Komunikasi yang baik dan berterusan antara suami isteri adalah elemen paling penting untuk mengekalkan keutuhan rumah tangga yang dibina. Bukan itu sahaja, sikap sabar suami atau isteri juga memainkan peranan penting untuk ketenangan sebuah hubungan suami isteri.

Begitulah yang dipaparkan dalam perkongsian oleh Abu Hurairah Asifa yang menyifatkan bahawa suami isteri perlu ada sikap saling tolak ansur.

Ikuti perkongsiannya.

“Suami Isteri Kena Selalu Bertenang. Jika Seorang Hangin, Seorang Kena Dingin.” Barulah Tenang Rumahtangga.

Dalam rumahtangga, yang paling risau tentang semua sewa, bil api air, yuran tuisyen, barang dapur, barang mandi,

Semua isteri!

Dia takkan tenang dengan melihat telur yang tinggal 2 biji, sardin tinggal 1 tin kecil, beras segenggam tabah, ayam tinggal hati dan kaki.

Jadi, kalau isteri tak tenang dan selalu membebel tentang hal ni, tenang bro!

Tenang ok?

IKLAN

Jangan tendang kerusi lepas tu blah lepak mamak,
Jangan marah anak-anak yang tak tahu apa-apa,
Jangan juga sepak kaki kawan masa lawan futsal waktu maghrib.

Dalam ujian yang berat dan semakin menaik ni. Suami dan isteri perlu selalu bertenang.

Kalau sorang hangin, sorang lagi kena dingin.

Sorang panas, sorang lagi kena mengawal supaya tak rimas.

Pelan-pelan pegang tangan isteri, ajak dia duduk. Buatkan air pearl cafe, kalau takde, gi beli kat kedai runcit 1.30 sepeket. Kita minum air kosong dah la kalau bajet takde.

Jangan citer duit dulu. Jangan citer hal bil-bil. Jangan citer pampers susu.

Citer Allah, Cerita syukur. Cerita kita ni bahagia masih bersama. Citer walau pun perit dan sakit, kita ada rumah. Ada kereta. ada motor. ada basikal. Anak-anak sihat. Kita pun sihat. Cuit skit peha isteri, awak pun cantik je selalu. Lawak la skit. Jangan macam ceramah sangat.

IKLAN

“Suami Isteri Kena Selalu Bertenang. Jika Seorang Hangin, Seorang Kena Dingin.” Barulah Tenang Rumahtangga.

Isteri akan diam. Dia diammmmmm je. Takpe, masa tu ajak isteri naik atas rehat. Baringkan dia. Tenangkan dia.

Ajarkan isteri doa ini. Dan kita doakan bersama. Pegang dada isteri,

‘ Jadikan hati kami seperti hati wali-wali Allah, yang tak pernah takut dan bimbang dengan hal-hal dunia’.

Lepas isteri tidur, giliran kita bro. Ni part kita.

Bercakaplah dengan Allah. Cakap kita ni suami, kena kuat. Goyang juga tengok Maybank2U ada sepuluh ringgit berbaki. Ngeri rasa.

IKLAN

Luahkan semua pada Allah. Susun strategi. Esok apa kerja boleh buat. Atau esok niat nak buat baik banyak-banyak. Kalau manusia terhibur dengan kita, Allah akan hiburkan kita pula.

Kesusahan itu perlu. Untuk kita dapat rasa Hamba. Untuk kita merendah diri.

Biar kita begini hidupnya, tapi kita bahagia bro.

Selalu ajak isteri ingatlah Allah.

Selalu ajak anak isteri solat awal, buat baik banyak-banyak, utamakan keluarga dalam segala hal, kurangkan bergaduh dan bertekak, saling berlapang dada,

Selamat berjuang Bro!

Jadi suami, baru tahu kenapa Tuhan cipta kita jadi lelaki.

Sumber: Abu Hurairah Asifa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI