Setiap kali musim perayaan, kanak-kanak pasti teruja menerima duit raya. Bagi ibu bapa pula, timbul persoalan di mana tempat terbaik untuk menyimpan duit raya anak-anak? Ramai yang memilih untuk memasukkannya ke dalam akaun bank kerana dianggap sebagai langkah selamat.
Namun, tahukah anda bahawa simpanan dalam bank mungkin bukan pilihan yang paling menguntungkan? Ini kerana wang yang disimpan tidak berkembang dengan sendiri, melainkan kita menambahnya secara manual. Berbanding itu, terdapat pilihan simpanan lain yang mampu memberikan dividen dan keuntungan lebih tinggi dalam jangka masa panjang.
Jadi, bagaimana cara terbaik untuk memastikan duit raya anak-anak berkembang dan tidak sekadar “tidur” dalam akaun bank? Ikuti perkongsian Akhtar Syamir Nor Azmanmengenai pilihan simpanan yang lebih bijak dan menguntungkan!
Jangan simpan duit raya anak dalam bank, rugi sangat.
Kita ni selalu rasa simpanan yang kita tengah buat tu bagus dan bertambah. Bila tengok amaun simpanan tu meningkat, kita rasa bangga dan berjaya menyimpan duit.
Tapi sebenarnya itu hanyalah satu simpanan yang merugikan. Rugi bukan dari segi duit berkurang, tetapi rugi dari segi duit tak bertambah dengan sendirinya. Ianya hanya bertambah bila kita tambah duit.
Kalau boleh saya gunakan ayat English ni, ianya hanyalah satu “false sense of successful saving”.
Kenapa? Kerana kita rasa duit bertambah tetapi ianya hanya bertambah bila kita tambah duit tu sendiri, bukan duit tu bekerja untuk kita.
Ada ke duit yang tambah sendiri? Ada, melalui dividen dan keuntungan. Ada beza ke? Mestilah ada. Kalau simpan dalam bank, duit tu tak berkembang. Kalau di tempat lain, dapat 3% setahun, 5% setahun, 8% setahun.
Ads
Sebagai contoh, anak Neelofa dapat duit raya RM14,000. Kalau 8% dah untung RM1,120 setiap tahun. Kalau 5%, untung RM700, kalau 3% dah untung RM420 setahun. Kalau simpan dalam bank, nak dapat RM140 pun belum tentu.
Nampak tak kat sini? Kita asyik ingat simpan kat bank tu bagus. Bagus kalau kita berniat nak guna bila-bila. Tapi duit raya anak bukan boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jadi, kalau tiada keperluan, baik simpan elok-elok.
Kat mana nak simpan?
Contoh paling mudah ialah di Tabung Haji. Dividennya dalam 3% dan simpanan tu punya Zakat, Tabung Haji akan bayarkan.
Boleh juga simpan di ASB dengan dividen lebih kurang 5%. Simpanan pun selamat dan stabil.
Ads
Nak simpan di SSPN-i pun boleh. Ada juga pulangan dan boleh fokus pada pendidikan anak.
Yang paling penting, semua simpanan ini jangka masa panjang. Kita sebagai ibu-bapa jangan gelojoh nak untung cepat. Kalau boleh, nak simpan hari ini, esok dah kaya raya. Takde yang macam tu, kalau ada, confirm kena scam.
Berapa lama nak simpan? Simpanlah sehingga anak-anak dah besar dan bersedia untuk masuk universiti. Dalam 15 ke 20 tahun macam tu. Kalau simpanannya lama, 5% yang nampak kecil pada tahun pertama akan menjadi besar pada tahun ke 20.
Ada satu lagi tempat simpanan yang bagus iaitu menyimpan dalam pelan simpanan dan pelaburan AIA Public Takaful. Konsep simpanan ni lebih menarik kerana ianya simpanan jangka masa panjang dengan tempoh bayaran jangka masa pendek.
Ads
Simpan 20 tahun tapi tempoh bayaran 5 tahun sahaja (minimum RM1,000 sebulan) atau simpan 20 tahun, tapi tempoh bayaran hanya 10 tahun (minimum RM500 sebulan).
Simpanan yang berpotensi tinggi, selamat dan jadi hibah jika berlaku kematian kepada penyimpan. Jadi, takdelah simpanan tu dibekukan nanti dan tak perlu difaraidkan.
Seawal usia anak 14 hari dah boleh join. Nak buat untuk pendidikan anak boleh, nak buat untuk pembahagian harta pusaka yang mutlak atau untuk persaraan diri sendiri pun boleh juga.
Kalau nak menyimpan dengan lebih baik, saya boleh uruskan. Bulan depan takde dah pelan simpanan gerenti lulus ni.
Mula merancang simpanan, jika kita gagal merancang, kita sebenarnya sedang merancang hutang pertama anak iaitu hutang pendidikan.
Isteri kepada Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menitipkan kata-kata semangat buat suaminya yang juga penyampai radio Era selepas terpalit kontroversi membabitkan perkauman baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya kata Zira, dia dan akan sentiasa berada di samping suaminya untuk terus memberikannya semangat walau apa pun yang berlaku.
“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.
“Ayah ada kami, kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah. Ayah seorang yang penyayang, prihatin, dan penuh sifat keibubapaan,” tulisnya.
Tambahnya lagi menerusi kapsyen, biar apa pun pandangan orang lain namun dia dan anak-anak akan tetap memberikan sokongan padu buat Nabil.
“Saya peminat terbesar ayah sampai bila-bila. Mungkin ada yang berkata buruk tentang ayah, tetapi saya lebih mengenali ayah berbanding mereka,” tulisnya.
Melalui entri itu juga, Zira turut memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama tiga anak perempuan kesayangan.
Terdahulu, Nabil serta dua lagi rakan penyampai, Radin dan Azad Jasmin bagi segmen 3 Pagi Era digantung tugas di stesen radio itu kerana dikatakan telah turut serta dalam video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sekali lagi, anak pelakon, Rita Rudaini berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Lebih bangga anak sulungnya itu telah meraih Anugerah Pengetua. Tahniah Ryan!
Muat naik di Instagram milik pelakon itu berkongsi kegembiraan kejayaan anaknya telah meraih perhatian wargamaya.
Foto berkenaan memaparkan keputusan Purata Nilaian Gred (GPA) 3.842 yang diraih Ryan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar, Selangor.
Menerusi kapsyennya pelakon Mami Jarum Junior itu meluahkan rasa syukur dengan kejayaan anaknya.
“Alhamdulillah…Ryan dapat anugerah pengetua lagi hari ini ni.”
Terima kasih HR ryan mami ustazah @norfaiza8 wakil kan untuk Ryan
“…flyhigh Ryan…”
NETIZEN KAGUM KECEMERLANGAN ANAK
Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, rata- rata wargamaya mengucapkan tahniah kepada anak pelakon itu yang menunjukkan kecemerlangan dalam akademik.
“Hebat ibunya tahniah rayyan
“Congrats ryan! Fly high. Kejar 4 flat
“berkat doa ibu.. semoga berjaya dunia akhirat rayyan
Terdahulu, pada tahun lepas, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.
Kecemerlangan anak sulung Rita Rudaini bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi bidang sukan.
Sebagaimana baru-baru ini, Rayyan meleburkan beberapa rekod balapan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Lebih manis lagi Rayyan dalam proses untuk bergelar Huffaz al-Quran dalam tempoh dua tahun lagi semasa di Tingkatan Lima.
Tahniah diucapkan buat pelakon, Sharifah Sakinah yang kembali bergelar isteri pada minggu lalu.
Majlis yang diadakan di ibu kota dalam sebuah majlis tertutup itu ternyata mengejutkan ramai pihak.
Difahamkan, majlis yang serba sederhana itu hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta beberapa rakan artis rapat sahaja.
Memetik laporan dari Harian Metro, Sakinah juga turut memohon maaf kerana tidak dapat mendedahkan identiti suaminya yang dikenalinya sejak lebih empat tahun lalu.
“Ya, kami sudah berkahwin minggu lalu. Tapi, saya mohon maaf kerana tidak dapat dedahkan identiti suami kerana alasan peribadi.
“Saya juga mencari masa yang sesuai untuk berkongsi berita baik ini kepada semua termasuk pihak media,” katanya.
Pelakon yang juga adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah ini tampil anggun dalam persalinan serba putih bertemakan putih keemasan.
Pernikahan ini merupakan perkahwinan ketiga buat Sakinah memandangkan sebelum ini dia pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 namun berpisah lima tahun kemudian.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha, kini berusia lapan tahun.
Sakinah kemudian bernikah dengan jejaka Sweden, Michael Hansen pada 2021 namun bercerai penghujung 2023 tanpa cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Waris mangsa kemalangan bas UUM terima pelepasan hutang, bantuan kewangan daripada PTPTN. Manarina Hasya Muhamad Karim, pelajar yang terlibat dalam insiden tragis membabitkan dua buah bas di hadapan perhentian bas Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), telah disahkan layak untuk pelepasan sepenuhnya hutang pinjaman pendidikan berjumlah RM12,629.82 oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).