Roti nan cheese memang sedap kalau dimakan panas-panas. Kalau biasanya kita makan di restoran mamak, apa kata kali ini kita cuba pula buat sendiri. Memang puas hati makan sebab kalau kita suka makan cheese, boleh letak banyak-banyak.

Jika anda dan keluarga suka makan roti nan cheese, bolehlah cuba buat sendiri secara homemade guna resipi perkongsian saudari Nur Amiera. Lebih sedap, mudah dibuat dan boleh makan puas-puas. Selamat mencuba!

Resipi Roti Nan Cheese Homemade

Resipi Roti Nan Cheese Homemade, Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung gandum cap rose
1/2 cawan marjerin
1/2 cawan gula
2 1/2 cawan air
1 sudu makan yis (mauripan)
Keju cheddar (keping) secukupnya

Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak

CARA MEMASAK:

1. Masukkan gula ke dalam air. Kacau hingga sebati. Ketepikan.

2. Dalam bekas berlainan, masukkan tepung gandum, marjerin dan yis. Gaul sebati.

IKLAN

3. Tuang air campuran gula tadi ke dalam tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga tepung tidak melekat di tangan. Pastikan bancuhan tepung tidak keras.

4. Tutup doh dengan tuala lembap selama 1/2 jam.

5. Bila doh naik, tumbuk doh bagi membuang angin.

6. Bahagikan doh dan bulatkan. Leperkan doh, masukkan keju dan canai leper. Biarkan 15 minit.

Resipi Roti Nan Cheese Homemade, Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak

IKLAN

 

Resipi Roti Nan Cheese Homemade, Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak7. Panaskan kuali tahan lekat dan masukkan doh tadi. Tutup tudungnya dan masak guna api perlahan. Biar masak di kedua-dua belah.

8. Bila roti dah masak, sapukan sedikit mentega supaya roti nampak berkilat.

Resipi Roti Nan Cheese Homemade, Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak

IKLAN

9. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama kari atau sambal tumis ikan bilis. Kalau nikmati bersama Ayam Tandoori pun sedap.

Resipi Roti Nan Cheese Homemade, Rasa Saling Tak Tumpah Di Restoran Mamak

Kredit resipi & foto: Nur Amiera

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI