Imran Aqil dan Dahlia Rizal sambut puteri sulung,“welcome baby Yusra.” Pelakon Imran Aqil kini bergelar bapa selepas isterinya, Dahlia Rizal, selamat melahirkan seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota pada jam 10.35 malam semalam.

Imran Aqil & Dahlia Rizal Sambut Puteri Sulung,“Welcome Baby Yusra”

Imran Aqil & Dahlia Rizal Sambut Puteri Sulung,“Welcome Baby Yusra”

Menurut Imran, anak sulung mereka yang diberi nama Yusra pada awalnya dijangka lahir secara normal. Namun, setelah hampir 15 jam menanti tanpa sebarang bukaan walaupun air ketuban telah pecah, pihak doktor menyarankan agar kelahiran dilakukan melalui pembedahan.

Imran turut berkongsi berita kelahiran bayi sulungnya itu di laman Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

“Selepas menunggu lebih 15 jam dan masih tiada perkembangan pada bukaan, doktor mencadangkan agar Dahlia menjalani kaedah pembedahan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Saya juga diberi kesempatan untuk menemani isteri dalam bilik pembedahan walaupun saya agak takut melihat darah,” kata Imran.

Ads

Imran turut meluahkan rasa terharu dapat menyaksikan sendiri detik kelahiran cahaya mata pertama mereka dan mengakui pengalaman itu membuatkan beliau lebih menghargai pengorbanan seorang ibu.

“Saya sangat bersyukur dapat melihat sendiri proses pembedahan yang membawa kelahiran anak kami. Ia benar-benar membuka mata saya tentang betapa besar pengorbanan seorang ibu yang sanggup bertarung nyawa demi anak,” tambahnya.

Dalam pada itu, Dahlia yang juga dikenali sebagai pempengaruh media sosial turut berkongsi kegembiraan di akaun Instagram miliknya, mendedahkan bahawa puteri mereka akan memanggilnya ‘mommy’.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dahlia Rizal (@dshazall)

“Alhamdulillah, keadaan saya baik. Yusra akan memanggil saya ‘mommy’,” tulisnya ringkas.

Untuk rekod, pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2023.

Ads

Sumber: Instagram Dahlia Rizal dan Imran Aqil 

Baca artikel lain juga: Wanita Di Dubai Terima Hadiah Mewah Bernilai Hampir RM12 Juta Selepas Bersalin 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI