Sungguh tidak tergambar betapa ujian menimpa pada bayi sekecil ini, sedangkan ubun-ubunnya masih lembut namun detik ini sedang berjuang melawan virus Covid-19. Ini sebagaimana yang di laporkan di Sinar Harian.
Apa yang pasti, hati kita cukup sayu dan tersentuh membaca berita seperti ini dan sama-samalah kita berdoa dan mengharapkan semoga anak kecil tersebut terus kuat dan sihat hendaknya. Amin….
Gambar hiasan
Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti Covid-19 di negara ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bayi tersebut merupakan mangsa gelombang kedua Covid-19.
Ads
“Bagi gelombang pertama, usia paling muda empat tahun, tetapi sekarang bayi berusia 12 hari disahkan positif Covid-19.
“Pesakit Covid-19 paling tua dirawat di hospital berumur 83 tahun,” katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di KKM di sini hari ini.
Ads
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai pesakit berkenaan.
“Butirannya kita akan maklumkan kemudian,” katanya.
Ads
Beliau berkata, KKM membuat strategi bagi melindungi warga emas kerana imuniti golongan itu adalah rendah.
“Strategi kita untuk melindungi mereka. Pastikan berada di rumah bagi memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19,” katanya.
Setiap orang punya citarasa berbeza dari segi susun atur rumah. Mungkin ada antara yang suka sarat dengan hiasan dekorasi dan ada yang suka konsep minimalist iaitu konsep ringkas.
Malah cara ini mudah untuk mengemas terutama ada anak yang ramai dan masih kecil. Bagitu juga dengan jenis rumah kediaman. Asalkan kreatif dekorasi rumah menjadi selesa dan kemas.
Begitulah perkongsian ini. Ia boleh menjadi ilham untuk susun atur. Jom lihat ideanya!
Saje nak share deco-deco bilik tidur utama. Musim2 pkp ni, takde apa nk buat, kita transform laa bilik tidur kita. Bajet nipis je ni. Tak sampai RM400 pun (tak termasuk econ tau. Sbb econ tu bukan tujuan deco2. Jgn ada yg tanya plk
Musim pkp ni semua brg yg diperlukan sy beli kt Shopee. Murah2 jer. Brg lain mmg dh sedia ada dlm rumah, just mix and match kan sahaja. Ade jgk yg sy diy sndiri. Janji sedap mata memandang & selesa utk merehat2kan badan di bulan yg mulia ini.
Sebut sahaja Mcflurry Oreo McD mesti sudah ada yang dapat membayangkan betapa enak akan rasanya. Teksturnya cukup lembut dan ditambah pula dengan kesedapan rasa dan kerangupan biskut oreo, menjadikan aiskrim Mcflurry Oreo McD ini cukup istimewa.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ramai menggemarinya dan bukan hanya di kalangan kanak-kanak malah orang dewasa juga. Malah boleh dikatakan seisi keluarga pasti akan menggemari aiskrim nan satu ini.
Oleh itu, sebagai ibu mungkin ada yang terdetik di hati untuk membuat sendiri aiskrim ala-ala Mcflurry Oreo McD ini. Kiranya dapatlah dinikmati bersama seisi keluarga pada bila-bila masa yang diinginkan. Mungkin juga terlintas di fikiran, jika dapat dibuat sendiri lebih menjimatkan!
Oleh itu, ketahui resipi dan cara menyediakannya.
Bahan-bahan :
Oreo vanila-hancurkan
1/2 tin susu pekat (ikut kemanisan masing-masing)
11/2 gelas susu cair (ikut kecairan atau kepekatan yang dikehendaki)
1 sudu ovalette (pastikan halal)
Sedikit esen vanila
Cara penyediaan :
OVALETTE TU APA BENDA?
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.
Indahnya sesebuah perkahwinan bila mana saling melengkapi. Bantu membantu dan hanya tahu menyerahkan bulat-bulat segala kerja rumah pada isteri.
Lebih-lebih jika isteri suri rumah. Usah jadikan itu satu alasan kerana kerja di rumah lebih berat dan penat berbanding di pejabat.
Sesekali apa salahnya biarkan bahu anda dijadikan tempat isteri bersandar, atau telinga untuk mendengar mungkin bebelan remeh namun mungkin itu boleh memberi ketenangan. Jangan ralit dengan kesibukan sendiri hingga terlepas pandang emosi si isteri.
Dan paling penting, jangan hanya tahu mengherdik atau mengeluarkan kata-kata kesat terutama sekali ketika bersama isteri di luar sana. Jagalah air muka dan perasaan si isteri yang telah banyak berkorban segalanya untuk anda.
Perkongsian oleh seorang guru bernama Ws Adli W Muhammad cukup sebak bila membacanya. Seorang isteri yang hanya mahu bergurau namun herdikan yang diperoleh, hati mana yang tak pilu kan.
Semoga kisah ini menjadi iktibar dan membawa mnafaat untuk semua!
Isteri yang sedang sarat, tangan kiri memegang lengan suaminya, sambil tangan kanan pula memimpin anaknya berjalan perlahan di bahagian barangan elektrik, mengeluarkan suara “Abang, abang tengok tu. Tv tu besar. Siap abang boleh masuk sekali dalam tu, ni ha bawa sekali kakak ni. Abang dengan kakak kan suka tengok tv”. “Hahaha (gelak yang saja dibuat-buat, 2 kali). Gelaklah juga walaupun tak kelakar. Awak ingat kelakar ke tu?” serius suaminya berkata. Wajah isteri berubah. Nampak merah-merah mukanya. Muka dia malu sangat. Pandang ke kiri, ke kanan, bimbang-bimbang ada orang memerhati agaknya. Bila terpandang ke arah kami, lekas-lekas dia berjalan ke hadapan lebih 2-3 langkah dari suaminya, cepat dilepaskan pegangan tangannya di lengan suaminya. “Ha itulah. Buat lawak tak reti, kemudian merajuk. Dulu bolehlah masa kita berdua, ni anak nak masuk dua ingat nak layan sangat rajuk awak tu? Suka sangat buat lawak bodoh” kasar bebel suaminya, tanpa menghiraukan kami yang berada berhampiran.Isteri saya menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat secara langsung seorang suami memalukan isterinya. Kami beredar. Beralih ke lorong yang ada jual barang-barang aksesori kereta. Ralit kami melihat barang-barang di situ. Selesai , kami berpindah lagi ke lorong barangan lain. Sampai di satu lorong, kami lihat ada seorang perempuan sedang mengesat-ngesat matanya menggunakan tisu. Itulah perempuan tadi. Yang dikata suaminya suka sangat membuat lawak bodoh. Kasihan betul melihat suasananya. Anaknya yang dipanggil si kakak itu, sekadar memeluk kaki ibunya. Apalah yang dia tahu tentang perasaan sedih seorang isteri dalam umurnya sementah itu. Kami tidak pergi merapati dia. Tapi jarak tidaklah jauh sangat. Buat-buat pegang barang yang ada di depan mata. Nampaknya, macam kami nak membawang. Isteri saya mencuit pinggang saya, minta saya pasang telinga dengar apa perempuan tu berkata pada anaknya. Dia macam tak perasan kami ada di belakangnya. Saya dengar, sayu “Tak apalah dik, mama selalulah dah macam ni, adik jangan takut. Ayah tak pukul. Ayah cakap sahaja. Tak payahlah pegang kuat sangat kaki mama ni. Susah mama nak berjalan. Mari kita jalan tempat mainan sana, jom”. Dipimpin tangan anaknya, menghala ke bahagian mainan. Sambil-sambil masih juga dia mengelap matanya. Suaminya sudah tidak kelihatan. Ya Allah ya Tuhan. Tenangkanlah hati dia. Kurniakanlah dia kegembiraan. Sebenarnya, peristiwa seperti di atas sudah beberapa kali kami saksikan. Tetapi, rasanya inilah yang paling teruk. Ada lagi ayat-ayat bebel yang suami dia bagi pada isteri, saya tak masukkan. Apalah dosa si isteri berkata sekadar begitu, untuk melawak je pun. Suka-suka. Bukan menghina. Isteri anugerah emas dalam keluarga. Dia datang bukan sekadar menemani hidup seorang lelaki. Dia datang bukan sekadar tempat lelaki memuaskan nafsu. Dia datang, tinggalkan jauh keluarganya, sanggup berkorban apa sahaja yang dia ada untuk suaminya. Segala-galanya. Tenaganya, masanya, jiwanya, malah sakitnya. Kalian (termasuk saya), Selalu kita dengar orang lelaki tak tahan dengan orang perempuan yang kuat membebel. Tapi pernahkah kita terfikir, mampukah kita tahan sakit melahirkan anak sepertimana isteri telah lakukan dan rasai? Dia berhadapan dengan hidup dan mati. Dia sanggup keluarkan darahnya untuk zuriat kita. Tak henti-henti darah mengalir. Setelah lahir si anak, berbulan pula perlu bersabar menunggu jahitan, menanti luka kembali sembuh. Itupun masih terasa ngilu entah beberapa tahun lagi. Dia jaga anak dan suaminya sehabis baik. Sibuk dengan memasak, sediakan keperluan. Tak pernah mengeluh. Tak pernah menulis apa kerja dia buat hari ini. Tak pernah tampal kertas nota jadi tatapan suaminya apa yang dia dah lakukan sepanjang hari. Cukup dia sahaja simpan semuanya dalam hati, kekal beri senyuman kepada semua yang ada dalam rumah. Biar orang bahagia. Bahagian badan dia penat, seksa, sakit-sakit badan, malam nanti dia sapulah sendiri ubatnya tanpa menyusahkan suami untuk membantu. Apa kita tahu? Ada yang sorok segala sakit melanda diri, bimbang orang lain terlalu fikirkan diri dia. Cukup dia sahaja yang menanggung. Betapa besar pengorbanan seorang isteri. Alih-alih, bila dia bergurau, kita layan dia sambil lewa. Kita perli-perli, kita hina dinakan dia. Kata itu lawak bodoh, itu lawak tak bertempat, itu lawak hambar dan tiada apa untuk digembirakan, untuk diketawakan. Bila dia memasak, terlebih sedikit garam, termasuk lebih bawang, terlepas sedikit lada, kita riuh sebandar mengadu sana sini. Siap bagitahu pada kawan, makanan di rumah tadi tidak menyelerakan, isteri masak tak sedap, lauk tak kena rasa di lidah. Tak habis di rumah, kita aibkan dia di luar pula. Tidak seperti isteri. Kurus melidi macamana pun kita, dia bagitahu kepada kawan-kawan dia, betapa beruntungnya dia dikurnia suami yang gagah perkasa. Boleh angkat itu, boleh angkat ini, boleh dukungnya di dalam rumah. Tunjukkan betapa bahagianya dia hidup bersama kita. Gemuk besar (macam saya) bentuk badan suaminya, dia akan bercerita, suaminya itulah dulu-dulu menjadi kegilaan makcik-makcik bawang untuk dibuat menantu, jadi kegilaan gadis-gadis kampung untuk bersuamikan suaminya. Untungnya kata dia, lelaki yang jadi buah mulut orang itu adalah milik dia, peneman hidup dia. Orang lain melepas sahajalah. Untung sangat-sangat. Senyum sepanjang jalan. Itulah si isteri. Tak pernah dia malukan kita, tak pernah dia tenyeh-tenyeh peribadi kita di telinga orang lain. Dia buat lawak, tak kelakar, kita gelaklah macam biasa. Macam kelakar sungguh. Jangan kecilkan hati dia dengan gelak yang dibuat-buat kita. Layanlah cerita dia. Buat-buat tanya, bercakap baik melayan kata-kata seronok dia. Yang kita kena pegang, dia bukan juara raja lawak mana-mana siri dalam televisyen. Masuk bertanding pun tidak. Seharian dia penat menguruskan segala, seminggu dia ralit dengan tugasnya di rumah, sebulan dia bersusah payah tanpa mengira letih dirinya dalam menguruskan segala makan pakai, segala keperluan seorang suami dan anak-anak. Apalah sangat nak berkira-berkira dengannya apabila dia mahu menceriakan dirinya dengan caranya. Sampailah tahap bila dia membebel, selagi dia tak sakitkan jantung kita, tak ganggu gula-gula dalam badan dan tak tinggi-tinggikan darah kita sampai memancut keluar, biarlah dia berkata-kata melepas segala, itulah caranya dia nak melapangkan segala yang mengganggu kusut dirinya. Bukan lama pun. Sekejap sahaja begitu. Ada sikit-sikit perselisihan, selesailah cara baik. Semua dah tua. Tak perlu nak panjang-panjang. Nak buat sesuatu benda yang menyakitkan pasangan masing-masing, fikirlah dulu baik buruknya, fikirlah mana syurga mana neraka. Yang penting, sama-sama senyum, sama-sama bahagia. Sehingga syurga. WS Adli W Muhammad, Suami penyejuk jiwa. Hihi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di