Spicy Buttermilk Spaghetti, Rasanya Memang Power & Tak Akan Rasa Muak!

Share

Kalau sudah namanya peminat makanan bercitarasa pedas, mana mungkin akan berselera menikmati hidangan yang rasa lemak berkrim. Betul bukan?  Jadi jom cuba sediakan Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti yang mampu menawan selera anda. Menyediakannya juga tidak rumit dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.

Spicy Buttermilk Spaghetti

Bahan-bahan:

Butter 2 sudu besar

Daun Kari 10

Cili Padi 5 ( cincang )

Bawang Putih 3 ( cincang )

Susu Cair 1 atau 2 cawan

Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah

Serbuk kunyit satu cubit

Udang/sotong

Cara-cara:

  1. Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
  3. Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
  4. Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.

Kredit: ASH (Foodhunter)

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN