Status Tanah Pajakan 99 Tahun, Tak Rugi Ke Beli? Jika Ragu Ni Faktanya!

Share

Biasanya dalam urusan jual beli atau pemilikan tanah, kita akan dengar ada dua jenis status iaitu freehold (Pegangan bebas) atau leasedhold (Pajakan)

Timbul juga beberapa keraguan terutamanya pada tanah yang berstatus leasehold dan menyebabkan berasa takut untuk membuat keputusan sama ada selamat atau sebaliknya jika dibeli.

Nak tahu lanjut, di sini dikongsikan Faktanya. Jom semak.

KENAPA RAMAI TAKUT BELI TANAH PAJAKAN 99 TAHUN?

Ramai yang masih tak jelas tentang konsep tanah pajakan ini. Disebabkan itu timbul banyak “misconception” tentang tanah pajakan.

Antaranya :

1. Tanah pajakan nilaian nya lebih rendah berbanding tanah status pegangan bebas

2. Kerajaan boleh ambil tanah status pajakan daripada mana-mana pemilik tanpa perlu bayar pampasan.

3. Tak adil selepas tamat tempoh pajakan, tanah jadi milik kerajaan semula.

Sebelum saya jawab tentang misconception di atas, mari kita lihat secara ringkas bagaimanakah sebenarnya status tanah pajakan ini.

Gambar hiasan

Dari segi perundangan, kerajaan negeri adalah pemunya asal kepada mana-mana tanah dalam negara kita.

Kemudian, kerajaan negeri kurniakan tanah tersebut kepada mana-mana pihak atas status pajakan untuk tempoh 99 tahun di bawah Seksyen 76 (a) Kanun Tanah Negara.

Sebagai balasan, pemilik perlu bayar cukai tanah setiap tahun kepada kerajaan.

Kenapa kerajaan negeri kurniakan tanah tersebut sebagai status pajakan?

Supaya kerajaan negeri masih ada control terhadap tanah-tanah dalam negara kita. Ini kerana kebanyakan tanah pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di dalam geran hakmilik yang perlu dipatuhi oleh pemilik seperti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri sebelum ianya dipindahmilik, dipajak atau digadai kepada pihak lain. Daripada situ kerajaan boleh pantau.

Dan daripada situ juga kerajaan negeri masih boleh dapat hasil untuk negeri daripada tanah tersebut.

Cuba bayangkan kalaulah semua tanah di negara kita ini adalah berstatus pegangan bebas atau freehold. Sudah pasti tanah tadi boleh sewenang-wenangnya diurusniagakan kepada sesiapa sahaja dengan bebas termasuklah kepada warga asing dengan harga yang sangat tinggi tanpa kawalan secara lansung daripada kerajaan.

Walaupun terdapat sekatan kepentingan daripada pihak kerajaan, dalam tempoh pajakan tersebut pemilik tetap boleh menggunakan dan memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut untuk kepentingan diri mereka sendiri tanpa diganggu oleh kerajaan.

Dan mereka juga boleh lakukan apa sahaja urusniaga yang mereka kehendaki terhadap tanah tersebut, seperti menjualnya, menggadaikannya, memajakkannya atau menyewakannya kepada pihak lain, tertakluk kepada sekatan-sekatan kebenaran (consent) yang perlu diperoleh daripada kerajaan negeri terlebih dahulu.

Pendek kata selain daripada adanya sedikit kawalan kerajaan, secara keseluruhannya, tidak ada beza pun dari segi urusniaga tanah pajakan atau pegangan bebas. Kedua-duanya mempunyai nilaian yang sama.

Mamandangkan tanah pajakan ini masih lagi wujudnya kepentingan kerajaan terhadapnya, maka selepas tamat tempoh pajakan tersebut wajarlah tanah tersebut dikembalikan semula kepada kerajaan sebagai pemunya asal.

Pun begitu sebelum tamat tempoh pajakan tersebut pemilik boleh sahaja memohon daripada kerajaan negeri untuk disambung balik tempoh pajakan tersebut, tertakluk kepada bayaran premium yang akan dikenakan sebagaimana masa mula mula kerajaan menganugerahkan tanah tersebut kepada anda dahulu.

Jadi berdasarkan fakta-fakta di atas, saya tidak nampak di mana yang dikatakan tidak adil nya pada konsep tanah pajakan tersebut?

Mungkin anda rasa tak adil sebab kerajaan tak bayar pampasan bila tempoh pajakan tamat. Begitukah?

Sebenarnya tempoh pajakan tersebut adalah lama. Dalam tempoh itu pemilik atau waris mereka telahpun dapat memanfaatkan sepenuhnya tanah tersebut sepanjang tempoh pajakan 99 tahun tersebut. Mereka boleh dapat hasil daripadanya. Boleh jual dan sewakan nya kepada orang lain..boleh dapat wang daripadanya..dan lain-lain lagi..tiada sebarang halangan pun untuk mengurus niagakan tanah pajakan ini.

Satu lagi perkara yang orang silap faham. Mereka kata tanah pajakan ni kalau kerajaan nak ambik tak perlu bayar apa-apa pampasan atau gantirugi.

Sebenarnya persepsi itu silap. Dalam tempoh pajakan, kalau kerajaan mahu ambil tanah tersebut, kerajaan TETAP KENA BAYAR PAMPASAN KEPADA PEMILIK mengikut nilaian semasa.

Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kebanyakan daripada tanah-tanah pajakan yang ada dinegara kita memang belum sampai tempoh pajakan 99 tahun itu lagi. Dan jika ada tanah pajakan yang telah tamat tempoh pajakan sekalipun, kebanyakannya tempoh pajakan tersebut akan disambung lagi untuk tempoh yang sama.

Justeru itu, nasihat saya tak perlulah anda terlalu risau dan bimbang untuk membeli atau memiliki tanah status pajakan.

Gambar hiasan

Dsebabkan takut nak beli hartanah status pajakan, sampai ke tua lah jawabnya tak de rumah / tanah sendiri. Kalau nak cari hartanah status pegangan bebas sahaja berapa banyak sangat tanah pegangan bebas yang ada di negara kita ini.

Jadi baik tanah pajakan atau pegangan bebas, kedua-duanya sama sahaja dan kedua-duanya diiktiraf oleh undang-undang.

Jangan takut sangatlah nak beli atau memiliki tanah pajakan kerana ianya selamat.

Terima kasih.

Sumber :Salkukhairi And Sukor

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN