Bagi meringankan lagi beban rakyat untuk menyambut Raya Aidil Fitri nanti, kerajaan akan mula menyalurkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 mulai Isnin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tahun ini sebanyak RM1.7 bilion berbanding RM1.5 bilion pada tahun tahun lalu.
Tambahnya lagi, bagi STR Fasa 2, hampir 9 juta penerima yang terdiri daripada 60 peratus rakyat dewasa negara ini bakal mendapat bantuan sehingga RM650.
Ads
“Kerajaan MADANI kekal peka akan keperluan golongan terbanyak dalam mengharungi beban kos sara hidup, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.
Ads
“Peningkatan peruntukan STR dan SARA pada tahun 2025 sebanyak RM3 bilion atau 30 peratus kepada RM13 bilion adalah ikhtiar untuk meningkatkan martabat hidup rakyat secara saksama,” katanya yang juga Menteri Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Ads
Penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar di dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka, kegembiraan hari raya pertama meninggalkan kenangan pahit yang akan dikenang seumur hidup. Sebagaimana yang dilalui keluarga pesara kerajaan Zainuddin Abdul Halim, 60.
Keluarganya menjadi antara mangsa insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya, tragedi hitam pada hari raya kedua yang menggemparkan negara itu.
Lebih meruntun jiwa, diri dan lapan ahli keluarga melecur malah kerugian bernilai lebih RM1.5 juta apabila sembilan kediaman termasuk lapan unit rumah sewanya di Kampung Kuala Sungai Baru dan harta lain turut terjejas.
Berkongsi luahan hati, menerusi video di Tiktok @emxakmxr memaparkan keadaan kawasan rumah itu sebelum dan selepas musnah dijilat api dalam kebakaran di Putra Heights pada hari raya kedua.
Video berdurasi 17 saat yang memaparkan kemeriahan keluarga pesara itu bersama anak, menantu dan cucu meraikan hari pertama dikongsi sejak semalam telah mendapat 1.9 juta tontonan setakat 10 malam ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Zainuddin berkata, dia baru sahaja pulang dari bersarapan bersama-sama dengan rakannya di warung berdekatan rumahnya.
“Saya sempat beli sarapan untuk isteri, tiga anak, dua menantu, seorang cucu dan mak mentua… kemudian saya masuk ke bilik berborak dengan isteri dan merancang untuk pulang ke kampung di Rembau.”
“Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi letupan dan rumah bergegar, kedengaran bunyi seolah-olah jet terhempas dan kami berasa sangat panas di dalam rumah. Ketika menjenguk ke luar rumah, kami nampak langit berwarna merah dan saya menjerit meminta semua ahli keluarga keluar dan lari menyelamatkan diri,” katanya.
DAPAT RAWATAN
Katanya lagi keadaan dia sudah dibenarkan keluar dari wad semalam, manakala kesemua ahli keluarganya selamat dan kini menumpang di rumah anak perempuannya di Seksyen 10, Shah Alam.
Bagaimanapun, katanya anak lelakinya perlu menjalani pembedahan di Hospital Putrajaya kerana tapak kakinya melecur akibat berkaki ayam ketika lari menyelamatkan diri.
Tambahnya lagi berharap insiden itu mereka mendapat ini pembelaan daripada pihak sewajarnya.
“Kalau kita tak jumpa..jumpa di syurga – Minta tenangkan ibu, Imam Muda Asyraf kongsi pesanan terakhir PU Rahmat. Pendakwah terkenal, Imam Muda Asyraf, mendedahkan beberapa pesanan terakhir yang ditinggalkan oleh rakan pendakwahnya, PU Rahmat Ikhsan, yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
Dalam temu bual bersama Bernama Radio, beliau berkata PU Rahmat sempat menitipkan pesan agar rakan-rakannya menenangkan hati ibunya serta menyampaikan perkara-perkara baik mengenai perjalanan misi tersebut.
“Dia meminta rakan-rakan untuk tenangkan ibunya dan beri khabar gembira dan bukan khabar ketakutan. Ceritalah ini adalah sebuah kemenangan dan tidak akan berlaku apa-apa keganasan. Alhamdulillah, setakat ini pun kita tidak nampak unsur keganasan yang berlaku,” kata Imam Muda Asyraf.
Selain itu, beliau turut menceritakan detik terakhir PU Rahmat sebelum ditahan pihak berkuasa Israel pada awal pagi Khamis.
“Pada pukul 4.30 pagi, dia minta maaf, sampaikan salam, minta jagakan mak, jaga diri dan dia mohon doa… kalau tak jumpa (di dunia), jumpa di syurga,” ujarnya.
Imam Muda Asyraf antara yang hadir dalam himpunan solidariti di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Khamis tengah hari, sebagai bantahan terhadap tindakan Israel menyekat pelayaran flotila kemanusiaan itu.
Sementara itu, Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan semua 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai GSF berada dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.
Kerajaan Malaysia menegaskan bahawa penahanan yang dilakukan rejim Zionis adalah tidak sah serta menuntut pembebasan segera semua peserta flotila. Mereka juga menekankan supaya sukarelawan dilayan dengan penuh hormat mengikut prinsip undang-undang antarabangsa.
Pelajar cemerlang perakaunan dari TYMBA Education, Aysar Zahran Bin Saiful Alimin, 20, telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tragis melibatkan enam kenderaan di Jalan Hulu Langat , Ampang pada Ahad.
Memetik laporan Sinar Bestari, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kemalangan yang berlaku pada jam 4.45 petang melibatkan empat buah motosikal dan sebuah kereta dari arah Hulu Langat menghala ke Ampang.
“Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang datang dari arah Ampang telah masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kelima-lima kenderaan sehingga menyebabkan salah seorang penunggang motosikal tercampak dan jatuh di tepi jalan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Naazron berkata, akibat dari kemalangan itu, mangsa dikenal pasti sebagai Aysar Zahran yang menunggang sebuah motosikal telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala, lima penunggang dan pembonceng motosikal lain yang cedera dibawa ke Hospital Ampang untuk rawatan.
Katanya, pemandu kedua-dua kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mereka yang terlibat kemalangan berusia 17 hingga 38 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dalam pada itu, khabar duka ini dikongsi menerusi facebook Tymba Edu yang berduka dengan kehilangan pelajar yang cemerlang.
Dengan hati yang berat dan reda atas ketentuan Ilahi, kami ingin menyampaikan berita sedih pemergian Aysar Zahran Bin Saiful Alimin, seorang pelajar cemerlang di bawah biasiswa MyPAC-Maybank Islamic Berhad bagi program ACCA-FIA di TYMBA.
Aysar telah mengharumkan nama apabila berjaya meraih tempat pertama di Malaysia dan kedua di dunia dalam peperiksaan Management Information 1 (MA1) bagi sesi FIA pada Disember 2023. Kejayaan luar biasa ini adalah bukti komitmen dan kecemerlangannya yang akan terus dikenang dalam hati kami.
Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau serta mentor dan tutor kesayangan kami, Madam Fatimah (Alumni MyPAC). Semoga Allah SWT mengurniakan mereka ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan ini. Kami berdoa agar roh Aysar ditempatkan dalam Jannah di sisi orang-orang yang beriman.
Mohon sedekahkan doa buat Aysar dan insan-insan yang menyayanginya. Pemergiannya satu kehilangan besar, namun kenangan bersamanya akan terus hidup dalam ingatan kami.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un” – Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada-Nya kita kembali. Ikhlas, TYMBA
Salam takziah buat keluarga Aysar Zahran Bin Saiful Alimin atas pemergian beliau. Kehilangannya satu kehilangan besar, terutama sebagai seorang pelajar cemerlang yang pernah mengharumkan nama Malaysia di peringkat dunia. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosanya, menerima segala amal kebaikannya, dan menempatkannya di kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman. Semoga keluarga dan insan tersayang diberi ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.