Bila sebut tentang snek di petang hari, pastinya hidangan bergoreng sangat menepati citarasa masyarakat Melayu. Bakwan merupakan menu yang boleh dikatakan sihat kerana menggunakan sayur-sayuran sebagai bahan utama.
Cara nak membuatnya juga tidak remeh, hanya ikut sahaja step yang dikongsikan oleh Siti Khajar ini. Bakwan juga sangat sesuai dijadikan menu snek petang bersama keluarga.
Sekarang ni macam-macam jenis makanan muncul. Bila ada variasi sikit, terus viral! Cumanya ikut tekak kita lah boleh terima ke tidak makanan yang viral tu. Ye tak?
Tapi dalam masing-masing mengejar nak mengikut trend makanan viral sana sini, makanan dulu-dulu juga jadi pilihan hati. Kiranya kalau makan terus teringat zaman kecil-kecil dulu, Gittew! Hehe
Macam rakan kita sorang ni kongsi resipi buat donut. Walaupun hanya donut, tapi orang yang baru first time nak belajar buat mesti rasa bangga sebab menjadi, kan? Jom tengok resipi dari Imah Akmal ni!
Kita pandai buat donut kampung je
Resepi Donut Gebu Kampung
1/2 cwn air suam 1/2 paket mauripan 1 sudu gula 1 sudu susu pekat (campurkan n biar smpi yis kembang)
Gaul sampai sebati semua ni,masukkan air yis td sikit2,tak cukup tambah air suam,uli smpi doh tak lekat kt tgn,doh jangan keras,lembut je..biarkan 40minit atau smpi doh naik sekali ganda)
Bulatkan ikut size yg nak,biarkan naik sikit,boleh la goreng..minyak panas,api sedang2 je.
Sy suka buat lubang sebelum goreng,tak suka buat lubang awal,nnt lubang tak cantik..cara saya la
Resipi ini mendapat 10,000 ribu perkongsian di laman Facebook dan rata-rata yang menggunakan resipi ini berpuas hati dengan kelazatan resipi ini. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umumnya semua tahu bahawa sayur-sayuran mengandungi khasiatnya seperti vitamin, mineral, lemak, protein dan karbohidrat yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang lebih sihat untuk yang mengamalkan makan sayur dalam diet harian.
Pun begitu, tidak dinafikan sayuran yang dijual untuk memastikan segar, petani akan menggunakan semburan racun perosak pada tanaman. Ini bermakna sayuran yang kita makan juga perlu dibersihkan sebaiknya agar kita tidak termakan racun,ulat kecil dan sebagainya.
Berkongsi cara yang lebih mudah, ringkas dan jimat berkenaan cara cuci sayur, seorang doktor yang juga cukup dikenali di media sosial, iaitu Dr Syahr Musafir berkongsi info di facebook untuk dimanfaatkan bersama.
Ini perkongsiannya.
Selesai semua urusan ‘awal malam’ termasuk tidurkan anak-anak, rutin malam hari saya rendam sayur-sayuran untuk guna masak #SarapanPagi dan #BekalSekolah esok hari dalam air garam.
Saya guna garam kasar (ketul besar). Fungsinya sama seperti garam halus tu, untuk buang segala bahan kimia yang ada pada sayuran dan garam kasar ini juga senang larut sama macam garam halus, cuma garam kasar ini lebih murah. Dapat jimat kos. Tips rendam sayur dalam air garam ini adalah tips universal, semua orang yang memasak kena buat ni.
Istimewa jika rendam brokoli dan bunga kobis/cauliflower, saya akan titiskan beberapa titik cecair pencuci botol susu anak ke dalam air garam ini supaya ulat-ulat dalam brokoli, jika ada ulat, lebih mudah mati dan dikeluarkan apabila bilas/toskan esok pagi selepas direndam semalaman. Tips ini saya belajar daripada rakan sekerja saya, seorang professor bidang Patologi warga Australia, ketika belajar dan bekerja di Australia dulu.
Biasanya rendam 1 jam pun sudah cukup. Tetapi untuk sayuran yang keras dan tak mudah lembik, saya rendam semalaman. Ikut jenis sayuran, macam tomato dan timun, saya rendam 1 jam saja, takut jadi lembik apabila direndam lama.
Merendam dalam air garam ini penting untuk hilangkan kesan bahan kimia seperti racun sayuran, ‘pengawet supaya sayur tahan lama dan nampak segar’ dan seumpamanya. Selepas rendam, bilas supaya dibersihkan dan ditoskan/dikeringkan sebelum guna memasak.
Khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan yang beli dari kedai/pasar. Kalau dari tanaman sendiri yang bebas racun dan seumpamanya, tak rendam air garam pun tak apa. Bilas air je
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Sepanjang Ramadan ini, pasti ramai yang mencuba pelbagai resipi untuk dinikmati sewaktu berbuka puasa nanti. Dari makanan, pemanis sehinggalah minuman, ada sahaja resipi baru yang dicuba untuk menjadikan juadah suatu kelainan.
Bagi yang tidak mempunya masa, mungkin anda akan lebih memilih untuk membeli sahaja di bazar Ramadan namun untuk lebih kepuasan dan menjimatkan. Ada sebenarnya boleh melakukan sendiri setiap juadah yang terdapat di bazar.
Seperti air Vanilla Blue Aiskrim ini, jika di bazar sampai beratur panjang pengunjung sanggup lakukan demi mendapatkannya. Baru -baru ini seorang pelajar Facebook telah berkongsikan cara untuk membuat air ini.
Mudah sahaja rupanya dan yang paling penting ianya jimat dan puas dinikmati bersama keluarga.
“Sedapnya kalau berbuka minum vanilla blue aiskrim…”
Nak beli dekat bazar Ramadan, takut cepat cair dan tak manis pula. Jadi, solusinya buat sendiri sahaja air vanilla blue aiskrim ini di rumah seperti perkongsian Puan Nordiana di laman Facebooknya.
SEDAPNYA VANILLA BLUE AISKRIM NI, MEMANG ‘TERANGKAT’ MINUM!
Mudah sahaja nak buat kerana hanya menggunakan beberapa bahan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
CARA PENYEDIAAN :
– Campurkan semua bahan di atas ke dalam jug.
– Kacau hingga sebati. Tambah susu pekat sekiranya suka manis.
– Boleh hiaskan dengan aiskrim vanila. Sedia untuk dihidangkan.
Mudah kan? Mesti anak-anak teruja dan suka dapat minum air vanila blue aiskrim ini. Selamat mencuba!