelajar yang sanggup korbankan masa dan tenaga untuk kesejahteraan keluarganya. Biarpun merupakan anak istimewa dan belajar di pendidikan khas tetapi mampu membahagiakan keluarga. Dia tak kisah bau busuk, sanggup berpeluh dan berpanas demi tambah duit keluarga.
Kisah yang sungguh inspirasi!
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini

Jika mahu diberi anugerah, saya pasti memilih adik Danial Nazrin. Anak soleh yang sangat berdikari.
2 tahun lepas saya singgah menghadiahkan beg sekolah kepada adik Nazrin. Ibu adik Nazrin merupakan kawan 1 batch Puan Isteri semasa di universiti.
Ibu Nazrin semenjak zaman belajar menghadapi masalah tulang belakang yang kronik. Mujur dia sempat menamatkan pengajian. Tetapi keadaan ibu Nazrin makin parah dan menyukarkan untuk bergerak dan terpaksa berkerusi roda.
Adik Nazrin adalah anugerah buat keluarganya. Walaupun dikategori sebagai anak istimewa dan belajar di pendidikan khas, adik Nazrin rajin dan tabah. Mereka tinggal di Bukit Bakar, Machang Kelantan
Baru baru ini saya merancang untuk ziarah semasa banjir Pantai Timur tetapi tidak berkesempatan kerana khidmat kami di perlukan di Jerteh.
Untuk menambah pendapatan, adik Nazrin bersahabat dengan alam. Pulang dari sekolah dia menangkap ikan di sungai untuk dijadikan pekasam. Pekasam yang dibuat sendiri untuk dijual.


Adik Nazrin juga memungut nira kelapa (tuak) untuk dijual. Semuanya dilakukan sendiri. Dalam usia kanak kanak dia gigih berusaha. Malu orang dewasa jika melihat adik Nazrin kental jiwa dan tidak mudah putus asa.
Dia juga memelihara lembu pawah dan sangat kasihkan haiwan. Pernah dia bawa lembu naik ke rumah semasa banjir supaya haiwan tersebut selamat.
Begitulah hidup ini. Setiap kesusahan pasti ada kemudahan. Allah sentiasa adil dan penyayang.
Mari kita sama sama bantu adik Nazrin dengan mendapatkan pekasam atau tuak hasil tangannya. Nombor telefon ada pada ruangan gambar. RM10 (01129487189)
Terus berusaha adik Nazrin. Suatu hari nanti adik pasti akan berjaya insyaallah.
Sumber: Cikgu Zahran
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di

