Snow White, Rapunzel, Cinderella, The Little Mermaid & Mickey Mouse Jadi Penyeri Kediaman Flat Ni. Cukup Unik & Memang Wow!

Share

Tidak dinafikan sukar untuk kita menahan keterujaan hati dalam menghias kediaman dengan konsep tertentu. Bila menghuni di rumah yang cantik dan selesa mengikit gaya dekorasi peribadi, tentunya akan memberi satu mood ketenangan dan kepuasan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata.

Umpamnya buat kediaman Aida Aries yang digarap begitu sempurna dengan konsep Disneyland di rumah flat 3 bilik dengan keluasan 750sqft,  nampak begitu mengujakan. Bahkan perkongsian beberapa foto olehnya di group Kami Suka Deko Bajet (KSDB) telah berjaya mencuri tumpuan warganet.

Setiap ruang kediaman dijelmakan dengan tema-tema cerita kartoon Disney seperti Cinderella, Aladdin, Beauty and the Beast, Snow White, Mickey Mouse dan sebagainya.

Apa yang lebih mengujakan, dekorasi dilakukan olehnya sendiri dengan 90% secara DIY dengan menggunakan perabot terbuang. Usaha yang dilakukan oleh pemilik kediaman ini cukup luar biasa!

Jadi buat anda yang menggemari dekorasi konsep fantasi seperti ini bolehlah jadikan inspirasi untuk merias kediaman anda pula.

Tema Cinderella Di Ruang Tamu 

 

Tema Beauty and the Beast & Rapunzel di Bilik Utama & Ke 2

 

Tema Snow White Di Ruang Makan

 

Tema The Little Mermaind & Mickey Mouse di 2 toilet 

Sumber : Aida Aries

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN