
Kalau sudah namanya peminat makanan bercitarasa pedas, mana mungkin akan berselera menikmati hidangan yang rasa lemak berkrim. Betul bukan? Jadi jom cuba sediakan Resepi Spicy Buttermilk Spaghetti yang mampu menawan selera anda. Menyediakannya juga tidak rumit dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa.
Spicy Buttermilk Spaghetti
Bahan-bahan:
Butter 2 sudu besar
Daun Kari 10
Cili Padi 5 ( cincang )
Bawang Putih 3 ( cincang )
Susu Cair 1 atau 2 cawan
Tepung Jagung letak sikit then kacau tengok pekat kuah
Serbuk kunyit satu cubit
Udang/sotong
Cara-cara:
- Cairkan butter. Masukkan daun kari, bawang putih dan cili padi. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan udang/sotong. Gaul sehingga lauk masak.
- Masukkan susu segar, kemudian masukkan tepung jagung. Kacau sehingga kuah pekat.
- Masukkan juga sedikit serbuk kunyit. Gaul sebati.
Kredit: ASH (Foodhunter)
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Resepi Homemade Nugget Ayam Stick Lebih Sihat, Sedap & Menjimatkan. Anak Pasti Suka Ni!

Nugget antara makanan yang menjadi pilihan dan kegemaran anak-naka. Baik waktu pagi ketika sarapan atau minum petang.
Jika ibu-ibu biasa membeli nugget di luar dan hanya goreng di rumah, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Lebih terjamin kebersihannya selain menjimatkan. Paling penting air tangan ibu pasti lebih disukai anak-anak kan.
Okey, jom kita cuba resepi chicken nugget stick yang diolah oleh Puan Nurul Natasya Abidin ini. Nampak sedap sangat kan? Anda juga boleh jadikan ia menu untuk Memang parti kanak-kanak.
- Ayam bahagian dada – blend
- Daun sup – cincang halus
- Carrot – cincang halus
- Tepung ubi – 2 sudu
- Tepung gandum – 5 sudu
- Garam secukup rasa
- Lada sulah
Cara membuat:
1. REBUS / KUKUS
Mula-mula, rebuskan atau kukus semua bahan.
Kalau nak senang melekat pada batang aiskrim / chopstick / lidi, rebus bulat dulu kemudian baru cucuk.
2. BEKUKAN
Seterusnya bila dah elok dibentuk, bolehlah bekukan dalam freezer.
Tujuan kita bekukan ni supaya testurnya lebih cantik, tak berderai dan kurang serap minyak bila digoreng.
3. GORENG
Bila dah agak beku dalam freezer, bolehlah goreng dengan minyak panas macam kita goreng nugget biasa.
Masa nak goreng, gaul dengan telur dan salut dengan tepung untuk bagi rangup.
Saya gunakan 5 sudu tepung gandum + 3 sudu tepung jagung.
Bila dah goreng, macam nilah hasilnya.
Menarik kan? Budak-budak mesti suka sebab senang pegang.
Macam bebola yang biasa orang jual di gerai-gerai makan. Tapi, kalau buat sendiri ni tentulah lebih sihat dan diyakini kebersihannya. Jimat pun jimat.
Yang penting, lagi sedap sebab guna bahan segar. Insha Allah anak-anak suka.
Jadi, apa tunggu lagi. Bahan semua senang je nak dapat.
Selamat mencuba!
Sumber: Siraplimau
“Lama Teringin Nak Makan Sambal Favourite Arwah Abah…” Wanita Ni Kongsi Resipi & Ramai Cuba, Kata Sedap!

Fitrah manusia ada perasaan rindu, namun rindu yang paling sakit adalah bila kita rindu pada orang yang telah pergi meninggalkan kita. Mengubat rindu di hati, pelbagai cara kita lakukan selain sedekah bacaan al-fatihah, kita juga akan mengimbau kenangan indah bersama insan tersayang. Bahkan ada juga antaranya, akan menyediakan makanan yang pernah menjadi kegemaran insan tersayang untuk mengimbau kenangan bersama.
Antaranya adalah seperti menu yang dikongsikan oleh Puan Norisma Miskan yang tiba-tiba berasa teringin untuk menikmati salah satu hidangan sambal yang cukup digemari oleh arwah bapanya.
Resipi istimewa ini juga turut dikongsikan di facebook dan ramai yang telah mencuba resipi tersebut. Nyata rasanya cukup digemari ramai.
Jadi buat anda bolehlah mencuba resipi Sambal Ikan Masin Daun Kunyit. Serai & Petai yang dikongsikan di sini.
Selamat mencuba.
Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai
Alkisahnye…dah lame teringin nak makan sambal favourite arwah abah…Hari ni baru berkesempatan untuk masak…Sambal Ikan Masin Daun Kunyit, Serai dan Petai…makan dengan nasi panas dan ikan goreng pun dah cukup selera..
Bahan-bahan :
20 biji cili padi…nak pedas boleh tambah
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
3 helai daun kunyit
3 batang serai
Petai
Ikan masin…saye guna ikan kurau…kalau ada ikan pari masin lagi best
Cara Buat :
1.Bahan-bahan semua hiris halus.
2.Mula-mula goreng ikan masin sampai masak. Angkat dan ketepikan.
3.Gunakan minyak yang sama, tumis pula cili padi, bawang merah dan bawang putih sampai agak-agak layu sikit.
4.Kemudian masukkan petai dan tumis seketika.
5.Selepas itu masukkan daun kunyit dan serai. Tumis sampai layu dan masukkan ikan masin dan asam keping.. Gaul bagi rata
6.Masukkan sedikit air, garam kalau tak masin dan secukup rasa. Biarkan mendidih sekejap dan masa ini kalau nak letak tempoyak pun boleh…letak dalam 2 sudu besar…memang meletup.
7. Siap
Sumber : Norisma Miskan
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Untuk maklumat lanjut layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiahkan wang tunai RM300! Caranya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Letak Tepi Singki Tunggu Cair Cara Lembutkan Daging yang Beku Rupanya Salah, Boleh Undang Bakteria!

Kebiasaannya, bagi ibu-ibu yang bekerja, pulang sahaja ke rumah, mula menyibukkan diri di dapur. Hendak menunggu ayam dan daging lembut mengambil masa yang agak lama. Daging terutamanya mengambil masa yang agak lama untuk benar-benar lembut.
Selain mengeluarkan daging daripada tempat beku pada awal pagi, sebelum keluar bekerja, sebenarnya salah. Ini yang dikongsikan menerusi page Public Health Malaysia.
Mungkin ada yang meletakkan daging/ ayam beku di singki pada waktu pagi… dan membiarkan ia seharian (melebihi 4 jam) untuk daging beku cair dan boleh dimasak.
Kaedah ini perlu dielakkan kerana ada risiko keracunan. Daging dan ayam mentah , jika dibiar lama diluar adalah syurga buat kuman dan bakteria. Untuk keselamatan, letakkan daging beku di ruangan peti sejuk (bukan beku) seharian atau gunakan fungsi defrost ketuhar gelombang mikro untuk mencairkan ais sebelum ia boleh dimasak.
Selain kaedah di atas, ada cara pantas untuk melembutkan daging ini.
Caranya:
1. Terbalikkan periuk yang pertama.
2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.
3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)
4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.
5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5- 10 minit)
Ektra Tip, Cara Empukkan Daging:
- Ketika memasak daging, hanya masukkan daging ke dalam periuk atau kuali tanpa air dan biarkan ia masak sendiri. Daging mengeluarkan airnya sendiri dan ia akan lebih cepat masak.
- Ketika menggoreng daging atau merebus, letakkan sedikit serbuk perasa seperti ajinomoto ke dalamnya. Sangat membantu!
- Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Toskannya hingga kering dan masak seperti biasa dengan api kecil.
- Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.
- Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.
- Cara lain, boleh juga carik-carikkan daun pisang dan masak sekali bersama daging.