
Solat hajat untuk Zara Qairina, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dihadiri ribuan jemaah. Ribuan umat Islam memenuhi ruang Masjid Bandaraya Kota Kinabalu pada malam Khamis bagi menghadiri majlis solat hajat khas, bacaan tahlil dan doa untuk Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, yang meninggal dunia pada 17 Julai lepas.
Solat Hajat Untuk Zara Qairina, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Dihadiri Ribuan Jemaah
Majlis itu turut disertai oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman; Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor; selain barisan menteri Kabinet negeri termasuk Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah yang juga Exco Agama dan Exco Pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif.

Menurut Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS), semua masjid dan surau di seluruh negeri diminta mengadakan majlis tahlil dan doa pada malam Khamis sebagai tanda penghormatan serta mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham.

Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Paiman Karim memaklumkan, acara bermula sejurus selesai solat Maghrib dengan bacaan Surah Yasin, doa dan diikuti solat hajat.

“Malam ini kita adakan bacaan tahlil, doa dan solat hajat kepada arwah, mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat dan diterima segala amalannya.
Kami di Masjid Bandaraya berkumpul di sini bagi tujuan tersebut. Semua jemaah, iaitu orang ramai, akan turut dijamu makanan selepas majlis ini nanti,” katanya ketika ditemui pemberita.

Untuk rekod, pada 16 Julai lalu, Zara Qairina ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar. Beliau kemudian disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Tragedi yang menimpa pelajar Tingkatan Satu ini mengundang perhatian ramai, termasuk di media sosial, susulan dakwaan ia berkaitan dengan kejadian buli di sekolah berkenaan.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Sidang Media Bukit Aman: Plot Twist Ibu Punca Kematian Zara Qairina Tidak Benar
Ibu Zara Qairina Terkejut, Panik Kalau Tahu Penting, Kami Tak Tolak Bedah Siasat
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di









