“Siti Nurhaliza Sumber Kekuatan Hidup Saya.” Hasrat Pesakit Saraf Dari Indonesia Bertemu Idolanya Jadi Kenyataan. Sebaknya Tengok!

Share

Bukan hanya menjadi kesayangan dan bergelar penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza juga turut disayangi oleh penduduk di negara jiran.

Bagi, Khusnul Khotimoh yang berasal dari Surabaya, Jawa Timur, dia sangat berharap dapat bertemu idolanya Datuk Seri Siti Nurhaliza biarpun sedar perkara tersebut sangat mustahil.

Siapa sangka, impian pesakit polio ini akhirnya menjadi kenyataan apabila penyanyi pujaannya muncul.

Dalam satu program bual bicara Hitam Putih terbitan stesen televisyen Trans 7, Indonesia pada Selasa, Khusnul dikejutkan dengan kehadiran penyanyi yang disifatkan menjadi inspirasi buatnya untuk meneruskan kehidupan.

Pertama kali bertentang mata, hanya tangisan kegembiraan yang kedengaran. Dirinya seolah-olah tidak percaya namun itulah kebenarannya.

Sedutan video itu juga dapat ditonton di laman Instagram Siti Nurhaliza @ctdk atau Instagram pengurusnya, Rozi Abdul Razak @rozisangdewi.

Di dalam video tersebut kelihatan Khusnul begitu teruja dan  dia memeluk dan mengucup tangan Siti Nurhaliza sambal diringi tangisan yang panjang.

Sebelum kehadiran penghibur yang juga buah hati kesayangan Malaysia dan Indonesia itu, Khusnul yang ditemu bual pengacara program berkenaan, Deddy Corbuzier dan dua lagi pengacara lain, mendedahkan, sudah terlalu lama dia menyimpan keinginan untuk mengucapkan terima kasih kepada Siti Nurhaliza.

“Terima kasih buat beliau (Siti Nurhaliza) kerana menjadi penyemangat hidup saya. Mendengar suara beliau sahaja sudah memberi semangat buat saya,” kata Khusnul.

Rakaman saat-saat sedih pertemuan Khusnul dengan Siti Nurhaliza dapat ditonton dalam video berdurasi 12.59 di saluran YouTube Trans7 Official.

Siti Nuhaliza yang baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-40 pada 11 Januari lalu mengadakan kunjungan singkat ke Jakarta bagi mempromosikan konsert solo beliau yang akan diadakan di Istora Senayan, Jakarta pada 21 Februari ini.

Sumber: Transmedia, IG Rozisangdewi & Astro Gempak

IKLAN