Churros merupakan hidangan tradisi yang berasal dari Sepanyol dan Portugal . Ia kemudiannya popular diseluruh dunia termasuklah Malaysia. Menu ini juga adalah sejenis “choux pastry” yang dipaip memanjang ke dalam minyak panas. Biasanya digaul dengan campuran gula dan serbuk kayu manis sebelum dihidangkan.
Kini, ada pelbagai bentuk churros dan ada pelbagai cara menikmati churros. Antara yang best ialah churros celup coklat. Biasanya churros berbentuk silinder/jejari, tapi kali ini sedikit berbeza kerana churros ini berbentuk bebola pula.
Jadi, jom tengok bagaimana nak buat churros bentuk bebola dan dicelup sos coklat yang pekat, melekat ni daripada Shima Bakar ini.
– Dalam kuali , satukan air, butter, garam & gula. Masak hingga mendidih.
Ads
– Kecilkan api, masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang sebati.
– Alihkan doh ke dalam bekas , masukkan 2 biji telur dan mix hingga sebati.
– Dah sebati, masukkan dalam piping bag.
Ads
– Guna Nozzle 9 F untuk hasilkan bentuk bebola. Jika nak guna nozzle lain pun boleh . Jika nozzle kecil, churros akan jadi memanjang tapi rangup. Jika nozzle besar seperti yang KShima guna, churros akan jadi montok, rangup diluar, lembut berongga didalam.
– Guna api sederhana Bila minyak dah panas, paipkan adunan sepanjang 1 inci & potong dengan gunting. Buat sampai penuh kuali.
– Pastikan minyak tidak terlalu panas ketika mula paip. Supaya churros tidak overcooked kat luar, dalam tak masak. Churros juga akan “pecah” jika suhu awal terlalu panas.
Sos cili Thai memang enak dinikmati dengan pelbagai jenis hidangan. Sebagai sos pencicah yang wajib ada bagi melengkapkan menu bergoreng sudah tentulah rasa masam, manis dan pedas itu perlu ada.
Bagi yang suka makan cicah sos cili ala thai boleh buat sendiri dan ikut kepedasan yang di ingini. Bukan setakat sebagai pencicah ia juga boleh dijadikan sebagai bahan perasa dalam masakan.
Resipi Sos Cili Ala Thai Homemade
BAHAN-BAHAN:
4 biji cili merah
9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang putih
1 ½ cawan air
2 sudu besar cuka
1 biji jus limau nipis
1 cawan gula atau secukup rasa
1 sudu garam atau secukup rasa
2 sudu makan sos ikan
1 sudu besar tepung jagung + 2 sudu besar air
Cukup Rasa Masam, Manis, Pedas
CARA MEMASAK:
Kisarkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air
2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan, garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api.
3. Campurkan tepung jagung ke dalam air. Kacau sebati. Masukkan ke dalam periuk. Kacau sehingga sos memekat lebih kurang seminit.
4. Setelah sejuk, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
Memang puas hati kalau buat sendiri. Terjamin kebersihannya.
Kredit resepi: imah rahman
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
-larut kan garam,gula bersama air suam..
-planta,telur dan minyak masak gaulkan bersama tepung td..
-masuk kan air td sedikit demi sedikit..
-uli sampai doh x melekat di tangan
(Jika lembik tambah kn tepung…klu keras renjis kan air dan uli semula
-siap di uli biarkan dlm 10 minit..kemudian boleh buat doh bulat2..
-doh td sapu dengan Planta,,biar semalaman esok pg baru tebar..
Kredit: resepi MAMA
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Nak buat donut ni nampak aje mudah tapi jika salah sukatan, keras dibuatnya. Tiada lagi gebus gebasnya.
Sebagaimana resipi ni, mudah sekali ikut sukatan canwan dan daripada pengalaman membuat donut sendiri. Paling menarik disertakan dengan tip untuk pastikan donut jadi lebih lembut dan tahan lama.
Ikuti perkongsian ini.
Tips dan resepi buat donat. Berdasarkan pengalaman sendiri. Jadi mohon maaf salah silap dan kekurangan. Ada orang pandai, takyah sukat, takyah uli pun jadi. Tapi macam Sis ni kurang pandai, kena sukat, kena uli, baru jadi. Sis cakap awal-awal taw. Resepi ni memerlukan uli-menguli. Tu teknik utama. Jadi yang tak suka menguli, boleh abaikan. Yang suka menguli, bersedialah baca post yang panjang.
Kita mula dengan resepi dulu ye. Setakat ni, resepi Sis pakai satu je. Bahan pun setakat yang ada dalam dapur. Mudah dapatlah kiranya. Dan dengan resepi ni jugak Sis buat crust pizza, pau, roti. Semua boleh. Cuma beza pada lama menguli je. Alhamdulillah. Setakat ni, tak pernah lagi tak jadi donatnya. Resepi tak payah uli pun ada. Tapi Sis selesa resepi yang ada uli2. Suka ber’me’time di dapur. So kalau korang ada resepi takyah uli, dan selesa macam tu, pakai je resepi masing2.
Resepi donat: 2 cawan tepung gandum 3/4 cawan air suam (jangan panas, nanti yis mati) 1 sudu makan yis (rata, jangan membukit) 2 sudu makan gula (rata) 1 sudu makan marjerin (membukit) Campur kesemua bahan dalam bekas. Sis tak bancuh yis. Campur terus. Bila dah campur, gaul rata dan boleh mula menguli. Nak senang, uli pakai mixer atau breadmaker kalau ada.
Kalau pakai mixer, pakai hook yang bergulung tu. Tapi maksimum 3/4 cawan tepung jelah. Kalau lebih, takut motor mixer rosak. Uli sampai muka doh jadi licin macam telur dikupas.
TEKNIK RAHSIA DONUT CANTIK
Tu rahsia donat cantik dan gebu. Berapa lama nak dapat macam tu? Kalau pakai mixer, 5/7 minit je. Rujuk gambar mixer dan hook dan baca caption ye. Kena ada cara yang betul supaya mixer tak rosak. Kalau takda mixer, pakailah tangan. Ulilah semampu kita.
Lepas uli, bulatkan doh jadi bola dan rehatkan. Masa biasa sejam. Tapi bergantung suhu keadaan sekeliling. Kalau panas, cepat kembang dohnya. Kalau lembap, lambat sikitlah. Asal dah naik dua kali ganda saiz asal, oklah tu. Bila dah kembang, dah cukup masa, tumbuk2 doh untuk buang angin.
Lepastu uli balik dalam seminit dua.Lepastu boleh bentukkan jadi bentuk donat. Pakai acuan boleh. Canai dan tekap. Sis biasa pakai tangan. Timbang doh 75gram sebijik. Pastu bulat2kan jadi licin. Pastu penyek kat tapak tangan dan cucuk di tgh2 dengan jari.
Dapatlah bentuk donat. Lepas bentukkan, rehatkan lagi dalam 30/40 minit. Dah cukup masa, goreng donat. Macam mana tahu dah cukup kembang atau tak? Sebelum goreng, masa angkat donat tu, timang2 dalam tapak tangan ke, kalau rasa ringan dan nampak kembang dah, bolehlah goreng.
GORENG API PERLAHAN Goreng dengan minyak yang panas, tapi api slow. Caranya, panaskan dulu minyak dengan api sederhana atau kuat. Bila minyak dah panas, turunkan jadi api perlahan. Barulah goreng donat. Balikkan sekali je donat tu ye. Supaya tak serap minyak. Bila dah masak, boleh salut dengan gula ke, susu ke, coklat ke, apa2 sajalah kesukaan kita.
Tips:
CAWAN SUKAT Cawan sukat tepung dan air, mesti cawan yang sama. Jangan lain2 saiz. Nanti nisbah lari. Sis pakai cawan metrik. Boleh beli dekat DIY.
Pakai cawan ni ha. Yang paling besar kat bawah tu adalah sukatan secawan. Lepastu ada sukatan 1/2 cawan dan sebagainya. Beli kat daiso ke, DIY ke. Ada jual
CARA BANCUH YIS
Yis. Kalau dah biasa bancuh dengan air dan tunggu berbuih, buatlah cara tu. Cara saya ni cara malas. So kalau tak yakin yis ok ke tak, bancuhlah dulu. Kalo tak berbuih, rosaklah yis tu. Saya selalu check ngan sudu plastik.
Cucuk je sudu tu dalam peket yis tu. Kalo melekat yis, ok lagi tu. Hidup lagi. Air suam kalau tak pasti, pakai air biasa je. Kekadang terlampau panas, mati pulak yis. Uli doh sampai licin kalau nak donat tu cantik dan lembut.
ALAT ULI
Ada orang uli sampai doh jadi elastik macam gula getah. Mmg lembut sangat donatnya. Tapi kalau tak mampu atau takde peralatan yang sesuai, takpelah. Yang penting donat tak keras batu.
Pakai hook ni ha. Tapi jangan lebih 3/4 cawan tepung la adunan tu. Takut tak tahan. Nanti motor mixer rosak. Tapi kalau pakai breadmaker atau mixer heavy duty tu, bolehlah tepung banyak sikit.Sis pakai mixer ni je. So selalu buat dalam 2 cawan tepung je. Dua cawan tepung tu biasa dapat 7/8 biji donat bergantung saiz gaklah. Uli pakai hand mixer kecik mcm ni ada cara dia. Jangan tekan2 mixer ke dalam doh tu. Lalukan je kat sisi2 doh, biar hook sendiri “masuk” ke dalam doh masa dia berputar tu. Kalo tekan2 hook ke dalam doh, hancurlah mixer. tekanan tinggi. Tak tahan dia. Tapi tengok mixer jugaklah ye. Kalau yang agak biasa tu, kita tak yakin, jgn pakai. Sis punya ni pensonic. Setakat ni mmg sentiasa buat donat uli pakai mixer ni. Ok je. So kalo korang x yakin dgn mixer sendiri, jgn pakai. Takut rosak. Bukan salah I. Ini cadangan saja.Uli sampai licin macam ni. Baru lembut donatnya. Dan cantik. Tak pecah2
REHATKAN DOH DALAM OVEN
Kalau korang jenis yang bahagi2kan doh jadi kecik2 atau timbang doh kecik2 baru bentukkan jadi donat, Sis cadangkan belajar teknik rounding sekali. Rounding bagi cantik. Licin. InsyaAllah, lawa donat. Boleh tgk video rounding dough kat youtube. Rehatkan doh di tempat tertutup dan panas kalau nak doh cepat naik. Sis biasa rehatkan dalam oven je. Tak payah on pun oven tu. Just rehatkan je dalam tu. Sebab tertutup kan. Panas sikit.
GUNA RESIPI SAMA BOLEH BUAT PIZA DAN ROTI LAIN
Guna resepi yang sama, boleh buat pizza, roti, pau. Kalau buat pizza, Sis biasa uli sikit je. Sebab crust pizza tak gebu sangat pun takpe. Tapi kalau nak gebu, ulilah lama. Kalau buat roti, baru Sis uli lama. Sampai elastik dohnya. Nak dapat roti macam kapas kat dalamnya. Resepi lain banyak je untuk roti ni. Tapi Sis ni guna resepi satu ni je.
Donat ubi keledek ungu. Dalam 2 cawan tepung tu, campurkan 1/2 cawan ubi keledek yang dah direbus. Dalam air boh pewarna ungu sikit.Donat pandan. Dalam air yang kita nak guna tu, campurkan sedikit esen pandan dan pewarna hijau
ROTI TAHAN LAMA, LEMBUT DAN LEBIH SEDAP
Nak sedap lagi, nak roti tahan lagi, kena ada bahan lainlah. Improver ke, softener ke, K Fine Cream ke. Ni biasa orang meniagalah guna. Nak bagi roti tahan lama. Kalo guna improver, guna softener sekali. Tapi kalo guna K Fine, cukup K Fine saja. Sbb lengkap dah fungsi dia. Utk lembutkan roti, bagi tahan. Tepung kalo guna high protein, lagi baik. Tapi sukatan air saya tak pandai sgt utk tepung jenis tu. So sy x dptlah nak ajar. Bahan2 ni semua cari kat kedai bakery. Dan kena guna resepi lainlah ye. Resepi saya simple je. Bagi Sis, donat ni mudah je. Asal cukup cecair dan paling penting cukup uli. Lembutlah dia.
JANGAN TERLEBIH PERAP ELAK DOH JADI MASAM
Lepas bentukkan donat, kita letak atas pinggan. Taburlah tepung dulu biar banyak sikit. Supaya donat tak melekat kat pinggan. Nanti susah nak angkat. Penyek pulak kena tangan kita. Masa goreng, jadi tak lawa. Jangan terlebih perap. Bila terlalu lama perap, doh jadi masam. Bau pun tak sedap. Dan nanti mudah penyek bila nak angkat. Bila goreng, donat jadi keras. So suggested time perap lepas bentukkan jadi donat tu dalam 30 minit gitu. Asal dah kembang, dah ringan dalam tangan, bolehlah goreng.
GUNA SCRAPER ANGKAT DOH DONAT
Satu lagi. Kadang2 ada yang tak berapa pandai nak angkat donat masa nak goreng. Sis cadangkan guna scraper. Boleh tgk gambar kat bawah.
Ni scraper. Dulu2 masa Sis baru2 mendonat, mmg tak reti gak angkat dari talam masa nak goreng. Donat/bomboloni, kalo ngam2 je kita perap, mmg mudah angkat. Takkan lembik/penyek masa kita pegang. Tegap je rasa. Tapi ringan. Dah boleh goreng. Cukup perap. Tapi kalau terlebih sikit, mmg lembik sikit. So angkat guna scraper ni. Tolak2 je donat kita tu bagi naik atas scraper ni, pastu slow2 jatuhkan dlm minyak. Hati2, takut kena minyak panas. Nak lapik dengan baking paper pun boleh. Gunting baking paper tu satu2. Saiz yang sesuai. Boh tepung sikit kat kertas tu, pastu boh donat. Nanti masa nak goreng, angkat, terbalikkan dlm kuali. Slow2 gak. Laju2 takut minyak terpercik
Ada gak lapik dengan baking paper. Angkat baking paper dan terbalikkan donat dlm kuali. Boleh gak. Tetap kena tabur tepung gak atas baking paper tu, sbb mmg melekat gak sikit2.
TRY AND ERROR
Resepi donat ada banyak. Tapi Sis guna mudah camni je. Alhamdulillah sentiasa menjadi. Dan kawan2 Sis yang pernah try pun menjadi gak. Uli kena cukup. Tu penting. Tapi kalau tak jadi, bolehlah explore resepi lain yang mudah dan sesuai dengan kita. Dan tips yang paling berguna sekali, kalau gagal sekali dua, jangan give up. Cubalah lagi. Explore resepi lain pulak. Mana yang sesuai dengan kita. Sis gagal lebih sepuluh kali sebelum faham cara dan jumpa resepi yang sesuai. So jangan cepat menyerah. Sis bukan pakar, penjual donat pun bukan. Cuma seorang ibu yang suka mendonat.
Ni la saja ceritanya. Sorrylah panjang sikit. Sis berkongsi. Kalau kita nak makan sesaja, tak penting sangatlah rupa tu. Asal sedap. Tapi mana tau ada nak buat meniaga ke. Kenalah buat lawa2 kan? Sis harap tips2 ni membantu. Resepi tu bolehlah pakai kalau berkenan. Kalau tak, boleh try resepi lain. Tapi tipsnya biasanya lebih kurang je. Selamat mencuba. Mohon maaf mana2 yang kurang. Last sekali, Sis minta maaf taw kalo korang cuba resepi ni, tapi tak jadi. Bolehlah explore resepi lain. Teknik dan pengalaman pun penting. Makin selalu buat, makin faham, mesti jadi. InsyaAllah.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.