Pemilihan daun pandan yang segar sangat penting untuk digunakan di dalam masakan bagi memastikan hidangan yang dimasak beraroma wangian pandan. Pun begitu, dalam mengekalkan kesegaran daun pandan ketika disimpan untuk tempoh masa yang lama, bukanlah semua maklum kaedahnya!
Jika tidak tahu gayanya, daun pandan yang diletakkan di dalam peti sejuk sekali pun akan layu dalam tempuh kurang daripada tiga hari dan hilang aromanya.
Sebenarnya ada 2 cara yang boleh dipraktikkan untuk menyimpan daun pandan ini agar kekal beraroma dalam tempoh yang panjang. Malah jika dipraktikkan, akan memudahkan anda untuk menyediakan bahan masakan yang menggunakan ramuan pandan di dalam resipinya.
Masukkan daun pandan di dalam beg plastik dan kemudian ikat kemas. Setelah itu, barulah disimpan di dalam peti sejuk dan tempatkan di bahagian penyimpanan sayur-sayuran.
Masukkan ke dalam mesin pengisar bersama sedikit air.
Kisar hingga halus.
Tapis dan ambil pati pandan tersebut.
Mudah sekali bukan? Bila kita sudah tahu trik untuk memastikan pandan yang disimpan kekal beraroma, tentu sahaja tidak menjadi kerisauan di hati setiap kali ingin memasak menggunakan pati pandan. Kata mudahnya, stok pandan sentiasa ada!
Ads
Pun begitu, dalam berkongsi tentang cara penyimpanan pati pandan ini selain biasanya dimasukkan di dalam bekas berpenutup. Ada satu cara yang dilihat sedikit berbeza, mudah dan ringkas. Malah turut menjimatkan ruang penyimpanan makanan di dalam peti sejuk. Ini telah dikongsikan oleh Shaz Abdul di dalam fbnya.
“Assalamualaikum dan selamat pagi. Sekadar perkongsian cara saya simpan jus pandan dan supaya tahan lama. Daun pandan yang sudah dikisar dan ditapis. Masukkan dalam plastik aiskrim dan simpan dalam tempat beku.”
Pati pandan yang dibekukan ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk dijadikan ramuan kek, kuih muih dan sebagainya. Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cili padi merupakan antara tanaman kesayangan yang sering digunakan di dalam masakan harian. Namun seringkali juga, tanaman cili ini sukar untuk kekal “hidup”, kurang menjadi, membesar apatah lagi mengeluarkan hasil.
Semua ini berpunca daripada serangan serangga perosak seperti siput, semut hitam, kumbang dan sebagainya.
Namun demikian terdapat petua yang cukup mudah untuk mengatasi masalah ini, iaitu hanya dengan menggunakan bawang putih.
Bahan-bahannya:
Beberapa ulas bawang putih
Langkah-langkah:
Tanamkan beberapa ulas bawang putih bersebelahan dengan pokok cili.
Jangan tanam terlalu dalam. Memadai sekadar menimbuskan tanah tersebut.
Biarkan sehingga bawang putih mengeluarkan tunas atau daun, nescaya serangga tidak lagi berani membuat sarang pada pangkal pokok ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Anna’s Mall & Laman Hati-Kebun Bandar:Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Santan sering digunakan dalam masakan. Ada jenis santan pekat dan cair. Ada yang di dalam kotak dan ada juga yang dibeli segar. Kali ini admin nak ajak ibu-ibu mengenali jenis-jenis santan yang di jual di kedai mahupun pasaraya.
Jom baca perkongsian oleh puan Ummi Syuhada mengenai jenis-jenis santan dan kegunaannya. Nampak sama tapi rupanya tujuan berbeza
SANTAN. TIPS & PENGGUNAAN SANTAN FRESH, KOTAK & SERBUK.
Antara sebab kenapa rumah saya banyak jenis santan. Saya gunakan semua jenis dgn tujuan yg berbeza.
Semua ni saya guna. Semua best
1. Santan kara pekat. Sesuai masakan berkuah sbb tekstur kental dan susah pecah minyak. Beginner yg belum mahir masakan berkuah santan sesuai guna ni sbb takde masalah santan pecah minyak & berketul. Ayam brand dan M&S cair sikit, kena lebihkan kuantiti santan berbanding kara. Rasa tiga2 sedap.
Kara. Kalau masakan berkuah santan mcm masak lemak cili padi ni, takde masalah takut terpecah minyak bila santan meruap. Lepas panaskan 2-3 kali lg pekat lg sedapSerunding basah. Santan M&S campur dgn Ayam Brand. Lebih cepat pecah minyak berbanding kara, mungkin sebab lebih cair. Kaler juga lebih cantik. Kara kalau terlebih santan, tekstur rendang jadi tebal. Santan M&S dan Ayam Brand saya tak dpt bezakan lg kualitinya, jadi demi kasih syg saya beli dua2 😄 😆
2. Untuk rendang, kara susah pecah minyak sbb pekat. Jadi, kena lebihkan air atau tumis dulu. Kalau guna daging yg berlemak tak perlu tumis sbb lemak tu akan keluar minyak.
3. Kalau nak guna kara utk pulut bersantan, kena cairkan dulu dgn air panas. Dia susah sebati masa nak gaul dgn pulut & bergumpal. Ayam brand dan M&S ok, boleh terus gaul & senang larut sbb lebih cair.
Freshly squeezed, tiada campuran air. Bila beku takde air batu terasing kat bawah. Kalau ada air batu, itu santan cair. Lalukan saja bhgn ais tu bawah pili kalau nak pati. Jgn marah penjual, sbb ada yg blend kelapa parut utk jual santan beku, wajib le guna air. Bukan semua ada mesin perah kelapa tu. *Biasanya resepi rendang 1kg daging dan 1kg santan, kalau guna pati ni cukup 1/2 kg je.
4. Santan fresh lepas beli terus masuk dlm chiller atau freezer. Kalau kuantiti yg banyak dlm 1 pek, (contoh 1kg) ada juga kemungkinan basi kalau lama dlm chiller sbb bhgn tengah bungkusan lambat sejuk, yg sejuk dulu bhgn keliling plastik. Kena timing waktu penggunaan. Dan ambil kira juga brp lama dia dah berada pada suhu luar. Jadi sebaiknya beli brg lain dulu sebelum santan.
Nasib baik guna 1 je kara. Yg ni guna Ayam Brand. Cantik boleh terus tuang dlm beras. Hasilnya cun tapi gmbr ni belum masak sepenuhnya
5. Santan fresh yg dah beku, kalau nak guna utk rendang & nasi lemak, terus masuk je takyah tunggu cair semula.
6. Santan fresh yg beku kalau nak buat masakan berkuah, kena rendam dlm bekas berisi air dulu, dah cair baru guna. Kalau tak kuah jadi pecah minyak.
Kalau takde daun pandan, tuang je serbuk perasa pandan dlm nasi lemak. Gmbr nasi lemak sebelah tu sebagai hiasan je
7. Santan serbuk sedap buat puding, agar2 bersantan, nasi lemak. Rasanya agak creamy. Yg ada perasa pandan sgt sedap utk nasi lemak.
Lemang cawan. Mula2 guna kara. Rasanya mungkin silap teknik & perlu cairkan dulu santan dgn air panas. Pastu tukar ayam brand. Next pic ➡️ lemang guna ayam brand
8. Santan serbuk adalah penyelamat masakan yg dah tercair. Tabur terus dlm kuah tp api kena kecik, tabur setempat jgn merata nanti susah nak kacau bagi larut. Kalau tak yakin, cedok sikit kuah dlm bekas, masuk serbuk dan kacau sampai larut dulu baru tuang balik. Cucur jagung atau cucur durian yg dah tercair bancuhan, tabur terus serbuk.
Alamak..kena cepat2 topup stok M&S ni.. biasa guna selang seli. Masa ambik gmbr td, ambik stok yg baru beli, tak perasan plak M&S abis langsung. 🌹 Sekadar berkongsi pengalaman dari dapur sendiri je..
9. Santan serbuk lebih murah. Lepas guna tak abis sepeket, baki boleh simpan lama. Gulung elok2 ikat getah @ kepit klip simpan kat chiller.
Pulut pelam. Mula2 gaul dgn kara.. tak jadi. Pastu tukar santan fresh. Cantik berkilat. Tak jadi sbb silap teknik.
10. Kalau rajin buat santan sendiri. Beli kelapa parut putih, blend, tapis dan bekukan dlm bekas kecik2. Kalau kelapa parut yg tak putih semua, baki mendapan akan menyebabkan santan keruh sikit. Tapi bukan masalah besar utk semua menu kecuali ketupat. Bila masak pulut dgn santan, jgn tuang sampai abis santan yg keruh bhgn bawah, nanti rupa ketupat jd lebih gelap & berbintik hitam kat pulut.
Untuk masakan tertentu, rendam sampai cair sebelum guna. Pek kecik ni kalau buat kari ikan guna sikit je.. kalau kari ayam/ daging kdg2 guna semua. Kuih-muih tradisional saya lebih suka santan asli mcm roti jala, ketayap, bengkang, kuih cara, tepung talam dll
11. Santan beku, nak cek cair ke tak. Tengok bhgn mendapan kat bwh. Kalau bhgn ais tu banyak, santan tu cair bila larut. Kalau nak santan yg pekat, bhgn ais beku tu lalukan bwh air paip, tinggalkan yg pati je.
12. Santan fresh kalau nak uji bertepung atau tak, cedok sikit letak dlm kuali, kalau cair jd minyak tiada tepung. Kalau jadi lempeng, bakinya tambah garam terus melempeng sampai abis. Cepat2 buat gulai ayam hantar kat saya 😂
Cucur durian.. kalau bancuhan tercair tabur je santan serbuk. Resepi anggaran. 2 cwn tpg gandum 2 sudu tpg goreng 2-3 ulas isi durian blend atau gaul terus Gula 2-3 sudu besar Garam 1 sudu kfc Cecair : Air @ santan anggaran 1.5 – 2 cawan. Mulakan dari 1.5 cawan dulu tuang sikit2. Perap 30 minit. Nak lagi rangup masa minyak tgh panas, ambik sesudu masuk dlm bancuhan, kacau2 rata sebelum goreng
Setakat ni dulu perkongsian saya. Baca juga caption kat gambar ye. Kalau sapa2 nak bagi tips tambahan silakan nanti saya edit.
*Disclaimer : Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis sahaja Ummi Syuhada
Air rebusan rebusan rempah dan herba sangat bermanfaat untuk kesihatan, lebih-lebih lagi untuk tujuan pencernaan.
Jom amalkanperkongsian Habibah Badar Bajrai ini bagi ibu-ibu yang mahu menurunkan berat badan dan mengempiskan perut kerana bertindak mencairkan lemak.
Lagi satu, air rebusan herba ini bukan setakat menguruskan badan tapi juga membuang angin menjadikan badan lebih ringan dan bantu kaum wanita lebih cergas buat kerja rumah.
Tak perlu risau dengan bahan-bahannya, tiada yang pelik. Semua berasaskan herba dan rempah yang sentiasa ada di dapur kita dan diketahui banyak khasiat.
Menariknya air ini juga boleh diamalkan oleh para suami yang ada masalah perut buncit juga. Jadi sekali isteri buat boleh kongsi dengan suami. Jom cuba!
Bahan-bahan
1 liter air
2 batang serai
7 biji cengkih
1 batang Kayu Manis Ceylon
3 hiris halia di ketuk
1 biji lemon
Madu
Cara membuat:
Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15-20 minit.
Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah satu hirisan lemon dan tambah 1 sudu madu. Minum ketika masih suam sebelum makan.
Baki air rebusan, boleh disimpan dalam peti sejuk. Jika mahu diminum, ambil setengah gelas dan campur setengah gelas air panas. Perah lemon dan tambah madu. Kena minum suam suam ok!
Hasilnya? Jika diamalkan boleh membantu menguruskan badan, perut kempis, pastu badan rasa bertenaga dan ringan. Boleh jadi air detox juga! Memang berbaloi untuk mereka yang mahu kurus cepat tapi sihat.
Khasiat bahan dalam air rebusan
Serai
Menurunkan berat badan, tekanan darah, mengurangkan kolesterol & gula dalam darah, membuang toksin dari badan serta membantu pencernaan.
Halia
Buang angin dalam badan, mengurangkan bau hamis darah ketika haid, meningkatkan tenaga batin, merawat pengaliran darah yang bermasalah serta memanaskan tubuh.
Cengkih
Merawat masalah pernafasan, membantu sistem pencernaan, memanaskan tubuh, sumber antioksidan yang menjaga kesihatan kulit & wajah.
Kayu manis Ceylon (true cinnamon)
Mengurangkan kolesterol, membantu melambatkan proses penuaan, merawat nafas berbau, mengurangkan kadar gula dalam darah dan mampu memecahkan lemak
Madu
Meningkatkan antibodi badan, menambah stamina, mencantikkan kulit, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam badan.
Lemon
Melancarkan pencernaan, membersihkan darah, memecahkan lemak di tubuh dan membantu meningkatkan stamina.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.