Resipi Ayam Bakar Manis-manis Pedas. Masak Guna Oven, Mudah Buat & Sedap!

Kalau ke bazar Ramadan sebab teringin untuk membeli ayam kepak madu memang tak cukup kalau  beli sedikit. Mahu nanti berebut dengan anak-anak pula jadinya ketika berbuka. Jadi nak tak nak perlulah paling tidak beli sekurang-kurangnya seorang 3 ketul.

Tapi kalau nak puas makan, kenalah buat sendiri. Hendak makan beberapa ketul ayam pun tak kisah. Makan sampai kenyang!

 

 

Nak  tahu resipi yang paling enak untuk sediakan menu Kepak Ayam Manis-manis Pedas ini bolehlah cuba buat resipi yang dikoungsikan oleh Victoria Van Bennekum. Menurutnya setiap kali dia adakan party, habis licin dalam sekelip mata.

Bahkan menurutnya lagi, untuk sediakannya juga mudah iaitu hanya dibakar menggunakan oven sahaja!

Resipi Ayam Bakar Manis-manis Pedas. Masak Guna Oven, Mudah Buat & Sedap!

Kepak Ayam Manis-manis Pedas

Bahan-bahan:

1 kg kepak ayam – Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.

IKLAN

Madu (honey)

Bahan Rempah:

1 sudu kecil serbuk jintan

1 sudu kecil serbuk ketumbar

1 sudu kecil serbuk bawang putih

2 sudu kecil serbuk bawang

2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)

1 Sudu kecil serbuk kunyit

IKLAN

3 sudu makan tepung jagung

2 sudu besar kicap manis

Garam secukup rasa

BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.

IKLAN

2.Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).

3.Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

4.Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .

5.Akhir sekali, campurkan madu dengan kapak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup … lebih kurang 10 – 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing-masing dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.

Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.

Resipi Ayam Bakar Manis-manis Pedas. Masak Guna Oven, Mudah Buat & Sedap!

Petua:

Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing-masing

Selamat mencuba.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI