Roti nan enak dimakan bersama kuah kari selain dimakan bersama ayam tandoori. Selama ini ramai yang ingatkan susah nak buat roti nan sedap macam dekat kedai, rupanya mudah sahaja.
Kalau makan panas-panas memang terbaik. Jika anda dan keluarga sukakan hidangan ini, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian Nor Aini Abd Rahman ini ya!
Roti Nan Homemade Rupa Macam Turkish Bread
RESIPI ROTI NAN
Lembut Dan Gebu
Bahan-bahan:
2 cawan tepung high protein
1/2 cawan air masak
1 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
Ads
Cara membuat:
1. Uli semua bahan sehingga membentuk doh tak lekat di tangan, rehatkan 1 jam bagi doh kembang.
Ads
2. Bahagikan kepada 3 bahagian, bulatkan doh dan leperkan dengan rolling pin.
Ads
3. Bakar atas kuali 5-6 minit sehingga kedua-dua belah keperangan dan angkat.
Aneka resipi biskut terasa ingin dicuba untuk dijadikan sebagai hidangan istimewa di hari raya nanti. Diharapkan juga biskut yang dimasak nanti menjadi dan sempurna.
Pun begitu, ada baiknya hadam betul-betul beberapa tips berkaitan penyediaan biskut untuk info bersama. Semoga bermanfaat.
TIP BUAT BISKUT
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar sebab kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekali arus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
Untuk biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Memasak juga ada cabarannya yang tersendiri, jangan ingat walau sekadar sediakan menu ikan goreng ianya cukup mudah dilakukan.
Apatah lagi jika ikan yang digoreng itu adalah ikan keli. Memang akan ada aksi ‘berperang’, mengenakan tudung periuk sebagai perisai melindungi diri dari percikan minyak panas.
Pun begitu tahukah anda, ada petua dan tip boleh digunakan untuk atasi masalah ikan keli meletup ketika digoreng?
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Aju Aminudin ini.
PETUA IKAN KELI TAK MELETUP SEMASA DIGORENG
Ramai orang yang suka makan ikan keli goreng. Tapi sebab tak sanggup nak ‘berperang’ dengan ikan tu yang asyik meletup masa digoreng di dalam kuali, jadi dilupakan je lah hasrat nak menggoreng ikan tu. Ataupun jalan selamat, beli je lauk yang dah siap dimasak, kan?
Meh sini Cikju nak bagi PETUA macam mana tak nak bagi ikan keli ni meletup ketika digoreng, dan sedap dimakan. Petua ni diturunkan oleh mak Cikju. Moga kita sama-sama dapat manfaatnya.
Bersihkan Darah Beku
Mula-mula, ketika menyiang ikan keli, make sure kita buang darah beku yang terdapat pada leher ikan tu. Ramai yang terlepas pandang dan tak tau tentang ni.
Kalau nak tau di mana ada darah beku tu, ambil pisau, leretkan bawah rahang ikan yang keras tu, kelarkan di bahagian tu. Kita akan jumpa darah beku tu.
Buangkan. Itu untuk kebersihan je. Takde kena mengena pun dengan ikan yang meletup ketika digoreng tu . Tapi disebabkan ada yang tak tau tentang perkara ni, lebih baik kita bagi pencerahan sikit, ye.
Cuci Dengan Garam & Asam Keping
Kemudian, kelar ikan keli macam biasa. Basuh dengan garam dan asam. Sebaiknya guna garam kasar dan asam keping sebab asam keping membantu mengurangkan lendir ikan. Lepas cuci dengan asam garam, bilas dengan air paip, toskan.
Gaul Dengan Tepung
Ketika nak menggoreng, gaulkan ikan dengan garam kunyit macam biasa dan rahsia untuk ikan tak meletup semasa digoreng bermula di sini.
Tambahkan tepung jagung pada ikan keli sekadar menyalut ikan tu je. Disebabkan tak perasan tepung jagung dah habis masa buat kuih aritu, Cikju bantai je tepun kastard yang ada. Boleh je lah.
Panaskan minyak dalam kuali sehingga betul-betul panas, perlahankan api sekejap dan masukkan ikan keli satu persatu. Goreng sampai betul-betul garing. InsyaAllah ikan keli yang digoreng tak meletup.
Tak payah sampai kome nak pasang perisai bagai, kan. Rumah pun tak berkecah dengan minyak yang meletup-letup tu. Setakat meletup-letup manja tu biasa la. Goreng ikan kembung pun kadang-kadang meletup jugak. Ye dak? Haha.
Tengok kejadian ikan yang dah digoreng tu. Cantik je kan?
Hari ni Cikju masak Ikan Keli Masak Taucu. Nak resepi jugak ke? Tak payah le kot. Kome pun dah pandai kan? .
Okay, sekian sharing macam mana nak elakkan ikan keli meletup ketika digoreng. Tapi kalau meletup jugak, pandai-pandai le kome mengelak. Tak pun kome baca la apa-apa ayat atau doa yang patut ye.
Yang nak share tu dipersilakan je share ye. Semoga lepas ni kome dah tak takut nak menggoreng ikan keli lagi.
Mungkin ada yang membayangkan untuk menyediakan hidangan yang enak tentu susah cara penyediaannya. Namun tidak semua begitu, contohnya jika anda ingin menyediakan hidangan Daging Masak Merah Ala Thai yang menyelerakan ini.
Melalui perkongsian resipi dari Maznah Sumaila ni, yakin sangat sesiapa pun sebenarnya boleh memasaknya. Nampak mudah!
Jadi usah tunggu lagi, apa kata hari ini anda sediakan menu istimewa ini untuk dijadikan sebagai menu istimewa keluarga anda.
Selamat mencuba.
Daging Masak Merah Ala Thai KapKunKap
Bahan-bahannya :-
– Daging 500 gram
– Bawang Putih 2 biji size paling besar dalam labu dia.
– Bawang Holand sebiji. Memang banyak guna bawang holand supaya sedap manis.
– Cili Merah yang besar
– Sos cili
– sos tomato
– sos tiram-beli online disini
*semua ikut suka nanti nak letak banyak mana.
– Pewarna merah
– Garam
– Gula
– Sos ikan *optional
Cara-caranya :-
1. Rebus daging, biar besar macam tu dan masa rebus letak pewarna makanan (merah). Masa rebus daging, pecahkan halia dalam 2 inci untuk hilangkan bau dia nanti.
2. Lepas tu, daging dah masak kita potong.
3. Kemudian, kita goreng daging tadi. Goreng sekejap untuk bagi nampak warna gelap sikit sahaja. Tidak payah lama sangat nanti keras.
4. Guna minyak yang sama masukkan bawang putih dan bawang holand. Tumis sampai naik bau. Lepas tu letak 1 sudu keci cili boh. Nak pedas, letak la banyak sikit. Tiada masalah.
5. Haaaa ni kita tumis cili boh tadi, lepas tu masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Banyak mana nak letak? Ikut la, rasa nak ada kuah lebih, letak lebih skit sos-sos tadi.
6. Yang ni optional sahaja. Kalau ada sos ikan, boleh letak sikit dalam 1 sudu kecil sahaja. Kalau tiada sos ikan, tidak usah gusar dan bimbang. Cuma bila letak, rasa la beza sikit kan. Nama pun “Ala Thai”.
7. Kemudian, masukkan daging yang kita goreng tadi. Gaul sebati. Letak air rebusan daging dalam 2 sudu besar. Biarkan daging seketika. Masa ni la letak serbuk perasa, gula dan garam. Garam jangan banyak. Sebab sos tiram dan sos ikan sudah masin tu.
8. Dah rasa nak kering, masukkan cili besar ye. Aku hampir lupa cili ni tadi. Hahahahaa..
BACA ARTIKEL MENARIK INI JUGA
Tara dah siap! Mudah kan? Walau tak semudah ABC, tapi boleh la kalau siapa-siapa baru nak belajar masak. Rasa dia? Kompom mabeles! Masam, manis dan pedas sikit.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.