Pemahaman tentang erti hidup yang berkat dalam membina keluarga bersama pasangan, mungkin kisah ini boleh dijadikan tauladan.

Walau sedang suami diuji dengan kesesakan hidup, namun isteri yang hebat tetap teguh dibelakang suami memberi semangat.

Suami Hebat, Pasti Ada Isteri Yang Hebat Di Sisinya!

Ini sebagai mana  yang diceritakan oleh Encik Khairul Hakimi dan ayuh kita cedok inti pati perkongsian  bermanfaat tersebut.


Baru-baru ini selepas kelas, saya nak balik sangat, kemudian ditahan oleh salah seorang dari peserta yang nak sangat ucap begitu begini kepada saya. Saya layankan sahaja kerana beliau nampak teruja sangat.

Kontrak tidak disambung

Kisahnya, suami beliau diberhentikan kerja kerana kontraknya sudah tidak disambung selepas 3 tahun bekerja. Notis yang diterima kurang 3 minggu menyebabkan suaminya itu jadi terpinga-pinga nak cari kerja di mana. Umur sudah lebih 40 tahun dan sukarnya nak cari kerja yang sesuai.

Suami Hebat, Pasti Ada Isteri Yang Hebat Di Sisinya!

Minta sana sini semuanya tak berjawab dan akhirnya duduklah di rumah dari seminggu akhirnya jadi sebulan. Oleh kerana tak tahan, si isteri (peserta kelas saya tadi) memujuk beliau untuk ambil sahaja pekerjaan yang ada.

IKLAN

Lalu si suami yang dah biasa tunjuk itu ini di Facebook, akhirnya pergi ke stesen minyak terdekat dan memohon untuk kerja sahaja di sana. Gajinya sangat-sangat rendah namun itu tetap membantu keluarga beliau.

Beliau layan suaminya sama sahaja dengan sebelumnya. Cuma, ada kala suaminya kena kerja hingga 12.00 tengah malam, dan beliau terpaksa menanti takut-takut si suami memerlukan air panas minum dan sebagainya.

Berkata sabar

Kata si isteri ini, berkat dia sabar lebih 6 bulan, tak merungut duit tak cukup, tak juga bising suami kerja teruk, gaji kecil dan terus sahaja berbakti untuk keluarga, akhirnya si suami dapat naik jadi akauntan di stesen tersebut. Disayangi dan kini gajinya lebih kurang sama dengan nilai yang dia diberhentikan dulu.

Saya tanya beliau kenapa beliau cerita kepada saya, kata beliau “saya duk teringat tuan tulis di wall tuan pasal berkat. Jadi saya nak ucap sangat terima kasih ke tuan. Sungguhlah, berkat itu macam makhluk. Jika kita reda, kita buat dan usaha, walau kecil, nanti-nanti Allah akan ganti. Seolah-olah makhluk berkat ini naik ke langit dan beritahu Allah yang kita ini dah cuba jadi yang terbaik walau banyaknya kesusahan melanda.

IKLAN

Terus berusaha

Saya ingat lagi masa mak ayah datang rumah, juga mak ayah mentua. Semuanya cakap suruh suami saya cari kerja lain, namun kami berdua tak pernah jawab. Kami angguk sahaja. Kami tahu dah puas kami cakap yang kami duk usaha tapi tak dapat, namun nak beri mak ayah faham, susah. Mereka mesti ingat kami belum berusaha lagi.

Sama juga jiran duk cakap suami saya dah macam Bangla. Kulit dari cerah jadi hitam duk layan kadang-kadang tengah panas pegang sepanduk suruh orang masuk ke stesen minyaknya. Saya diamkan juga. Dulu kereta semua kena Tarik. Hari ini kami beli dah Proton Baru. Yang Suv tu, leganya Tuan. Alhamdulillah. Syukur sangat saya.”

Saya lihat dia duk kesat-kesat matanya. Nampak bergenang dan puas betul beliau bercerita.

Terus berdoa

IKLAN

Yang penting ialah berusaha. Kemudian, yang keliling kena faham, bantu, dorong dan tolong mana yang mampu. Yang tidak, kena berusaha juga diam dan berdoa bukannya membising kritik dan kutuk tanpa bantu sikit pun.

Kita ini sering sahaja melihat kesusahan orang, namun kita bantai tuduh dia malas dan sebagainya. Kita tak tahu cerita di belakang itu bagaimana. Saya puji dan kagum keluarga yang begini. Orang yang dah merasa kena hina kerja kilang, kemudian ditolak-tolak ke sana kemari dengan gaji kecil, tak mampu itu ini, memahami benar kisah ini, lebih lagi apabila saat Allah berikan ganjaran, hadiah dan kesenangan dengan bergaya.

Hidup berkat

Ianya seperti sebuah proses yang dinantikan sangat. Dulunya nak beli ubat anak pun kena marah apabila nak pinjam duit orang keliling, tiba-tiba hari ini kita bantu pula anak dia yang sedang kesusahan. Itulah keseronokan kita bermain dengan perkataan berkat.

Ianya datang dari reda dan ikhlas. Kita yakin, semua itu hadir dari Allah. Mutlak dan segalanya atas keputusanNya. Kita ini takat hamba sahaja. Yang kena berusaha jadi orang baik sama ada kita sedang susah atau kita sudah senang.

Benarlah, setiap suami yang hebat, ada isteri yang hebat juga di sebelahnya.

Begitulah.

Sumber : Khairul Hakimin Muhammad.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI