Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kesempitan hidup memaksa empat beranak ini terpaksa berteduh di dalam sebuah stor deretan kedai di depan bangunan Koperasi Guru Agama Kelantan Berhad di Jalan Long Yunus.
Lebih menyedihkan, bilik stor tersebut terletak berhampiran tangki najis yang menjadi “taman permainan” anak-anak Najwa Lipayang, 31, yang berusia antara dua hingga 10 tahun. Turut tinggal bersama mereka adalah ibu Najwa, Ruzana Amat, 53.
Najwa yang berasal dari Thailand dan berkahwin dengan lelaki tempatan dikurniakan empat cahaya mata, Nur Airis Natasha Mohd Khalis, 10, Muhamad Hafiz Danial, 6, Muhamad Hazim, 4 dan Nur Aina Syuhada, 2, kesemuanya memiliki sijil kelahiran Malaysia.
Bagaimana pun, selepas bercerai, Najwa hilang tempat bergantung. kehidupan yang serba daif itu memaksa Nur Airis Natasha dan Muhamad Hafiz Danial berjalan kaki sejauh dua kilometer untuk ke Sekolah Sultan Ismail 2 selain kadang kala dihantar oleh nenek mereka.
Najwa berkata, stor yang menjadi tempat tinggal mereka itu ditumpangkan tanpa bayaran, namun malangnya perlu dikosongkan pada penghujung bulan ini.
“Stor inilah tempat kami tidur, walaupun tidak ada bilik, tiada tandas, tapi kami masih boleh berteduh dan berehat di sini.
Ads
“Kalau mandi kami mandi di luar sebab di sini tidak ada bilik air dan tandas kami tumpang milik bangunan kedai, tetapi selepas ini tidak tahu apa nasib kami kerana sudah tiada tempat tinggal,” katanya.
Menurutnya, dia ada mencari rumah sewa, namun perlu memikirkan kemampuan untuk menjelaskan bayaran bulanannya kerana hanya bekerja sebagai pembantu gerai.
“Pendapatan saya hanya RM20 hingga RM25 sehari bergantung kepada keuntungan jualan dan duit itulah yang digunakan untuk membeli lauk pauk dan makanan kepada anak-anak.
Ads
“Kadang-kadang kalau tidak ada duit sangat, saya bagi anak-anak sajalah makan nasi bersama lauk, saya pula makan nasi dengan kuah sahaja pun tidak apa-apa,” katanya.
Bagi yang ingin menghulurkan bantuan boleh disalurkan ke akaun Nur Airis Natasha Mohd Khalis BSN 03011-41-00008747-3 atau menghubungi Najwa di talian 016-2552846.
Biarpun tinggal di tempat sedemikian, namun Najwa sangat menitik beratkan aspek kebersihan,Malah, baju-baju yang didermakan orang ramai kepada Nawja serta anak-anak berada dalam keadaan tersusun rapi.
Ads
Biarpun di dalam bilik tersebut hanya ada sekeping tilam nipis, bantal, kipas kecil dan periuk nasi elektrik berserta sebuah meja buruk terletak kemas di bahagian masing-masing. Namun cukup kemas dan teratur.
Menurut Najwa, dia sangat menghargai pemberi orang ramai dan menjaga baju itu dengan rapi selain meletakkan plastik di luar bagi mengelak habuk atau terkena kotoran.
“Saya pula suka mengemas dan diri sendiri pun selalu berhias, tetapi kerana melihat kepada pemakaian saya yang kemas ini menyebabkan kadang-kala orang salah erti dan tidak percaya saya orang susah.
“Sebenarnya ini semua baju derma dan walaupun kami dalam keadaan serba kekurangan, saya kena jaga kebersihan kerana bimbang anak terkena penyakit, takut nanti sudahlah susah, sakit pula,” katanya.
4 beranak tinggal dalam stor dekat tangki najis Laporan : MOJO Sinar Harian Kelantan ADILA SHARINNI WAHID
9 bulan kandungkan anak, tambah dari kecil hingga dewasa menjaga anak hingga boleh berjaya menyara diri sendiri, tetapi jasa si ibu lenyap begitu sahaja bila tiada sorang pun anak-anak mampu untuk menjaganya.
Bak kata pepatah, “1 ibu boleh menjaga 10 anak, namun 10 anak belum tentu boleh menjaga 1 ibu”.
Itulah yang terjadi pada ibu yang sudahpun berusia 97 tahun ini. Kisahnya yang akur menghabiskan sisa hidup sendirian cukup meruntun jiwa.
Menurut cerita asal, sebenarnya dia mempunyai seramai 16 orang anak. Namun setelah merantau cari kerja, semuanya kahwin dengan orang luar negara dan sejak itu tidak pernah ambil tahu lagi mengenai perkembangan ibu kandung sendiri. Jangankan balik bercuti atau ziarah, Dona Isabel berkata kemungkinan mereka pun tak kisah dia masih hidup atau sebaliknya.
Tidak larat hendak membuat kerja berat lagi, kini dia hanya menyulam kain apa adanya sebagai usaha mencari rezeki. Antara 16 orang, air matanya bertakung selepas mengenangkan tiada satu anak pun yang sudi menjaganya di hari tua sebegini. Sesekali, Dona berfikir dirinya langsung tidak dianggap seperti seorang ibu.
Demi meneruskan hidup, dia ada menanam pokok-pokok bersaiz kecil untuk dituai sebagai makanan harian. Hanya hidangan kacang lenyek yang dimasak dalam periuk buruk menjadi santapan warga emas ini. Kesunyiannya turut diubati dengan adanya seekor anjing yang dianggap sebagai satu-satunya ahli keluarga tunggal.
Islam ini adalah agama yang sempurna. Dalam perkahwinan itu, pasangan perlu saling melengkapi.
Suami sebagai ketua keluarga, Suami wajib melayani isteri dengan baik. Manakala untuk isteri pula, anda wajib taat dan melayani suami dengan sebaiknya.
Begitu juga dengan hal wang nafkah untuk isteri. Mungkin ia nampak remeh tapi sebenarnya ia sangat penting untuk berkat duit suami.
Mula-mula kena pasangan niat, kemudian declare. Mudah ajer nak berkat.
Contohnya: “Abang bagi RM100 ni untuk nafkah sayang. Ni lagi RM200 untuk sayang beli barang dapur ya.”
Full stop.
Para suami kena ingat. Wajib tahu. Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur. Nafkah untuk isteri kena declared betul-betul clear.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini.
Dulu saya sentiasa rasa tak cukup untuk beri duit belanja kepada isteri. Banyak benda perlu selesaikan dulu. Hutang kena bayar, bil kena bayar, barang dapur dan barang rumah kena beli. Akhirnya baki cukup-cukup sahaja. Tiada pun bahagian isteri.
Tapi lama kelamaan saya sedar. Dia jadi tak cukup sebab saya letak keutamaan memberi duit belanja kepada isteri itu di tempat yang terakhir. Jadi, saya mula ubah. Saya bagi bahagian isteri dahulu. Yang lain saya buat selepas itu.
Cukup pulak. Magik sungguh. Sebenarnya bukan magik pun. Tapi keberkatan rezeki yang kita dapat tu. Sebab saya sentiasa percaya, apa juga rezeki yang saya dapat ini ada bahagian isteri saya. Sebab, tanpa dia di sisi membantu, menyokong, menggembirakan dan mempermudahkan urusan saya, saya takkan dapat rezeki yang saya dapat sekarang.
Isteri yang tidak mempunyai pendapatan sendiri, pendapatan dia patut datang dari suami. Bayangkanlah, pembantu rumah pun kita kena bayar, inikan pula isteri sendiri. Cuba fikir satu benda ni sahaja. Isteri yang tiada pekerjaan, tiada bisnes, menjadi suri rumah sepenuh masa, menjaga rumah, menjaga anak, menjaga makan pakai semua ahli keluarga tapi tidak ada langsung pendapatan. Dapat tak rasa sesaknya kehidupan seperti itu?
Kalau masa di luar, nak beli apa suami bagi. Bagus macam tu. Tapi duit di tangan langsung tiada. Tak banyak, sikit pun jadilah. Isteri perlu ada kuasa membeli sendiri apa yang dia inginkan. Bukannya setiap masa perlu melalui suami. Kalau jadi apa-apa pada suami bagimana? Jika sudah buat hibah atau rumah dan kereta dah habis bayar, lainlah ceritanya. Kalau tak cakna langsung bab tu? Terkontang-kantinglah si isteri nanti.
Pasanglah niat dari sekarang untuk beri duit bulanan secara konsisten kepada isteri.
Kalau kasih rasa berat, mulalah dengan RM50 dahulu.Lama-kelamaan amaun tu akan naik dengan sendirinya.
In Shaa Allah.
Yang penting, tukarkan tangga keutamaan untuk memberi duit belanja kepada isteri dari kedudukan yang bawah kepada yang teratas. Saya bukan nak menghasut, saya nak mendetikkan sesuatu je. Mungkin selama ni tak terfikir benda macam ni. Harap janganlah salah faham. Ini untuk kebaikan.
Jejaka ini mula dikenali menerusi program realiti, Pencetus Ummah (PU) musim keempat.
Namun kebelakangan ini, namanya melonjak naik selepas dikaitkan dengan hos dan usahawan terkenal Neelofa.
Hubungan akrab Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa Mohd Noor, 31, dan PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, dihidu oleh media sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.
Bagi yang mengenali PU Riz pasti tahu, jejaka ini cukup rapat dengan ibunya.
Dia mengakui tidak kisah andai dilabel sebagai ‘anak emak’.
Menurut Riz, sepanjang dia menuruti kesemua kehendak ibunya, hampir semua perkara yang dlakukan berjalan lancar.
“Banyak benda yang saya ikut kehendak ibu saya, ia menjadi. Bukan diberi rezeki yang sedikit tetapi melimpah ruah. Dalam hal sambung belajar ini pun, saya mahu penuhi permintaan ibu.
“Saya masuk dunia seni pun atas restunya. Jadi apa salahnya saya penuhi hasratnya yang mahu saya berjaya dalam akademik.
Dia juga mendahulukan pendapat dan pandangan ibunya membabitkan soal jodoh.
Dia juga tidak kisah andai kenyataan diberikan itu akan menyebabkan ada pihak mengajuknya ‘anak mak’ selepas ini.
Ibu nombor satu
Kata bekas peserta Pencetus Ummah itu, andai ibunya tidak bersetuju dengan pilihan hatinya dia akan akur.
“Bagi anak lelaki ibu adalah nombor satu. Malah taraf seorang ibu sangat tinggi di sisi Allah. Al-Quran juga menyebut ibu lebih berbanding bapa.
“Bagi seorang isteri pula suami adalah nombor satu. Bagaimanapun andai bernikah nanti saya sedaya upaya mewujudkan keluarga yang hidup dalam suasana beragama,” katanya.
Mahu teruskan legasi ayah
Beliau juga rupa-rupanya mahu meneruskan legasi bapanya yang lebih dahulu menceburi dunia perniagaan.
“Bapa menjadi mentor saya dalam apa yang dilakukan termasuk selok belok dunia perniagaan. Saya percaya dalam hidup ini, kita perlu lakukan sesuatu yang dapat memberi jaminan masa depan. Ada juga pendapatan tetap saya setiap bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di