Snek Sedap, Berkhasiat! Bakwan Rangup Hidangan Minum Petang Seisi Keluarga

Share

Bila sebut tentang snek di petang hari, pastinya hidangan bergoreng sangat menepati citarasa masyarakat Melayu. Bakwan merupakan menu yang boleh dikatakan sihat kerana menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama.

Cara nak membuatnya juga tidak remeh, hanya ikut sahaja step yang dikongsikan oleh Siti Khajar

ini. Bakwan juga sangat sesuai dijadikan menu snek petang bersama keluarga.

Bakwan Rangup

Bahan-Bahan:

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 1 sudu tepung beras
  3. 4 sudu tepung bestari pedas (pilihan)
  4. 1/2 cawan udang geragau kering
  5. 1biji telur (pilihan)
  6. Sedikit garam
  7. Sedikit serbuk kunyit
  8. 1 1/2 cawan lobak merah sagat
  9. 1 1/2 cawan taugeh
  10. 1 1/2 cawan hirisan kobis
  11. 5 tangkai daun kucai
  12. 1 labu bawang besar hiris kasar

Cara-Cara:

– Bancuh tepung gandum, tepung beras, tepung pedas, udang, telur, garam dan serbuk kunyit dengan air ais. Agak-agak jangan pekat dan jangan cair.

– Masukkan lobak merah, taugeh, kobis, daun kucai dan bawang besar. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak yang banyak.

Sos Pencicah

Bahan-Bahan: 

  1. 2 biji lada merah
  2. 1 ulas bawang putih
  3. 1/2 sudu gula pasir

Cara-Cara: 

– Tumbuk lumat kalau tak lumat boleh je tapis. Campurkan dengan 4 sudu cili sos dan 4 sudu air panas.

Sumber: Siti Khajar

IKLAN