Walaupun kucing kadang-kala berperangai seperti dialah tuannya, tetapi ada masanya keletah dan gelagat si comel ini tetap mencuit hati kita. Pada masa yang sama, ada juga yang meraikan hubungan dengan kucing lebih daripada sekadar tuan dengan haiwan perliharaan.
Oleh sebab itu, ada sesetengah pemilik menghargai jasa kucingnya yang telah menemani sepanjang kehidupan harian dengan menyambut hari kelahiran kucing tersebut seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial, Rohaya Salleh di Facebook Kumpulan Kucing Sepahkan Apa Hari Ini?
Difahamkan kucing yang diberi nama ‘Kim Tae O‘ itu telah di jaga oleh Rohaya sejak berumur 5 bulan lagi, jelasnya. Dalam satu ucapan yang dimuat naik itu bertulis, “Happy birthday Tuan Muda. Hanya ini yang mampu bibik sekalian sediakan.
“Bibik tumpang makan sekali yer. Yang dalam bakul tu khas untuk tuan muda sorang jer, bibik tak teringin yang tu.
Ads
“Semoga sihat selalu dijauhkan dari merbahaya dan cepat bertemu jodohnya,” tulis Rohaya Salleh.
Menjengah ke ruangan komen yang dibanjiri oleh warganet lain, penuh dengan kata-kata positif yang disampaikan.
“Happy birthday sayang. Semoga sihat selalu, dipanjangkan usia serta bibiknya sentiasa dimurahkan rezeki untuk menjaga tuan muda sebaiknya. Bestnya, boleh achik mintak sikit SR tu. Tuan muda golongan have-have ni,” kata Ranizah Ali.
Ads
“Waw secret recipe. Kerlass kau ceng. Apa-apa pun eppy befdey to you,”komen Fitri Intan.
“Happy birthday tuan muda! Semoga cepat bertemu jodoh!,” kata Nurul Azyyati Faqihah.
Antara pokok buah-buahan yang biasa di tanam di laman rumah adalah seperti pokok mangga, pokok mata kucing, pokok jambu batu dan betmacam-macam lagi.
Selain tujuannya untuk menghijaukan laman, dapat juga seisi keluarga menikmati hasilnya bila berbuah kelak.
Dan sekiranya telah berbuah, perlu juga kita memberi lebih tumpuan untuk pastikan buah tersebut elok dan tidak dimakan tupai atau serangga perosak.
Contohnya dalam menjaga buah jambu batu dari serangan lalat buah, nak tahu tekniknya di sini dikongsikan untuk manfaat bersama.
Step 1
Anggaran saiz buah jambu batu sebesar ini, bolehlah dilakukan proses membalutnya agar tidak terdedah dengan serangga perosak.
Step 2
Jika ada terlihat dot-dot di bahagian kulit buah jambu batu, boleh digunting atau dibuang sahaja. Ini kerana buah tersebut telah ditebuk oleh lalat buah dan jika dibalut juga, buah tetap tidak akan elok.
Step 3
Jika buah terlalu banyak dalam satu tangkai, disarankan untuk buang dan pilih yang terbaik bagi tujuan untuk memberi peluang buah dapat membesar dengan sempurna. Selain itu, bertujuan agar bila buah besar dahan tidak patah.
Step 4
Setelah itu ambil surat khabar dan dilapiskan dengan plastik yang dibuat lubang air di bahagian bawahnya. Kemudian sarungkan pada buah yang ingin dibalut dan stepler kan pembalut pada bahagian dahan pokok agar bila buah membesar balutan tidak terbuka atau terjatuh.
Step 5
Pastikan pokok tidak perlu tinggi dan sebaiknya potong dahan bahagian atas supaya senang proses balut buah dilakukan dan senang juga untuk dipetik. Anggaran ketinggian 7 kaki sudah memadai.
Ekstra tip :
Baja organik dalam 1 kg diperlukan untuk pokok yang sudah besar. Tabur keliling anggaran jauh dalam 2-3 kaki dari batang pokok. Seeelokknya baja 2 minggu sekali.
Hasilnya bila dilakukan penjagaan yang baik akan menghasilkan buah yang elok.
Sekiranya kita membeli pakaian, andai lengan bajunya terlebih panjang ini, hendak dipotong sayang pula. Lebih -lebih lagi kalau hujung lenggannya bersulam atau sebagainya.
Jadi ini caranya yang perlu dilakukan sebagaimana yang dikongsikan ini. Jom semak.
Custumer minta saya pendekkan tangan nya sebab panjang, oleh kerana hujung tangan tu ada zip..jadi susah sikit la nak tetas buka zip..potong pendekkan..lepas tu pasang zip semula..saya tak rajin.
Jadi saya buat mcm ni aje..lagi mudah..hasilnya pun menjadikan blouse itu lebih menarik..
Jika hujung tangan bersulam..sayang nak buang sulamannya..pun boleh buat cara ni juga.
Ada sesetengah wanita sanggup memakai barangan berjenama tiruan untuk kelihatan menarik dan trendy. Bukan hanya orang biasa, bahkan ramia juga artis masa kini yang tampil dengan barangan jenama yang kononnya tulen, sedangkan ia fake semata-mata.
Melihatkan gaya dan penampilannya yang selalu up to date, busana dari jenama yang mewah termasuklah aksesori lain membuatkan dia menjadi idola dan ikutan wanita lain di luar sana.
Tidak menyokong, jauh sekali mengutuk mereka yang memakai barangan tiruan, namun Neelofa ada pesanan khas buat golongan ini.
“Saya tak menyokong penggunaan barangan tiruan tetapi pada saya tidak perlu guna pendekatan yang kasar untuk mendedahkan hal tersebut. Dalam hal ini, semua pihak harus membuka mata dan memberi perhatian terhadap isu ini. Ini membabitkan banyak pihak selain hak cipta merupakan satu isu yang sangat serius.
“Saya sendiri memiliki bisnes hijab dan sering berdepan dengan isu sebegini. Namun disebabkan Naelofar Hijab mengeluarkan pelbagai koleksi menyebabkan pengeluar tiruan tidak sempat untuk update pengeluaran terkini. Walau apapun, salah tetap salah dan kita kena mendidik pengguna agar membuka mata dan tidak memandang isu ini sebagai sesuatu yang remeh.
“Kerana itu saya selalu tekankan pada diri sendiri, jika teringin untuk memiliki sesuatu barang berjenama itu, motivasikan diri untuk bekerja keras dan mengumpul duit agar dapat memilikinya.
“Jika saya tak mampu, saya tak akan membelinya. Jika saya benar-benar teringin, saya kumpul duit dan meletakkan sasaran. Saya kena bekerja kuat dan jadikan barangan itu sebagai inspirasi.
“Tiada istilah kena beli barangan Gred A atau Gred B kerana ia tetap tiruan. Saya tak mahu gunakan alasan tak mampu untuk membeli barangan yang tidak sepatutnya,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Neelofa baru sahaja berkolaborasi dengan pihak Starbucks menerusi kempen khidmat masyarakat My Cup of Kindness baru-baru ini.
Menerusi program ini, setiap 50 sen dari setiap cawan pembelian minuman ‘summer beverages’ berperisa ‘apricot peach’ dan ‘ruby grape’ akan didermakan kepada badan kebajikan pilihan Neelofa.
Tampil manis berpakaian seorang Barista dengan apron hijau, Neelofa yang membuat sendiri dua jenis minuman tersebut mengakui cukup teruja dan gembira dipilih oleh pihak Satrbuck dalam program CSR berkenaan.
“Kopi bukanlah kegemaran saya, sebaliknya saya lebih suka minuman yang lebih kepada Jus. Jadi pihak Starbuck memilih Aprikot Peach dan Ruby Grape. Jadi saya rasakan pilihan ini memang sesuai kerana sekarang musim panas,”ujar Neelofa yang turut menggemari Frappucino Chocolate Chip sejak dahulu lagi.