Tidak dinafikan mengandungkan anak kembar ini banyak cabarannya berganda untuk memastikan anak-anak mendapat keperluan yang sempurna.
Siapa yang tidak gembira dikurniakan anak kembar. Sudah tentu ramai wanita mempunyai impian begitu. Bayangkan dua kali hamil, anak dah empat.
Begitulah rezeki buat puan Sharla Rose dan suami dikurniakan dua kali kehamilan dengan kembar iaitu kembar dua dan kembar tiga yang kesemuanya perempuan. Keseluruhan anak enam orang termasuk anak sulung lelaki.
Ads
Kisahnya sebelum ini viral ketika anak kembar tiga dijaga oleh anak-anak yang lain. Lebih kagum semuanya diuruskan dengan sempurna tanpa bantuan pembantu rumah.
Ads
Menerusi facebook miliknya beliau berkongsi kembali menarik perhatian warga net menerusi pelbagai pertanyaan mengenai anak kembar.
Ads
Comel! Gambar terkini. Dah besar anak-anak kembar ni.
Gambar yang pernah viral sebelum ini
“Sis ke yang viral dulu yang abang kakak jaga adik sorg 1 tu?”
-Ya sis. Maaf ya kalau tak sempat nak reply komen sis dekat post saya.
Tak amalkan makanan tambahan
“Sis ada ambil supplement apa-apa ke atau ada petua ke yang boleh share?”
-Jujur saya takda ambil apa-apa ubat atau amalkan petua. Mungkin rezeki dan keturunan belah suami saya ramai twins.
Pantang, suami uruskan
“Macam mana la jaga masa dalam pantang? Ada maid ke mak ke yang jaga? “
-Dalam pantang dari anak 1st sampai triplet semua suami yang jaga. Saya cuma berpantang menyusukan baby dan jaga diri sndri je. Yang triplet malam-malam saya susu kan 2 org, baby lagi seorang suami jaga bg susu botol..sbb dia tak ada susu.
Siang sebelum pergi kerja suami mandi kan anak-anak semua dulu, masak, uruskan saya mandi, tungku, bengkung, param pilis sume dia uruskan dulu. Dah complete semua baru dia pergi kerja..
-Dulu masa triplet kecik mmg tak terfikir nak tmbh baby lg.. tp bila semua dh besar sikit ni rasa rindu nak ada baby lagi hihi tapi masih merancang lg. Inshaa Allah andai ada rezeki saya terima
“Anak lelaki ada sorg je yang lain perempuan. Tak risau dia jadi lembut ke sis?”
-Alhamdulillah setakat ni saya dan suami sangat menjaga batas-batas dia sebagai seorang anak lelaki, mainan,pakaian, sifat dia semua kami jaga agar menjadi sorg lelaki. Disebabkan adik-adik semua girl, jadi dia bersifat lembut dgn adik dan dia tak bercampur dengan anak-anak yang lain yg sebaya dia di kawasan rumah saya yang dah mula lepak-lepak, lumba basikal dan masalah sosial. Alhamdulillah, dia bertanggjawab dan rajin bantu kerja rumah, main dan layan adik-adik je..
Terima kasih kerana sudi komen post saya dan maaf sebab saya tak dapat reply satu satu.
Dalam setiap rumahtangga pasti ada pasang surutnya. Setiap isteri mahu melihat suaminya bahagia bersamanya selalu. Terdapat 10 tanda suami anda bahagia bersama anda.
1. Sentiasa berhubung
Apabila suami pergi kerja mahupun ada urusan pekerjaan, dia akan menghubungi isterinya setiap hari dan memberitahu betapa rindunya dia pada anda. Dia juga selalu membuat laporan seperti menghantar Whatsapp kepada isterinya. Contohnya, dia memberi tahu bahawa dia sudah sampai ke tempat kerja.
2. Selalu sebut “I LOVE YOU”
Dia akan memberi tahu yang dia cintakan anda dan akan mengulanginya setiap hari bahawa dia amat sayang kepada anda.
3. Ringan Tulang
Dia juga suka membantu dan menguruskan hal dalam rumah kerana dia mahu meringankan beban anda. Dia akan mengemas dengan sukarela dan menguruskan hal rumah supaya anda berasa selesa. Selain itu, dia juga akan turut mendidik anak-anak untuk membuat perkara yang sama. Kerana dia sedar bahawa mendidik anak bukan hanya terletak pada isteri semata-mata.
4. Selalu Puji Isteri
Dia suka memberi pujian pada anda, dia suka memberi perhatian kepada anda dan segala benda yang anda lakukan dia akan memberi pujian. Dia juga tidak akan jemu melihat anda tidak kira apa jua perubahan yang berlaku kepada anda. Dia tidak akan menghamburkan kata-kata yang boleh mengguris hati anda.
5. Menjadi Penenang
Dia akan selalu ada bersama anda dan memeluk erat saat anda menangis dan mempunyai masalah. Apabila anda berasa kecewa, sakit hati dan sedih, dia akan ada untuk menenangkan anda. Dan dia juga akan berusaha memahami apa yang anda lalu.
6. Perkongsian Dari Hati Ke Hati
Ini adalah tanda suami bahagia yang sangat jelas. Dia akan berkongsi segalanya dengan anda. Cerita sedih mahupun cerita gembira. Apabila dia terbuka untuk berkongsi masalahnya mahupun mengenai perancangannya, dia mengharapkan anda mendengar dan memberi sokongan. Kerana dia tahu anda satu-satunya orang yang memahaminya .
7. Selalu Peluk Dan Cium
Apabila dia pulang bekerja, dia akan menghadiahkan anda pelukan dan ciuman kasih sayang. Dengan itu anda boleh tafsirkan perbuatannya itu bahawa dia sangat gembira apabila pulang ke rumah dan bertemu dengan anda.
8. Tidak Malu Panggil “Sayang” Di Depan Orang Ramai
Tanda suami anda bersikap natural pada bila-bila masa. Suami yang panggil nama manja isteri tanpa rasa malu, itulah lelaki sebenar.
9. Tidak Malu Pegang Tangan Isteri Depan Orang
Kadang-kala kita nampak ada pasangan yang sudah tua tetapi masih berpegang tangan. Ramai yang inginkan saat seperti itu kerana saat itu adalah yang paling manis.
10. Selalu Ajak Solat Berjemaah
Bila suami tidak ke masjid atau surau, dia akan mengajak isteri solat berjemaah bersamanya. Oleh kerana dia sayangkan isterinya dia mahukan isterinya mendapat pahala bersama-sama. Dan jika mempunyai anak, dia akan ajak anak-anaknya solat berjemaah bagi mengeratkan lagi silaturrahim bersama keluarga.
Akhir sekali, kepada para lelaki ataupun suami hargailah isteri anda dan berilah kebahagiaan dan kasih sayang yang cukup untuk mereka. Dan untuk isteri pula, terimalah baik dan buruk suami anda. Dan hormatilah mereka sebagai suami. Barulah rumahtangga bahagia.
Khabar duka. Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad.
Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan.
Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu.
Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.
Perdana Menteri Nepal Pushpa Kamal Dahal melahirkan rasa sedih atas “kemalangan tragis Yeti Airlines ANC ATR 72 yang dalam perjalanan dari Kathmandu ke Pokhara.”
“Saya dengan tulus merayu kepada anggota keselamatan, semua agensi kerajaan Nepal, dan orang awam untuk memulakan penyelamatan yang berkesan,” menurut ciapannya di Twitter.
Kedutaan India di Kathmandu pada Ahad mendedahkan maklumat yang diberikan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Nepal bahawa lima warga India menaiki penerbangan itu.
“Kedutaan sedang berhubung dengan pihak berkuasa tempatan dan sedang memantau keadaan,” menurut misi itu.
Ekoran tragedi duka ini, Nepal mengisytiharkan tempoh berkabung mulai Isnin, sehari selepas sebuah pesawat terhempas ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 68 nyawa.
Mungkin ada antara kita yang biasa buat begini, lepas beli baju atau seluar terus pakai. Dengan alasan baru dan tiada sebarang kotoran. Tapi sebenarnya cara ini salah. Mungkin nampak bersih tetapi sebaiknya cuci terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari. Lagipun kita tak tahu bagaimana proses pembuatan pakaian itu. Mohd Fhais berkongsi tentang isu ini di facebooknya baru-baru ini.
Jangan Terus Pakai Baju Yang Baru Di Beli Saya selalu nasihat kat orang benda ni, bah kan pelanggan #byrara sendiri pun saya akan nasihat benda yang sama. Cuci dulu sebelum pakai. Ini pengalaman saya sendiri semasa melawat kilang buat baju di bangladesh tahun lepas. Nampak tak longgokan kain yang saya buat anak panah tu?
Itu la kain kain yang kuantitinya lebih dari 1000kg dan sudah berbulan bulan duduk kat situ. Tersadai kat situ tanpa ada perlindungan atau di tutup rapi. Saya jadi tertanya tanya bila lihat kain kain ni terdedah begitu je. Kat sini bebas seranga ke? (tanya dalam hati) Tak puas hati jadi saya tanya pada owner kilang. “Di sini tak ada tikus atau lipas ke?” Terkejut saya bila owner kilang ni jawab tikus dan lipas ada banyak. Saya pun tanya lagi, “Habis ni kain semua kalau kena berak atau kencing dengan tikus macam mana?” Owner tu jawab senang je, diorang akan gunting dan buang. Selebihnya guna buat baju. Aduh, sejak dari itu setiap kali beli baju baru saya akan basuh dulu sebelum pakai. Tak kira la baju jenama besar ke, jenama kecil ke saya pasti basuh dulu. Kita bukan tahu sepanjang proses nak hasilkan baju tu ntah apa apa benda atau seranga dah lalu melintas pada kain tu. Banyak benda dah melekat kat kain tu. Kita bukan nampak pun. Basuh je la dulu senang. Tak rugi apa pun, hilang bau kedai je! Sampaikan pada orang lain juga ye, masih ramai yang sambil lewa pasal benda ni. Mohd Fhais
Mata nampak bersih tak semestinya bersih
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.