Ramai para suami menganggap soal nafkah sebagai perkara remeh. Mana taknya, kebanyakkan kes yang dibawa ke mahkamah adalah berkaitan dengan soal nafkah. Inilah yang dijelaskan oleh peguam syarie, Nurain Akma Khairunnisa menerusi facebook Peguam Syarie Nurain. Dalam hujahnya, beliau mengaitkan kesempitan hidup akibat sikuk map mengabaikan nafkah isteri yang membuatkan rezeki makin menghimpit. Dalam pada itu, beliau menasihati para isteri boleh memohon menuntut nafkah ketika dalam perkahwinan untuk mengelak tunggakkan nafkah apabila bercerai. Moga para isteri tidak terlepas pandang hal ini.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
NAFKAH ISTERI.
Kebanyakkan klien yang menghubungi saya, dalam 10 orang, mesti ada 5 orang yang mengatakan keperluan rumah tangga, itu ditanggung oleh isteri. Gaji suami tak tahu ke mana pergi. Kalau ada pun kena minta baru dapat itu pun setakat RM 50 dan RM 100. Nak beli apa bang? Kalau duit macam tu? Boleh tahan berapa lama je tu? End up, isteri yang berhempas pulas nak kena tambah duit belanja dapur.
Ada pulak yang bagi duit RM300 sebulan, tapi tak bagi pulak nafkah diri. Dalam tu la semua keperluan anak, keperluan bini, keperluan dapur, semua duk guna yang tu. Tu belum yang minta duit minyak , duit rokok lagi.
Hakikatnya, kesempitan rezeki itu tidak berpunca dari gaji, tapi cara perbelanjaan. Nafkah isteri tak terjaga dan hak isteri dinafikan. Menyimpan duit itu penting, tapi harus mengenalpasti dan menimbangtara apa yang lebih penting.
Ads
Janganlah mudah2 cakap tak mampu. Saya pernah nampak orang lelaki buat dua tiga kerja semata-mata nak bagi anak bini makan. Inisiatif dia nak tambah pendapatan nak selesaikan anak bini.
HAK ISTERI KENA JAGA
Gambar hiasan
Hak isteri harus dijaga. Belanja yang paling bagus adalah kepada isteri. Setiap duit yang kita belanjakan kepada isteri adalah sedekah. Semakin banyak kita bersedekah, semakin murah rezeki. Tak percaya? Cuba dulu…
Nabi SAW bersabda; “Satu dinar yang engkau belanjakan untuk perang di jalan Allah SWT dan satu dinar yang engkau belanjakan untuk isterimu, maka yang paling besar pahalanya ialah apa yang engkau berikan kepada isterimu.” (HR. Bukhari-Muslim)
Ads
Kalau nafkah isteri zahir dan batin terjaga, urusan rumah tangga pasti aman dan damai. Cuba dulu berikan wang belanja untuk isteri, untuk kegunaan peribadi beliau, nak beli barang solek (mekap) ke, baju baru ke, kasut baru ke, barang kemas ke, dan bukan hanya wang dapur semata.
Isteri kita tu manusia. Tentu ada minatnya juga. Macam para suami ada yang banyak menghabiskan duit utk kegemaran masing-masing, modified kereta la, beli barang2 game la, kumpul jersi la. Dari keluar ke kedai Mamak, belanja kawan-kawan, baik kita belanja isteri dulu. Dah setel urusan isteri, barulah boleh nak belanja orang lain. Belanja ahli keluarga dulu sebaiknya, baru kawan-kawan.
Pesanan ringkas: jgn hairan kalau kita cakap kita kerja bagai nak gila tapi pelik semua masih tak cukup.. Ada ja duit kena keluar, tayar bocor la, kereta rosak la, anak sakit la. Kalau kita muhasabah balik, salah satu sebabnya kau kedekut dan berkira dengan isteri.. kau kedekut pada tanggungjawab & amanah kau.. isteri tak mintak RM 5000sebulan pun.. bagi setakat kemampuan je.. bg RM50 sebulan pn bini dh suka teramat asalkan semua keperluan rumahtangga ditanggung beres..kalau dapat bonus boleh bagi lebih sikit kan.
Ads
NAFKAH ISTERI TU ASING, TAK CAMPUR DENGAN DUIT KEPERLUAN DAPUR.
Ingat ya, keperluan isteri tu tanggungjawab suami.. nafkah untuk isteri tu asing ye.. tak termasuk skali duit beli keperluan dapur. . Utk para isteri yang nak tuntut nafkah isteri ni, boleh mohon dalam perkahwinan ye. Jangan nanti bila dah nak bercerai baru nak buat tunggakkan nafkah sedangkan masa kahwin dah boleh minta.
Bukan apa kalau dah bercerai baru nak ungkit tunggakkan nafkah yang dah bertahun-tahun, akan menyusahkan mahkamah dan para isteri sebab nak letak anggaran berapa, jumlah berapa, untuk satu-satu keperluan dan macam mana kita nak buktikan di mahkamah.
Akhir sekali, renung-renungkan dan selamat bermuhasabah.
Pilu hati seorang adik apabila abangnya yang baru balik daripada menziarahi ibu bapa mereka maut dalam sebuah kemalangan.
Muhammad Sufian Muhammad Yusari, 22, berkata Allahyarham abangnya, Muhammad Fadzli, 40, bertandang ke rumah keluarga di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, malam kelmarin.
Arwah sempat menziarahi ibu, Jumiah Saman, 59, yang baharu selesai ujian dialisis buah pinggang dan bapa, Muhammad Yusari Shuib, 69, terlantar akibat patah tulang antara pinggul dan paha selepas terjatuh di kebun minggu lalu.
“Sebelum kejadian, arwah abang sempat berjumpa emak dan ayah dan tak sangka selepas itu dia terlibat dalam kemalangan maut,” katanya.
Muhammad Sufian menjelaskan kali terakhir dia berjumpa arwah abangnya di rumah ibu bapanya ketika menghantar seorang ahli keluarga yang bekerja di Kapar, Klang kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.
Menurutnya, dia hanya mengetahui kejadian kemalangan maut membabitkan arwah ketika memandu dalam perjalanan pulang ke rumah jam 2.30 pagi.
“Biasanya arwah tegur saya tapi hari itu abang tidak banyak bercakap dan mendiamkan diri.”
“Rakan sekampung hubungi saya memaklumkan abang terbabit dalam kemalangan dan saya sempat melihat jenazah abang dibawa keluar dari kenderaannya”
Allahyarham Muhammad Fadzli disifatkan sebagai seorang anak yang taat kepada ibu bapa selain disenangi dalam kalangan ahli keluarga dan saudara-mara.
“Sepanjang hayatnya arwah cuba tunaikan segala permintaan ibu dan ayah, selain tidak pernah mengeluh. Walaupun sukar menerima hakikat ini, namun saya reda dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.”
Terdahulu, Sinar Harian melaporkan Muhammad Fadzli maut selepas Perodua Myvi yang dipandunya melanggar Mercedez Benz C200 dipandu seorang warga emas berusia 66 tahun yang menghentikan kenderaannya di tengah jalan dari arah Rawang ke Tanjong Karang.
Pelanggaran itu dipercayai mengakibatkan Muhammad Fadzli gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas masuk ke dalam parit dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, jam 2 petang.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila tiba hari raya, yang paling tak sabar nak beraya semestinya anak-anak, kononnya nak kumpul duit raya. Jangan cakap lah anak-anak, kita dulu pun begitu gayanya siap pusing 1 kampung demi sampul yang berisi wang tersebut! Hehe
Bila dah dapat duit itu, mulalah ada sahaja nak dibelinya. Nak beli mainan lah, jajanlah, ada yang jenis fikir masa depan, akan pilih untuk menabung! Tapi lain sikit dengan adik ini, dia lebih memilih untuk membeli emas! Hebat kan?
Menerusi perkongsian diyanarazip2 di laman TikTok, dia seakan-akan tidak percaya selepas mendengarkan hasrat si kecil yang ingin membeli emas. Malah, mereka juga dilihat sudah berada di kedai untuk memilih barang kemas yang diingini.
Berdasarkan klip berdurasi 14 saat itu, budak kecil berkenaan pada awalnya dilihat gigih memilih sambil berbual dengan peniaga tersebut. Tidak lama kemudian, dia dengan selamba membayar dengan menggunakan simpanan duit rayanya. Walaupun masih kecil, namun perilakunya yang meminati emas persis seperti seorang dewasa.
@diyanarazip2Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅
Meninjau di komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kepandaian budak kecil itu dalam membeli emas. Pada masa sama, mereka turut memuji si ibu kerana bijak mendidik anak untuk ‘melabur’ awal demi masa hadapan.
Hubungan antara dua pelakon ini tidak asing lagi dikalangan peminat dunia seni. Malah, rata-rata peminat kedua-duanya sangat merestui dan tidak sabar melihat pasangan sama cantik sama padan ini bersatu.
Akhirnya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan aktres cantik manis, Zahirah Macwilson melangkah setapak lagi dalam hubungan mereka apabila mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.
Aiman mengumumkan berita gembira tersebut menerusi sekeping foto yang dimuat naik di laman Instagram miliknya sebentar tadi.
“Engaged Alhamdullilah syukur ❤ #zahirAH,” kata Aiman ringkas namun cukup bermakna.
Kisah percintaan mereka bermula sekitar Disember tahun lalu apabila Aiman dan Zahirah mula memuat naik foto mereka berdua di laman sosial masing-masing.
Malah mereka berdua turut digandingkan dalam slot Megadrama menerusi drama bersiri Curi-Curi Cinta yang baru berakhir ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).