Sotong Masak Cili Ala Thai, Mudah Nak Buat. Pasti Tambah Selera Makan!

Share

Apabila menghampiri hujung Ramadan tentu, para ibu ketandungan idea untuk memasak menu berbuka dan bersahur buat seisi keluarga. Menu sahur terutama sekali, kerana waktu ini, kena cari menu yang membuka selera anak-anak.

Selain ayam makanan wajib mesti ada dalam menu sahur, apa kata cuba menu makanan laut iaitu sotong. Melalui perkongsian  Noor Sabrina Amran mengenai menu yang dipaparkannya adalah masakan sotong. Memang sedap, rasanya pun masam manis dan pedas.

Kebiasaanya kita memasak sotong sambal atau sotong goreng dengan kunyit. Namun resepi yang dikongsi oleh Puan Sabrina ini istimewa apabila bahan-bahan menggunakan limau nipis, serai dan daun limau purut seakan masakan thai. Tentu aroma kala memasak membuat anak-anak dan suami berselera nanti. Ikuti resepi ini

Rasanya masam manis dan pedas. Memang superb!

Bahan-bahan : 

Sotong
Cili padi
Serai
Halia
Bawang putih 
Bawang merah
Daun limau purut
Limau nipis / lemon
Sos cili thai


Minyak masak

Cara-cara masak ada pada setiap gambar yer.

Basuh sotong dan toskan Potong ikut citarasa masing-masing
Bawang putih, bawang merah, halia, serai, daun limau purut dan limau nipis dia potong awal² yer
Gaul sotong dgn garam dan kunyit
Goreng sekejap separuh masak je yer Angkat dan tos kan
Dalam kuali lain Panaskan minyak Tumis bawang putih, bawang merah dan serai sehingga naik bau
Masaukkan Sos Cili Thai kacau sebati
Masaukkan Sos Cili Thai kacau sebati Masukkan cili padi, perahan limau nipis dan daun limau purut
Masukkan sotong, dan kacau sebati Jangan masak lama² nanti sotong liat..
Rasanya masam manis dan pedas.. Selamat menikmatinya

Siap!

Selamat mencuba!

IKLAN