Simple Tapi Sedap! Resipi Churros Cicah Coklat Pekat, Likat Ni Confirm Lulus

Share

Churros merupakan hidangan tradisi yang berasal dari Sepanyol dan Portugal . Ia kemudiannya popular diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Menu ini juga adalah sejenis “choux pastry” yang dipaip memanjang ke dalam minyak panas. Biasanya digaul dengan campuran gula dan serbuk kayu manis sebelum dihidangkan.

Kini, ada pelbagai bentuk churros dan ada pelbagai cara menikmati churros. Antara yang best ialah churros celup coklat. Biasanya churros berbentuk silinder/jejari, tapi kali ini sedikit berbeza kerana churros ini berbentuk bebola pula.

Jadi, jom tengok bagaimana nak buat churros bentuk bebola dan dicelup sos coklat yang pekat, melekat ni daripada Shima Bakar ini.

Bebola Churros & Sos Coklat Likat

Bahan-Bahan:

  1. 200 g tepung gandum
  2. 400 g air
  3. 35 g butter Anchor
  4. 2 biji telur
  5. 1 1/2 sudu besar gula
  6. 3/4 sudu kecil garam
  7. 300 g susu cair
  8. 3 sudu besar gula
  9. 2 sudu besar serbuk koko
  10. 2 sudu kecil tepung jagung
  11. 80 g milk choc Beryls (dark pun boleh)

Cara-Cara:

– Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.

 

– Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.

– Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati.

– Dah sebati, masukkan dalam piping bag.

– Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola. Jika nak guna nozzle lain pun boleh . Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar seperti yang KShima guna, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga didalam.

– Guna api sederhana Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali.

– Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.

– Goreng hingga kuning keemasan. Toskan.

– Satukan susu cair, serbuk koko, tepung jagung & gula (kecuali coklat).

– Nyalakan api. Guna api sederhana. Kacau hingga sebati, pekat & meletup-letup.

– Masukkan coklat , kacau hingga coklat cair & sebati. Padam api. Sejukkan & sedia digunakan.

Sumber: Shima Bakar

IKLAN